l

Archive for May, 2011

Persediaan Seorang Pelajar Sains Komputer

belajar sains komputerSalam sejahtera.

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, banyak persediaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi dunia yang serba mencabar pada masa sekarang. Dalam artikel yang serba ringkas ini saya lebih mengkhususkan kepada pelajar sains komputer atau IT kerana saya sendiri adalah seorang pelajar IT. Pelajar dalam bidang lain ataupun sesiapa sahaja boleh membaca artikel ini kerana penulisan artikel ini bersifat umum dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja.

Orang lain belajar anda pun belajar. Tapi kehidupan anda sudah tentu tidak akan sama dengan mereka kan? Anda yang akan menentukan hidup anda sendiri. Bidang sains komputer dan IT ini sememangnya luas untuk diterokai. Jika anda seorang pelajar sains komputer/IT, bersyukurlah kerana berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Bukan semua orang diberi peluang yang sangat berharga ini seperti yang anda dapat.

Posted in: Informasi, IT, Motivasi

Leave a Comment (7) →

Tanda-tanda Mengalami Stress

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua hari ini? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Jangan biarkan kehidupan anda diganggu dengan masalah kesihatan yang boleh menganggu keceriaan hidup anda. Salah satu perkara yang boleh menganggu keceriaan dalam diri seseorang anda stress. Stress adalah satu tekanan yang akan selalu muncul dalam diri seseorang disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam diri mereka.

Stress ini berpunca dari banyak faktor sebenarnya. Punca-punca berlakunya stress disebabkan faktor dalam diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, faktor biologi dan banyak lagi faktor-faktor lain. Untuk mengetahui sama ada anda stress, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda stress pada diri anda. Ada banyak tanda-tanda yang boleh anda lihat pada diri anda bagi mengenal pasti sama ada anda sedang stress. Dengan mengenal pasti tanda-tanda itu maka anda memang sedang stress. Jom kita sama-sama kenali tanda-tanda stress…

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (8) →