Salam sejahtera.
Pada hari ini ramai orang yang mempunyai dan menggunakan Maybank untuk menyimpan wang mereka di dalam bank. Maybank adalah antara bank-bank yang paling dipercayai di negara kita Malaysia. Saya juga mempunyai akaun Maybank saya sendiri selain dari akaun bank-bank lain.
Pada masa kini urusan seperti pemindahan atau pembayaran wang sudah boleh dilakukan secara online dengan adanya kemudahan internet. Ianya dipanggil sebagai ‘Internet Banking’. Pihak Maybank juga telah menyediakan Maybank2u.com sebagai sebuah medium yang dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi urusan perbankan secara online. Internet banking telah memudahkan urusan kita seharian.
Semasa saya sedang menulis ni saya pun baru sahaja mendaftar maybank2u.com saya sendiri. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan anda pula bagaimana untuk mendaftar maybank2u.com. Sebenarnya sekejap saja cara untuk daftar maybank2u.com ni.
Saya andaikan anda telah pun mempunyai akaun maybank untuk dapat mendaftar maybank2u.com. Jika belum, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat anda untuk membuka akaun Maybank anda.
Biasanya selepas membuka akaun Maybank anda akan menerima kad debit Maybank. Kad debit Maybank ini mempunyai banyak kelebihan kerana ia mempunyai visa electron di mana anda boleh membuat pembayaran secara debit di mana-mana sahaja tempat. Kad debit Maybank ini juga boleh anda gunakan untuk mendaftar akaun paypal.
Untuk mendaftar maybank2u.com adalah anda bawa kad debit Maybank anda dan pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dan masukkan kad debit Maybank anda ke dalam mesin ATM tersebut.
Pada paparan menu anda pilih maybank2u/phone banking>maybank2u application. Kemudian anda perlu masukkan no PIN 6 digit pilihan anda sendiri (bukan no PIN ATM anda). Maksudnya anda perlu mendaftar no pin baru untuk maybank2u.com.
Contohnya no pin ATM anda adalah 123456. Anda perlu memasukkkan no pin lain untuk maybank2u.com anda. Contohnya 654321 atau apa-apa no pin pilihan anda sendiri. Selepas itu anda sekali lagi akan diminta untuk memasukkan no pin maybank2u.com pilihan anda tadi sebagai tanda pengesahan.
Kemudian balik ke rumah dan buka komputer anda untuk melayari internet. Pergi ke laman web ini http://www.maybank2u.com.my/. Cari dan klik butang Login yang terletak pada sebelah atas bahagian kanan.
Padah halaman Login, klik pada butang “First Time Login?”.
Apabila masuk ke ruangan Terms & Conditions klik saja butang Accept. Selepas anda klik pada butang Accept anda akan dibawa pada ruangan “Welcome to Maybank2u“.
Pada ruangan “Welcome to Maybank2u” sila isikan Access No. dan juga PIN. Access No. adalah nombor 16 digit pada kad debit Maybank anda. Dan PIN adalah nombor PIN Maybank2u.com yang telah anda pilih di mesin ATM. Selesai saja mengisi kedua-duanya klik butang “Activate” untuk selesai mendaftar Maybank2u.com.
salam..
suri ada akaun.sllu guna tranfer duit pd pihak ketiga..utk guna sejauh seperti saranan di atas tu rsa takut plk..sb..di maya kan ada byk kena tipu tu ni huu..
risau..risau..
masih x da lagi maybank2u
klo kita buat transaksi guna maybank2u ada caj lebih x?maksud aku mcm nak bayar bi api,air,telekom,beli topup..rasa nak daftar tapi takut2 brani lak.tak silap aku kad maybank terbaru ada gambar buah epel merah.apa maksud dia?
Nak bayar online mmg xde xtra charge, tapi kalu nk top uo prepaid pon, x de komisyen lah… saya pon slalu bayar bil² secara online, mmg senang, kalau bil celcom tu, mg on the spot mcm bayar kat kiosk die jugak…
sy pun nak mcuba nya kemudahan yg ada di maybank2u,pas ni nk gi kat Maybank Tangkak lah.
bagi yang sedia ada..kalau terlupa password/username.. call bank mintak reset password, kena apply balik dari atm, buat balik instruction seperti diatas…
terbaik ni bro thoha, maybank2u sungguh memudahkan pengguna