Posted on 3 Comments

Tips Kemahiran Belajar – Siri II

Tulisan post kali ini adalah kesinambungan kepada artikel tips kemahiran belajar siri I. Pada post kali ini saya akan menjelaskan beberapa lagi tips kemahiran belajar yang anda perlu tahu dan amalkan. Antara kemahiran-kemahiran tersebut adalah kemahiran membuat nota, kemahiran menyelidik, kemahiran menyampaikan, teknik penilaian dan kemahiran mengenal pasti. Kemahiran ini adalah penting bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan menyeronokkan anda.

Kita mungkin tidak mampu untuk mengingati semua perkara yang dibaca sekaligus. Ini kerana otak kita hanya mampu mengingati beberapa perkara sahaja dalam sesuatu masa. Jadi semasa belajar, kemahiran membuat nota adalah penting. Ia dapat membantu anda untuk mengingati sesuatu ilmu yang dipelajari pada masa hadapan. Ada banyak cara dan kaedah sebenarnya untuk membuat nota ini, tetapi apa yang paling penting adalah nota yang anda buat mestilah memudahkan anda untuk memahaminya. Jika anda hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya dalam buku nota, kesannya tidak akan kemana-mana dan tidak bertahan lama. Ini kerana anda akan mudah untuk melupakannya di masa depan. Jadi, catatlah nota semasa menuntut ilmu supaya ia dapat bertahan lama dalam diri anda.

Proses pembelajaran memerlukan kemahiran menyelidik supaya dapat mendalami ilmu yang dipelajari dengan lebih mendalam. Sebagai seorang pelajar anda memerlukan kemahiran merujuk dan menyelidik sama ada dari buku-buku, majalah, akhbar, membuat temu ramah dan banyak lagi. Dengan ia dapat meningkatkan lagi proses kefahaman anda dalam sesuatu bidang ilmu itu dengan lebih mendalam.

Ilmu yang penuh di dada jangan hanya disimpan semata-mata. Kemahiran menyampaikan juga penting. Kadang kala ilmu juga perlu disampaikan supaya anda dapat online casino mengenal pasti tahap sebenar kefahaman anda. Setelah anda membaca, berfikir, belajar, dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

Seterusnya adalah teknik penilaian. Teknik penilaian ini adalah seperti peperiksaan. Anda mestilah dapat menguasai teknik-teknik penilaian seperti berkeupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan dapat menjawab apa juga bentuk soalan. Jika anda dapat menguasai teknik-teknik penilaian ini maka anda telah pun dapat menguasai bidang ilmu yang anda pelajari. Itu menunjukkan juga sejauh mana tahap kemampuan sebenar anda dalam bidang ilmu yang anda pelajari.

Akhir sekali, sebagai seorang yang sedang belajar anda mestilah berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri disamping anda mestilah sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sekali-kali kita menyalahkan orang lain jika kita menemui kegagalan. Adalah lebih baik sekiranya kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya dan bangkit dari kegagalan itu.

Dengan segala perkongsian tips–tips kemahiran belajar ini diharapkan ianya dapat memberi banyak manfaat kepada anda dan diri saya sendiri juga. Ilmu yang baik itu perlu untuk dikongsikan dengan orang lain dan bukan hanya disimpan semata-mata. Ilmu yang ada jika dikongsikan tidak akan berkurang malah akan semakin bertambah lagi. Bagi saya pula sebenarnya sharing is fun..

JOM SHARE

3 thoughts on “Tips Kemahiran Belajar – Siri II

  1. Terima kasih saudara firdaus..
    Insyaallah saya akan berkongsikan lebih banyak informasi yang bermanfaat di masa hadapan..
    Semoga saudara sukses selalu..

  2. artikel di blog ni bagus untuk pembangunan modal insan terutama mahasiswa seperti saya.Diharap dalm masa yang mendatang saudara dapat menyiarkan artikel berguna khususnya kepada remaja.terima kasih

    1. Terima kasih saudara firdaus..
      Insyaallah saya akan berkongsikan lebih banyak informasi yang bermanfaat di masa hadapan..
      Semoga saudara sukses selalu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *