Tips Terbaik Dalam Pergaulan

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah SAW:

Tiga perlakuan yang dapat memurnikan kecintaan sahabat-sahabat kepadamu, iaitu memberi salam apabila bertemu, melapangkan tempat duduk untuknya dimajlis, memanggilnya dengan nama yang disukai.”

Sebagai orang melayu yang beragama islam, kita telah diajar dengan adat dan adab dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap hari. Namun begitu adab-adab ini telah semakin pudar sedikit demi sedikit terutamanya dikalangan generasi muda pada hari ini. Jika ia terus dibiarkan maka kehidupan generasi pada masa akan datang tiada lagi adab-adab seorang muslim yang diamalkan dalam kehidupan khususnya dalam pergaulan seharian mereka. Zaman sekarang pun kita sudah boleh lihat kan perangai anak-anak muda yang semakin terikut-ikut dengan budaya barat dalam pergaulan mereka. Ada beberapa cara yang boleh anda amalkan dalam pergaulan seharian:

1. Mulakan setiap perjumpaan dan pertemuan dengan sesiapa sahaja hendaklah dimulakan dengan ucapan salam. Janganlah jumpa-jumpa terus tanya apa yang anda ingin tanya. Biasanya kalau anda jumpa seseorang mesti anda ucap salam terlebih dahulu tanda anda mendoakan dia sebagai saudara beragama islam. Amalan memberi salam telah diajar kepada kita sejak dari kecil lagi kan. Ianya juga sangat dituntut dalam islam. Saya telah menulis artikel amalan memberi salam dalam kehidupan seharian sebelum ini.

2. Masa berjumpa dengan sahabat anda, anda perlulah senyum kepadanya sebagai tanda anda suka berjumpa dengan dia. Ni janganlah tarik masam je muka bila berjumpa dengan sahabat anda. Nanti dia ingat anda tidak suka melihat wajahnya pulak. Orang lain pun tak suka kalau tengok orang yang muka masam ni. Susah nanti dibuatnya. Lagi satu senyum tu biarlah ikhlas ye jangan senyum sebab terpaksa.

3. Buatlah sahabat anda terus merasa gembira apabila

Safe not. Highlighting the translucent no prescription pharmacy a One it in.

berjumpa dengan anda. Selain senyum, bagilah sedikit pujian pada sahabat anda itu bagi menggembirakan hatinya. Tapi janganlah puji secara keterlaluan ya nanti sahabat anda tu malu-malu sampai merah muka susah jugak kerana anda seorang yang pandai memberi pujian. Pujian yang anda beri biarlah ikhlas dan sesuai mengikut kesesuaian semasa dan sahabat anda berasa selesa dengan pujian anda.

4. Semasa berbicara dengan sahabat anda, sentiasalah memperindahkan percakapan anda ketika bercerita dengannya. Anda boleh gunakan bahasa yang berbunga-bunga..hehe(gurau je..) Maksudnya anda bercakap perkara-perkara baik dengannya dan gunakan bahasa yang elok. Jangan bercakap terlalu kasar sehingga boleh melukakan hatinya. Janganlah hanya ingin bercerita mengenai diri anda sahaja tapi cubalah memberi peluang kepada sahabat anda bercerita mengenai dirinya juga dan pada masa yang sama anda boleh menjadi pendengar yang baik dengan sesungguh hati.

5. Semasa bersama dengan sahabat anda itu, anda hendaklah bergaul dengan mesra. Anda jangan salah faham pulak ya maksud mesra disini bukannya anda kena peluk atau cium sahabat anda itu sebagai menunjukkan tanda kemesraan. Lagi susah kalau sahabat anda itu seorang perempuan nanti lain cerita pulak yang jadi. Maksudnya mesra disini adalah bercakap dengan bahasa yang baik, panggillah nama sahabat anda itu dengan sebaik-baiknya, jaga tingkah laku anda dan sentiasa menghormati sahabat anda itu. Buatlah sahabat anda itu merasa selesa apabila berada disamping anda.

6. Andai kata semasa berjalan bersama-sama dengan sahabat anda, tiba-tiba sahabat anda itu berhenti kerana ada barang-barang miliknya terjatuh. Anda hendaklah berhenti juga bersama-sama dan tunggu sekejap sahabat anda itu. Kalau tak tolong pun tidak mengapa tapi cukuplah dengan berhenti bersamanya janganlah tinggalkannya bersendirian di belakang. Kalau boleh tolong lagi baik..hehe.. Walaupun benda nampak macam simple je tapi ia mempunyai maknanya yang cukup besar sebenarnya dalam hubungan pergaulan anda dengan sahabat anda.

7. Cubalah untuk membantu sahabat anda apabila dia memerlukan pertolongan. Jika dia ditimpa kesusahan bantulah dia sedaya upaya anda. Kadang-kadang sahabat anda dia tidak akan tunjuk dihadapan anda yang dia sedang susah dan dia sama sekali tidak ingin menyusahkan anda. Sebagai sahabat, anda hendaklah berusaha membantu sahabat anda apabila anda menyedari yang sahabat anda itu ditimpa kesusahan. Hari ini sahabat anda yang susah, esok lusa mungkin anda yang susah pulak siapa tahu kan.

8. Jika anda ingin menegur kesalahan sahabat anda, pastikan anda menegurnya secara baik dan lemah lembut. Sekiranya anda tersilap dalam teguran anda itu, ia akan menyebabkan sahabat anda terguris hati dengan anda. Memang niat anda baik kerana ingin menegur sahabat anda itu, tapi jagalah hubungan persahabatan anda juga. Maafkan kesalahan dan silap sahabat anda itu. Biasa la kan semua orang pernah buat silap dengan memberi kemaafan adalah jalan terbaik demi menjaga perhubungan. Dan sama-samalah kita menegur kesalahan orang lain sebaik-sebaiknya.

    1. klcitizen 27/06/2010
      • Thoha Sukses 29/06/2010
    2. suri 27/06/2010
      • Thoha Sukses 29/06/2010
    3. etomyam 27/06/2010
      • Thoha Sukses 29/06/2010
    4. Khairi 27/06/2010
    5. maza 27/06/2010

    Leave Comments