Posted on Leave a comment

Tips mudah menjaga kesihatan

Salam ceria,

Menjaga kesihatan adalah sangat penting dalam menjamin kehidupan yang ceria. Jika anda sentiasa sihat maka kehidupan seharian anda akan menjadi mudah dan sempurna kerana anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Untuk menjaga kesihatan yang baik saya menyarankan 5 tips mudah dalam kehidupan seharian anda untuk anda ikuti supaya sentiasa sihat ceria iaitu:

  • Permakanan yang sihat
  • Minum air secukupnya
  • Bersenam dan banyak melakukan aktiviti
  • Jangan merokok
  • Berehat dan bergembira

1.  Permakanan yang sihat adalah penting bagi menentukan sejauh mana kesihatan anda. Ini kerana anda adalah apa yang anda makan. Jika anda makan makanan yang sihat maka akan sihatlah anda jika makanan yang dimakan tidak sihat makan anda juga tidak sihat. Permakanan yang sihat adalah seperti yang terkandung dalam piramid makanan.

Jangan mengambil makanan yang berlemak kerana ia boleh menyebabkan kegemukan yang akan meningkatkan risiko seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan sebagainya.

2. Meminum air secukupnya adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat. Anda perlu meminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari. Meminum yang secukupnya dapat melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran yang terdapat dalam badan kita. Meminum air bergas atau apa-apa air yang manis seperti the, kopi, milo dan sebagainya adalah kurang baik kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air masak atau air kosong adalah sumber air minuman yang terbaik.

3. Bersenam adalah penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Ini kerana bersenam akan membuatkan anda sentiasa cergas dan sihat. Bersenam dapat menurunkan berat badan dan mengurangkan kandungan lemak dalam badan badan anda. Bersenam juga dapat menguatkan dan menyihatkan jantung anda. Di samping melakukan senaman anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan pergerakan anggota fizikal seperti berjalan kaki, membuat kerja rumah, menggantikan tangga daripada menggunakan lif dan sebagainya.

4.  Orang yang suka menghisap rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser paru-paru dan banyak lagi. Jika anda seorang perokok berhentilah rokok. Kepada anda yang tidak merokok jauhilah perokok kerana anda akan menerima kesan yang lebih teruk dari seorang perokok itu sendiri kerana menydut asap yang dilepaskan oleh perokok. Hidup anda akan lebih sihat tanpa rokok kerana rokok akan membinasakan diri anda sendiri dan juga orang lain.

5.  Anda tidak boleh terus-menerus melakukan kerja kerana badan anda juga memerlukan rehat. Badan anda bukannya robot yang tidak perlukan rehat. Ambillah masa untuk berehat dan bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Mendapat rehat yang secukupnya akan mengurangkan anda dari ‘stress’ dan memberikan anda masa untuk mendapatkan kembali tenaga yang telah hilang. Di siang hari anda melakukan kerja dan dimalam hari anda perlukan rehat. Jangan melakukan kerja sepanjang sehari kerana anda sebenarnya sedang menyiksa diri anda sendiri. Anda memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi mengekalkan kecergasan anda.

Akhir sekali, menjaga kesihatan adalah penting dalam menjamin kehidupan yang ceria dan bahagia. Daripada tips-tips yang diberikan semoga anda dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada anda walaupun sedikit. Kesihatan anda adalah hak anda dan anda yang menentukannya sama ada untuk menjadi sihat ataupun sebaliknya.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *