l

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu kos atau program yang ditawarkan dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

JOM SHARE

Posted in: Informasi, IT, Kerjaya

Leave a Comment: (62) →

10 Comments

  1. zik July 18, 2010

    memang sangat luas… cuma nak tak nak je… nak cari kerja , orang sekarng nie…lagi2 orang malaysia.. yang terlalu demand..

    reply
    • Thoha Sukses July 19, 2010

      betul cakap bro zik tu..bidang sains komputer ni sangat luas tapi kalau terlalu memilih kerja sangat susah nak dapat kerja jugak..

      reply
  2. ishak July 18, 2010

    kita sebagai blogger ni pun kalau dikira tergolong jugak dalam bidang ni.cuba lihat lebih mendalam

    reply
    • Thoha Sukses July 19, 2010

      blogger pun banyak bermain dengan komputer jugak cuma blogger ni orang tak cakap sebagai kerjaya..

      reply
  3. kulanz July 18, 2010

    Minat juga dengan sains komputer ni.. tapi dah tak ada peluang tukar kerja ke bidang tu..

    reply
  4. Mr.Z July 18, 2010

    banyak kerjaya boleh diceburi dalam bidang komputer ini.

    reply
  5. tasneem July 18, 2010

    tertinggal system analyst nie…T_T

    reply
    • Thoha Sukses July 18, 2010

      oh ya betul gak ek..tertinggal pulak system analyst yang kita sedang belajar sekarang ni..hehe

      reply

Leave a Comment