Teknologi arahan suara (voice command) bukanlah satu perkara yang baharu, malah sebilangan dari kita juga sudah terbiasa dengan Siri atau Google Assistant.
Menerusi fungsi itu, kita boleh mengarahkan peranti melakukan sesuatu seperti membuat carian dan sebagainya hanya dengan menggunakan suara.
Terbaharu, aplikasi sembang WhatsApp menerusi kemaskini 2.19.22 untuk peranti Android turut memperkenalkan fungsi itu.
WhatsApp menambah butang mikrofon pada papan kekunci aplikasi itu membolehkan anda bersuara sahaja sebelum teks ditaip secara automatik.
Secara ringkasnya, anda kini tidak perlu menaip menggunakan jari, sebaliknya hanya perlu bercakap sebelum ia diterjemah dalam bentuk teks oleh aplikasi itu.
Anda juga seharusnya tidak keliru dengan satu lagi mikrofon yang selalu digunakan sebelum ini untuk menghantar pesanan suara (voice note).
Bagaimanapun, fungsi itu masih lagi terhad kerana ia tidak berupaya membaca dan memahami tanda baca selain simbol-simbol biasa seperti koma dan sebagainya.
Menerusi kemas kini 2.19.11 untuk pengguna iOS pula, ia memperkenalkan fungsi ‘Reply Privately’ yang mana hanya individu tertentu sahaja boleh membaca mesej yang dihantar dalam grup WhatsApp.
Namun, fungsi itu seolah-olah tidak masuk akal kerana ia lebih mudah untuk anda berbalas teks secara peribadi berbanding menggunakan fungsi itu di dalam grup.
Semoga memberi manfaat.
Sumber: mstar