Assalamualaikum dan Salam sejahtera 🙂
Membaca adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam islam. Tidak kiralah apa sahaja jenis bacaan yang kita baca asalkan ia dapat memberi manfaat kepada kita. Sebelum ini saya juga pernah menulis artikel mengenai kelebihan membaca kepada seseorang itu. Kali ini saya ingin berkongsi tips-tips bagi anda yang suka membaca.
1. Semasa anda sedang sedang membaca carilah tempat yang dapat memberikan anda ketenangan. Ini kerana membaca di tempat yang bising boleh mengganggu fokus dan tumpuan anda untuk membaca. Jauhkan dari membaca dekat dengan televisyen, semasa mendengar lagu dan sebagainya. Ini kerana sudah tentu bunyi bising tersebut akan mengganggu tumpuan anda. Bunyi yang terlalu bising juga akan menyebabkan anda sakit kepala.
2. Jangan amalkan membaca sambil berbaring. Kedudukan anda yang berbaring bukanlah postur atau posisi yang terbaik untuk membaca. Kebanyakan orang sudah membiasa kan diri membaca sambil berbaring di atas katil malah ada yang menjadikan tabiat membaca buku sambil berbaring sebelum tidur. Oleh itu, ubah tabiat anda jika anda suka membaca sambil baring kerana membaca sambil berbaring bukanlah tabiat yang sihat.
3. Jika anda ingin terus juga membaca di atas katil, alaskan kepala anda dengan sekurang-kurangnya dengan 2 biji bantal. Bantal tersebut akan menyokong struktur kepala dan leher anda agar sentiasa berada dalam keadaan atau posisi yang tegak. Secara umumnya, keadaan ini akan melegakan mata dan kepala anda.
4. Anda memerlukan sumber pencahayaan yang baik ketika membaca. Ini bermakna bilik bacaan anda harus mempunyai sumber cahaya yang terang dan mencukupi. Bukan hanya ketika membaca, pencahayaan yang cukup juga perlu ketika anda sedang menjahit, menganyam atau melakukan kerja-kerja yang memerlukan penilitian. Apapun, cahaya yang terlalu terang juga adalah tidak baik untuk mata anda.
5. Jangan memegang buku terlalu dekat dengan mata anda ketika anda sedang membaca. Biasanya perkara ini terjadi apabila anda mula berbaring sambil membaca. Keadaan ini tidak baik untuk mata anda kerana otot-otot mata akan menegang untuk memfokus kepada objek yang dekat. Paras yang terbaik untuk buku ketika membaca adalah di paras dada anda.
6. Anda juga tidak seharusnya memegang buku terlalu jauh ketika membaca kerana kesannya sama dengan memegang buku terlalu dekat. Paras terbaik adalah paras dada. Ada sesetengah kedai buku menyediakan “reading stand” yang membenarkan buku berada pada paras yang sesuai.
7. Jika anda mendapati sukar untuk membaca, sila periksa mata anda di klinik atau pusat optik yang bertauliah. Jika anda terpaksa mengecilkan mata anda atau mata anda berair ketika membaca, segeralah berjumpa doktor dan anda mungkin memerlukan kaca mata. Ingat, penglihatan yang tidak sihat akan menjurus kepada masalah sakit kepala.
8. Anda perlu berhati-hati juga dengan setiap bahan bacaan anda. Jika bahan bacaan tersebut mempunyai tulisan yang kecil serta tidak berapa jelas, maka tinggalkanlah bahan tersebut atau anda boleh gunakan kanta pembesar jika anda terpaksa juga membaca bahan tersebut.
9. Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Ramai yang membaca didalam kenderaan yang bergerak untuk menghilangkan rasa bosan akibat perjalanan yang panjang. Keadaan jalan yang bengkang-bengkok serta berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala malah menyebabkan mabuk darat. Walau selurus manapun jalan tersebut dan betapa hebatnya absorber kereta anda, ianya akan menjurus kepada sakit kepala kerana ketika ini mata anda akan memfokus secara tidak stabil (sekejap dekat, sekejap jauh) ketika membaca.
11. Cahaya yang terhasil dari televisyen atau komputer (PC) adalah tidak mencukupi. Ada sesetengah orang suka membaca di bawah pancaran cahaya dari televisyen atau PC yang sedang terpasang. Anda dinasihatkan untuk menggunakan lampu meja sebagai sumber tambahan cahaya jika ada kecenderungan untuk berbuat demikian.
12. Jangan berterusan bekerja atau membaca dihadapan komputer anda melebihi setengah jam. Cahaya yang terpancar dari skrin komputer anda mengandungi radiasi yang boleh menjejaskan mata anda. Semakin kurang anda menghadap komputer adalah semakin baik sebenarnya.
13. Sentiasa kelipkan mata anda ketika menghadap komputer terlalu lama. Biasanya, seseorang itu sangat jarang mengelipkan matanya ketika menghadap komputer (biasanya ketika membaca bacaan di komputer atau bermain game yang menyeronokkan) dan ini akan menyebabkan mata anda menjadi kering serta mengakibatkan sakit kepala.
14. Pastikan persekitaran bilik anda semasa anda sedang membaca memiliki ruang pengudaraan yang baik. Bilik yang kurang udara dan berbau akan menimbulkan sakit kepala. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa sedang membaca. Oleh itu, bukalah tingkap dan pintu agar udara yang segar dapat masuk.
15. Jangan membaca sesuatu bacaan itu terlalu lama sangat sampai berjam-jam tanpa rehat. Ini kerana mata dan otak anda juga akan penat jika terlalu lama membaca. Ambil masa sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk berehat sebentar. Lepas tu anda boleh sambung balik membaca.
16. Anda boleh melakukan regangan pada badan anda selalu terutamanya selepas berada pada satu kedudukan untuk masa yang lama. Biasanya apabila membaca, anda akan fokus dan berada pada satu kedudukan untuk masa yang lama. Urutlah tangan, kaki dan otot di sekitar leher anda untuk melancarkan peredaran darah.
17. Jika anda seorang yang suka membaca seharian. Ambillah masa selama 20 minit untuk melelapkan mata atau tidur sekejap waktu tengahari selepas makan tengahari. Anda akan bangun semula dalam keadaan segar dan bertenaga selepas itu.
p/s: Tips2 ini saya tujukan kepada mereka yang suka membaca. Terutamanya kepada pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan kepada anda.. 🙂
tips yang bagus untuk mata… tapi berapa ramai daripada kita yang meluangkan masa utk membaca? nasib baiklah mama seorang surirumah yang berjaya, jadi bolehlah baca puas2 diwaktu senggang
aku kalau membaca,kalau nak rehat,xdenye nak jadi 5-10 minit..silap2 esokpagi baru bangun..haha aku mmg suka tido
biasa la bro saya pun kadang2 kalau dah rehat susah nak sambung baca balik..hehe
hehheee..
suri hantu novel…rama-rama maya..hehee
wah..hantu novel cinta ni kan..hehehe
banyak tips yang dikongsi.. thanks.. patutlah rasa pening je kalau baca dalam kereta.. hehe.. sbb tu rupenye..
sama2 bro..mungkin mata kita penat nak fokus sebab sering bergerak2 masa naik kenderaan..sebab tu pening kot..
terima kasih dengan tips ni 🙂
sama2 bro din..hehe