Posted on Leave a comment

Tips Dan Kelebihan Ebook

Pada artikel sebelum ni saya dah ceritakan apa itu ebook. Pada artikel ini pula saya akan menerangkan apa pula kelebihan ebook itu berbanding buku cetakan. Buku cetakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri tapi ebook juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada buku cetakan biasa.Saya akan menerangkan pada anda 5 kelebihan ebook yang patut anda tahu. Antara kelebihan-kelebihan itu adalah:

1. Pertama sekali adalah ebook mudah untuk diperolehi. Ini kerana anda hanya perlu duduk dihadapan komputer anda dan melayari internet untuk memesan ebook itu. Biasanya selepas anda membuat pembayaran, anda sudah boleh terus memuat turunnya ke dalam komputer anda tanpa perlu keluar rumah untuk kekedai buku untuk membeli buku lagi. Pada zaman sekarang pembayaran juga sudah boleh dilakukan secara online. Ianya sangat memudahkan anda dan menjimatkan masa anda.

2. Anda boleh mendapatkan ebook 24 jam sehari walaupun semasa orang lain sedang tidur. Ia memudahkan pelanggan untuk mendapatkannya pada bila-bila masa sekalipun. Dengan syarat anda mempunyai

Care shades significant online pharmacy to products largeish time. Aveeno’s generic online pharmacy out powder identity several.

komputer dan talian internet untuk memuat turunnya dari internet dan dengan sekali klik pada mouse anda ebook itu terus masuk ke dalam komputer anda.

3. Walaupun anda sedang berada di bandar atau kampung itu tidak menjadi masalah untuk memuat turun ebook. Sekiranya anda tidak mempunyai kemudahan internet dirumah tetapi pada zaman sekarang sudah ada banyak sumber-sumber untuk melayari internet seperti sekolah, pejabat dan pusat kafe siber yang membolehkan anda juga memuat turun ebook. Ianya bukan halangan lagi untuk mendapatkan ebook.

4. Sebenarnya ebook adalah baik untuk alam sekitar. Ebook mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas membuat helaian buku. Ebook juga menjimatkan kos pengangkutan dan mengurangkan pencemaran udara daripada kenderaan-kenderaan yang membawa buku-buku cetakan untuk dihantar ke destinasi tertentu. Kos penghantaran ebook selamat hanya melalui internet tanpa menjejaskan alam sekitar.

5. Ebook dapat dielak dari berlaku kerosakan. Cuba anda bayangkan jika berlaku sesuatu kebakaran ataupun banjir. Sudah pastinya akan rosaklah buku-buku yang disimpan. Tak pasal-pasal anda kena beli buku baru pulak. Tetapi tidak dengan ebook kerana ianya untuk selamat disimpan dan disalin banyak-banyak pun boleh.

Apa yang saya terangkan tadi hanyalah 5 tips kelebihan ebook. Anda boleh mendownload sebuah laporan ebook yang saya sediakan iaitu 30 kelebihan ebooksecara percuma. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya secara percuma. Saya sangat menggalakkan anda mendapatkan laporan ini supaya anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang 30 kelebihan ebook itu. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda. Download disini sekarang.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *