l

Archive for April, 2010

Fasa-fasa Dalam Kehidupan Manusia

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada post kali ini. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada artikel kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai fasa-fasa dalam kehidupan kita sebagai insan di dunia ini. Ianya hanya sebagai renungan bersama dalam menghayati kehidupan kita seharian. Berikut adalah fasa-fasa di dalam kehidupan kita yang biasa untuk direnungkan bersama:

Alam Remaja

Ada masa + tenaga…. Tapi tiada duit..

Semasa di alam remaja ini kehidupan anda hanya hidup bergantung kepada orang lain iaitu ibu bapa anda apabila memerlukan duit. Anda nak makan ada orang tanggung dan kena ada duit nak belanja itu dan ini. Pada masa ini semuanya bukan dari duit anda sendiri lagi. Tetapi pada masa remaja inilah anda mempunyai banyak masa yang boleh dikatakan tidak terlalu sibuk sebenarnya. Begitu juga dengan tenaga yang anda miliki kerana pada masa ini anda masih muda dan tenaga anda masih lagi kuat.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (14) →

Kelebihan Menyampaikan Ilmu

ilmu

Assalamualaikum,

Adakah ilmu yang kita miliki hanya untuk disimpan semata-mata?. Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.

Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya”.

Posted in: Informasi, Tazkirah

Leave a Comment (16) →

Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri

Hari ni saya merasa agak bosan jadi saya ambik masa dok buka you tube kejap. Jadi dalam dok belek-belek video kat you tube tu terjumpa video motivasi dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah ni. Saya rasa ianya agak menarik untuk dikongsikan disini yang agak menarik untuk dikongsikan kerana sememangnya niche blog ini lebih kepada niche motivasi sebenarnya. Video motivasi ini agak menarik kerana ianya membincangkan cara-cara untuk kita mengatasi rasa rendah diri di dalam diri ini. Anda boleh tengok video-video ni di bawah.

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Bahagian 4:

Selepas mendengar video-video motivasi dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah ini saya merasa agak lebih bersemangat dalam diri ini. Saya harap anda pun begitu juga ya. Terutamanya apabila mendengar tentang merasa rendah diri dan sifat pemalu ini. Setiap orang sudah semestinya mempunyai rasa malu dan rendah diri ini dan ianya adalah normal. Jadi ianya bergantung kepada anda untuk mengatasinya. Anda sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan dalam diri anda. Ni tips-tips dari saya pula cara untuk mengurangkan rasa rendah diri ini:

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (8) →

Masa Yang Mustajab Untuk Berdoa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menduduki exam kepada yang sedang menduduki exam sekarang ni ye. Dimasa sekarang kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat juga. Doa adalah senjata bagi seorang muslim. Dengan doalah juga hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih dekat sebagai seorang hamba yang bertakwa.

Semasa berdoa anda hendaklah menjaga adab-adab tertentu supaya doa anda akan lebih diberkati. Didalam anda berdoa ada tempat-tempat dan masa-masa tertentu yang mustajab untuk anda berdoa. Di antara masa-masa mustajabnya doa adalah:

Posted in: Tazkirah

Leave a Comment (9) →
Page 2 of 2 12