Posted on 15 Comments

Cara Mendaftar Maybank2u.com

Salam sejahtera.

Pada hari ini ramai orang yang mempunyai dan menggunakan Maybank untuk menyimpan wang mereka di dalam bank. Maybank adalah antara bank-bank yang paling dipercayai di negara kita Malaysia. Saya juga mempunyai akaun Maybank saya sendiri selain dari akaun bank-bank lain.

Pada masa kini urusan seperti pemindahan atau pembayaran wang sudah boleh dilakukan secara online dengan adanya kemudahan internet. Ianya dipanggil sebagai ‘Internet Banking’. Pihak Maybank juga telah menyediakan Maybank2u.com sebagai sebuah medium yang dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi urusan perbankan secara online. Internet banking telah memudahkan urusan kita seharian.

Semasa saya sedang menulis ni saya pun baru sahaja mendaftar maybank2u.com saya sendiri. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan anda pula bagaimana untuk mendaftar maybank2u.com. Sebenarnya sekejap saja cara untuk daftar maybank2u.com ni.

Saya andaikan anda telah pun mempunyai akaun maybank untuk dapat mendaftar maybank2u.com. Jika belum, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat anda untuk membuka akaun Maybank anda.

Biasanya selepas membuka akaun Maybank anda akan menerima kad debit Maybank. Kad debit Maybank ini mempunyai banyak kelebihan kerana ia mempunyai visa electron di mana anda boleh membuat pembayaran secara debit di mana-mana sahaja tempat. Kad debit Maybank ini juga boleh anda gunakan untuk mendaftar akaun paypal.

Untuk mendaftar maybank2u.com adalah anda bawa kad debit Maybank anda dan pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dan masukkan kad debit Maybank anda ke dalam mesin ATM tersebut.

Pada paparan menu anda pilih maybank2u/phone banking>maybank2u application. Kemudian anda perlu masukkan no PIN 6 digit pilihan anda sendiri (bukan no PIN ATM anda). Maksudnya anda perlu mendaftar no pin baru untuk maybank2u.com.

Contohnya no pin ATM anda adalah  123456. Anda perlu memasukkkan no pin lain untuk maybank2u.com anda. Contohnya 654321 atau apa-apa no pin pilihan anda sendiri. Selepas itu anda sekali lagi akan diminta  untuk memasukkan no pin maybank2u.com pilihan anda tadi sebagai tanda pengesahan.

Kemudian balik ke rumah dan  buka komputer anda untuk melayari internet. Pergi ke laman web ini http://www.maybank2u.com.my/. Cari dan klik butang Login yang terletak pada sebelah atas bahagian kanan.

Padah halaman Login, klik pada butang “First Time Login?”.

Apabila masuk ke ruangan Terms & Conditions klik saja butang Accept. Selepas anda klik pada butang Accept anda akan dibawa pada ruangan “Welcome to Maybank2u“.

Pada ruangan “Welcome to Maybank2u” sila isikan Access No. dan juga PIN. Access No. adalah nombor 16 digit pada kad debit Maybank anda. Dan PIN adalah nombor PIN Maybank2u.com yang telah anda pilih di mesin ATM. Selesai saja mengisi kedua-duanya klik butang “Activate” untuk selesai mendaftar Maybank2u.com.


JOM SHARE

15 thoughts on “Cara Mendaftar Maybank2u.com

  1. maybank2u memang cara terbaik untuk anda purcase online,to4 online dan lain2,kalau tak caya sila la guna memang antara terbaik di malaysia ini

  2. sy terlupa no pin maybank2u.mcmme nk wat ar…

    1. Tuan boleh cuba call Maybank2u.com Customer Care hotline at 1-300-88-6688 or 603-7844 3696. Harap membantu..

  3. aku dah daftar tp xboleh pon.??dia tulis servis is curently

  4. thank,bg yg xtau mesti bnyk info ni.mekasih…mekasih

  5. terima kasih atas peneragan yang di beri.. dunia semakin moden maka tak salah kiranya jika kita berani mencuba yer tak?

    p/s:lama tak jguk sini tapi sllu tgok online fb hiii

    1. suri awk dah buat ke on line banking tu? baguslah,. ada kemudahan begini senang lah kita semak baki pimjaman,; ,saya baru je buat ni, t kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *