Posted on 2 Comments

Tips Keselamatan Semasa Diluar Rumah

Assalamualaikum,

Pada post kali ini teringin pula nak menulis tips-tips keselamatan diluar rumah. Ini kerana apabila berada di luar rumah keadaan anda mungkin menjadi tidak berapa selamat terutamanya jika anda adalah seorang wanita. Saya bukan nak cakap yang kaum wanita ni lemah tapi dah memang risiko keselamatan bagi wanita akan lebih tinggi dari lelaki. Kalau anda seorang lelaki mungkin kurang sikit kot risikonya. Oleh itu saya ada beberapa tips untuk anda supaya dapat menjaga keselamatan dan menjauhi dari segala gangguan apabila berada di luar rumah.

  • Sekiranya hendak keluar rumah maka anda perlu menjaga aurat anda kerana itu yang paling penting sekali. Semasa keluar dari rumah  anda perlu keluar dengan menutup aurat yang sempurna. Jangan hanya sekadar tutup tapi tetap macam tak berapa tutup. Maksudnya pakai tudung tapi pakaian pula ketat bukan main. Tak sanggup nak cakap..Hehe.
  • Lagi, anda hendaklah menundukkan pandangan anda diluar sana supaya tidak melihat perkara-perkara yang maksiat. Anda juga perlu menjaga batas-batas pergaulan anda supaya tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan di dalam islam.
  • Apabila anda keluar dari rumah hendaklah dengan pengetahuan ibu bapa anda. Ini kerana seelok-eloknya biarlah mereka tahu ke mana anda hendak pergi. Jangan hanya cukup sekadar mereka tahu tapi juga biarlah dengan mendapat keizinan dari mereka dahulu baru keluar. Dengan mendapat keizinan dari mereka barulah apa yang anda lakukan lebih mendapat berkat dan insyaallah semua akan berada dalam keadaan baik. Dan perjalanan anda diluar sana juga akan selamat.
  • Tidak kiralah anda hendak keluar kemana walau dekat sekalipun kalau boleh biarlah keluar dengan berteman dan bukannya secara bersendirian. Anda juga janganlah keluar dengan sebarangan orang tapi biarlah orang itu orang yang boleh dipercayai seperti adik beradik, jiran, ataupun kawan-kawan rapat anda. Dengan itu keselamatan anda diluar sana akan lebih terjamin apabila ada orang yang menemani anda.
  • Kalau nak keluar dari rumah perlulah pada waktu dan masa yang sesuai juga. Ini kerana bahaya jika anda keluar rumah pada masa yang tiada orang seperti pada waktu pagi yang masih gelap ataupun pada waktu lewat malam. Pada waktu-waktu begini adalah sangat bahaya kerana tiada siapa yang mengetahui jika sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda dan tiada siapa yang dapat menolong anda.
  • Elakkan dari pergi ke tempat-tempat yang tidak menjamin keselamatan anda. Contohnya anda pergi ke tempat-tempat yang gelap, sunyi dan tersorok dari pandangan orang ramai. Keselamatan anda tidak akan terjamin apabila berada ditempat yang sebegini. Anda hendaklah berada di tempat ramai orang  supaya keselamatan anda akan lebih terjamin nanti.
  • Semasa anda berada di luar rumah jangan cuba mencari pasal dengan orang lain. Tidak kiralah secara lisan dengan mengata orang lain dan sebagainya. Apatah lagi dengan perbuatan seperti memukul orang lain. Sikap anda semasa di luar rumah janganlah sampai orang lain merasa marah, geram, tergoda, berdendam ataupun rasa tercabar dengan sikap anda. Dengan menjaga sikap anda di luar rumah insyaallah anda tidak akan mempunyai masalah dengan orang lain.

Sebagai kesimpulannya, keselamatan anda di luar rumah boleh dijaga dengan baik dan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku keatas diri anda. Dengan tips-tips yang diberikan diharap ia dapat membantu anda supaya sentiasa dalam keadaan selamat di luar sana dan tidak diganggu oleh orang lain. Kalau ada orang yang ingin menganggu anda juga jangan di layan mereka dan cepat-cepat minta tolong. Insyaallah semuanya akan selamat.

JOM SHARE

2 thoughts on “Tips Keselamatan Semasa Diluar Rumah

  1. Salam…
    Satu post yg amat menarik….dan patut diikuti..

    1. terima kasih..ikut jangan tak ikut..hehe

Comments are closed.