l

Archive for January, 2011

Cara Mendaftar Maybank2u.com

Salam sejahtera.

Pada hari ini ramai orang yang mempunyai dan menggunakan Maybank untuk menyimpan wang mereka di dalam bank. Maybank adalah antara bank-bank yang paling dipercayai di negara kita Malaysia. Saya juga mempunyai akaun Maybank saya sendiri selain dari akaun bank-bank lain.

Pada masa kini urusan seperti pemindahan atau pembayaran wang sudah boleh dilakukan secara online dengan adanya kemudahan internet. Ianya dipanggil sebagai ‘Internet Banking’. Pihak Maybank juga telah menyediakan Maybank2u.com sebagai sebuah medium yang dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi urusan perbankan secara online. Internet banking telah memudahkan urusan kita seharian.

Posted in: Panduan

Leave a Comment (15) →

Mencapai Matlamat Hidup

Salam sejahtera.

Sedar tidak sedar begitu cepatnya masa berlalu. Ni pun baru nak sedar. Sebabnya mungkin saya sedikit sibuk dengan bermulanya semester 4 di universiti yang baru masuk awal tahun ini. Seseorang itu mampu untuk melakukan apa saja perkara yang mereka inginkan jika mereka mempunyai matlamat dan yakin mereka boleh untuk melakukannya.

Sebagai manusia kita telah dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Sebagai seorang manusia juga kita sudah tentu sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan tidak lupa juga di akhirat. Untuk menjadi orang yang berjaya anda perlulah mempunyai matlamat yang jelas yang akan dapat memberikan dorongan kepada anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya di masa hadapan.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (6) →

Kembangkan Minat Melalui Facebook

Salam sejahtera.

Satu cara terbaik anda boleh promosikan minat dan perniagaan anda di seluruh internet ialah dengan memulakan sebuah komuniti online seperti facebook. Komuniti facebook ini berfungsi dengan cara yang sama berfungsi di dunia offline. Anda mempunyai orang yang sama minat dengan anda yang menjadi sebahagian daripada komuniti dan sama-sama membincangkan topik-topik yang tertentu.

Untuk membina komuniti online di facebook anda boleh menggunakan facebook page dan juga facebook group. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Melalui komuniti facebook ini anda dapat mengembangkan lagi minat dan perniagaan anda dengan lebih cepat. Tapi berhati-hatilah jangan sampai anda melakukan promosi membabi-buta sehingga mengganggu pengguna facebook yang lain. Gunakan cara promosi yang yang baik dan beretika.

Posted in: IT, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Memberi Keyakinan Kepada Orang Lain

Salam sejahtera

Salah satu aspek terpenting dalam perniagaan internet anda dengan seni meyakinkan orang lain atau pelanggan terhadap perniagaan anda. Keyakinan pelanggan terhadap anda adalah penting kerana mereka adalah pembeli produk yang anda niagakan.

Tidak mustahil mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda pada masa hadapan dengan membeli produk-produk lain dari anda kerana mereka telah yakin dan percaya dengan kredibiliti anda menjalankan perniagaan internet. Antara ciri-ciri penting yang perlu anda lakukan untuk meyakinkan orang lain terhadap produk anda adalah:

Posted in: Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Memulakan Perniagaan Internet

Salam sejahtera.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu beberapa perkara yang anda ingin lakukan. Apa produk yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilema anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir. Antara beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan perniagaan internet adalah:

Jenis perniagaan internet

Anda perlu fikir apakah jenis perniagaan internet yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang-barang? Adakah anda ingin menjual servis dan perkhidmatan? Adakah anda hanya ingin menulis blog dan menjadi penulis? Adakah anda ingin menjadi pemasar affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Posted in: IT, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera

Fasa untuk tahun 2010 telah pun menutup tirainya semalam. Kini kita semua telah memasuki fasa tahun baru 2011 pula. Selamat tahun baru 2011 saya ucapkan kepada anda semua. Dengan masuknya tahun baru 2011 ini bermakna kita pun telah meningkat setahun lagi usia. Bersyukurlah kita kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini.

Setiap kali memasuki tahun baru ramai yang bercakap mengenai azam tahun baru. Saya melihat ramai rakan-rakan facebook yang menulis tentang azam baru mereka untuk tahun baru 2011 ni. Biasa la tu bila memasuki tahun baru ni ramai yang telah menetapkan azam untuk tahun baru. Malah ramai juga yang menulis tidak dapat melaksanakan azam tahun 2010 lalu. Ianya hanya azam tinggal azam dek kerana ianya tidak dapat dilaksanakan.

Posted in: Umum

Leave a Comment (11) →