Tahun baru 2012 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Kita mengharapkan lebih banyak kejayaan dalam hidup kita pada tahun baru 2012 nanti.
Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.
Untuk penulisan yang ringkas pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini.
1. Usaha Yang Berterusan Tanpa Putus Asa. Berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan diri kita. Jika masih belum mencapai kejayaan itu, jangan lekas berputus asa. Cuba lagi sehingga kita berjaya.
2. Belajar Dan Menuntut Ilmu Dengan Orang Yang Telah Berjaya. Ilmu dapat membantu diri kita mencapai lebih banyak kejayaan. Belajar dengan orang yang berjaya kerana pengalaman mereka adalah sangat berharga.
3. Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Pandangan Orang Lain. Kita juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh orang lain. Ia boleh membantu diri kita menjadi lebih baik. Jika pandangan yang tidak baik, maka abaikan ia.
4. Hormati Orang Lain Seperti Menghormati Diri Sendiri. Kita perlu menghormati orang lain yang berada disekeliling kita. Jangan kita merasa diri kita ini terlalu hebat berbanding dengan orang lain.
5. Bersyukur Dengan Nikmat Kejayaan Yang Telah Dikecapi. Setiap nikmat yang kita perolehi hendaklah kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan segala nikmat kepada kita.
6. Membantu Dan Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Jika kita mempunyai kelebihan atau kemampuan, bantulah orang lain mengikut kemampuan kita. Lakukan kebaikan kepada orang lain supaya setiap orang akan beroleh manfaat.
7. Mendapat Restu Kedua Ibu Bapa. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, berdoa untuk kesejahteraan mereka. Jasa yang telah diberikan oleh mereka sangat besar. Kehidupan kita akan lebih diberkati olehNya jika ibu bapa sentiasa mendoakan kita.
8. Mendekatkan Diri Kepada Yang Maha Esa. Tiada lagi tempat yang kita boleh mengharapkan pertolongan melainkan kepada Allah. Dialah yang akan memberikan pertolongan kepada hamba yang sentiasa dekat kepadaNya.
–
Kita hendaklah berusaha dan berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan seperti orang-orang lain yang telah pun berjaya. Banyak cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang memilih untuk menjadi orang yang berjaya atau tidak.
Segala usaha yang kita lakukan perlulah sentiasa diberkati oleh Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Dialah yang akan menentukan segalanya.
Assalamualaikum, satu perkongsian yang memberi manafaat :), bagus entru ni.. membuka minda aku “;;;/ hehehe
moga2 kita sentiasa diberi kekuatan dan petunjuk
selamat tahun baru, bro