Posted on 5 Comments

Tips Berjimat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Pada bulan Ramadhan ini kita sebenarnya dapat menjimatkan perbelanjaan kita kerana kita hanya makan dan minum semasa bersahur dan juga semasa berbuka. Tapi pelik, kadang-kadang kita tidak sedar perbelanjaan pada bulan Ramadhan ini menjadi lebih tinggi dari bulan-bulan sebelumnya. Perkara ini berlaku kerana silap kita sendiri yang tidak mengawal perbelajaan yang keluar dari poket kita.

Perbelanjaan yang keluar itu ke mana lagi kalau bukan untuk membeli makanan dan minuman kita juga. Maklum la kan perut tengah lapar. Kalau boleh semua benda nak makan bila tengah lapar ni. Kita perlu bijak mengawal perbelanjaan kita dengan berjimat bagi mengelakkan pembaziran.

1. Cara paling mudah nak berjimat dibulan Ramadhan ini adalah dengan membeli bahan-bahan dan masak sendiri dirumah. Cara ini boleh mengurangkan perbelanjaan membeli juadah makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadhan. Saya sendiri berjimat dengan cara makan dirumah je. Saya tak masak tapi emak saya masakkan juadah untuk berbuka dan bersahur. Buat apa nak beli makanan kat luar lagi kan kalau dah ada makanan kat rumah.

2. Jika kita berkunjung ke bazar Ramadhan sekali sekala tidak salah. Kadang-kadang nak juga merasa kuih-muih atau makanan kegemaran yang ada dijual di bazar Ramadhan. Cuma kita kena elakkan dari berkunjung terlalu kerap ke bazar Ramadhan ni. Semakin kurang kita berkunjung bazar ramadhan mungkin lebih baik kerana kita telah dapat berjimat walaupun sikit. Beli apa yang kita rasa perlu sahaja dan jangan membeli mengikut perasaan.

3. Biasanya semasa kita keluar untuk membeli juadah makanan berbuka, kita tidak tetapkan berapa bajet untuk kita berbelanja. Kita tidak tahu berapa perbelanjaan yang telah kita keluarkan setiap kali membeli di bazar Ramadhan. Jika mahu berjimat kita kena tetapkan berapa jumlah belanja kita akan guna untuk membeli juadah makanan. Katakan kita mahu belanja RM10 sahaja untuk membeli makanan di bazar Ramadhan, maka kita bawa duit cukup RM10 jelah ke sana.  Tak perlu bawa duit banyak-banyak. Dengan cara ini kita telah dapat mengawal perbelanjaan.

4. Kita perlu elakkan dari suka memilih untuk pergi ke bazar Ramadhan yang berbeza-beza. Mungkin hari ni bazar  Ramadhan tempat lain, esok nak rasa suasana bazar Ramadhan kat tempat lain pula. Kita tidak sedar bila kita pergi ke bazar Ramadhan kat tempat lain yang jauh, kita telah mengeluarkan belanja untuk minyak motor atau kereta. Kalau dekat je tak mengapa. Tapi kalau sengaja cari tempat jauh tu yang jadi membazir duit untuk minyak. Rasanya kalau kat mana-mana bazar Ramadhan sekalipun suasana dan juadah makanan yang dijual tak jauh beza sangat.

5. Mengadakan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan kita memang seronok. Biasanya ada kawan-kawan kita yang ajak berbuka sama-sama berama-ramai kat restoran atau kat mana-mana tempat yang telah ditempah. Kadang-kadang harga untuk buffet berbuka yang kita perlu bayar pun boleh tahan tinggi juga. Kita perlu elakkan dari terlalu kerap berbuka diluar ni. Kalau sekali sekala tidak mengapa. Lebih baik dan seronok lagi jika kita berbuka bersama dengan ahli keluarga dirumah saja.

Bulan Ramadhan ini sepatutnya boleh menjadi bulan untuk kita berjimat cermat. Namun begitu jika nafsu kita tidak dikawal ia boleh menjadi bulan pembaziran. Kita perlu berhati-hati semasa berbelanja kerana kita sentiasa didorong oleh nafsu lapar dan dahaga. Semasa keadaan perut lapar semua benda kita inginkan. Kalau boleh semua makanan nak sumbat dalam perut. Memang berat dugaan orang berpuasa. Sebab tu kita perlu mengawal nafsu dan sentiasa bersabar. Kita perlu sentiasa berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan semasa di bulan Ramadhan ini.

JOM SHARE

5 thoughts on “Tips Berjimat Bulan Ramadhan

  1. salam

    selamat hari raya bro

  2. Terima kasih sudi memberi perkongsian tips ni 🙂

  3. berbuka kat masjid mmg jimat..

  4. Betul tu, saya setuju. Bulan Ramadhan ni sepatutnya kita lebih berjimat. Ya lah, makan pun waktu sahur dengan berbuka je, tengah hari dah tak makan.

    *Bersederhana ketika berbuka jangan ikut selera sangat. Ikut sikit tak apa.

    1. Terima kasih. Ye betul tu. Bulan puasa kita boleh berjimat dari bulan2 yang lain. Tapi kadang2 sebaliknya yang berlaku. Sebab tu kita kena beringat dibulan puasa ni. Kita perlu mengawal nafsu, bukan nafsu yang mengawak diri kita. Bersederhana adalah cara yang terbaik. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *