l

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu kos atau program yang ditawarkan dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

JOM SHARE

Posted in: Informasi, IT, Kerjaya

Leave a Comment: (62) →

11 Comments

  1. hiysham may January 20, 2011

    salam.. sy tgh buat praktikal skunk ni dlm bdng science comp.. tp sy minat programming.. actually sy nak jadi pembuat software n nanti deg nak amik ape ek..

    reply
    • Thoha Sukses January 20, 2011

      salam. kalau awak minat programming boleh teruskan pengajian degree dalam bidang sains komputer gak..macam saya banyak belajar programming..saya ambik bidang kejuruteraab perisian..

      reply
  2. farhan January 4, 2011

    AsSaLaMuAlAiKuM ..sAyA mMg MiNaT dAlAm bIdAnG nIe ..
    TaPi aPeW KeLuLuSaN Yg pErLu dApAt uNtUk mEnCeBuRi dAlAm bIdAnG NiE ?????

    reply
    • Nik Thoha July 16, 2011

      Waalaikumussalam.
      Kalau yang nak sambung belajar dalam kos ni lepas spm boleh ambik diploma dalam kos ni pastu terus sambung ijazah. Ataupun lepas spm masuk matrikulasi pastu terus ambik ijazah dalam bidang ni..:)

      reply
  3. Fauzi ahmad August 6, 2010

    saya bukan dalam bidang komputer, tapi minat. belajar dan terus belajar.

    reply
    • Thoha Sukses December 18, 2010

      bidang sains komputer ni terbuka untuk sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk terus belajar dan meneroka bidang yang semakin meluas ini.. 🙂

      reply
  4. botak July 23, 2010

    mencabar woo bljr IT..
    sebab ade programming..
    aku paling x suka C++..
    lulus pun cukup makan je

    reply
    • Thoha Sukses December 18, 2010

      betul tu bro memang mencabar belajar programming ni..
      saya belajar java dan juga c++
      memang pening gak kepala kadang2..hehe 🙂

      reply
  5. suri July 21, 2010

    salam sahabat..

    sihat ke idak nie? sori kawan lama tak singgah.nie pun curi2 jerk sb bos tak masok pjbt..hehehe..

    system maklumat mmg best tapi bila nak dapt job yang benar2 ngam dgn dia mmg agak sukar huaaaaa..

    reply
    • Thoha Sukses July 22, 2010

      salam..sihat je sokmo..hehe
      oh macam tu ke? susah jugak sistem maklumat ni ye..

      reply
      • suri July 24, 2010

        sis maklumat mmg snag sb byk melibatkan keje pjbat.tapi nak cari keje tang jwtan pgwai maklumat tu mmg sush le..kompen klu dpt kje pun di beri keje kerani.tapi suri benar2 sayang jwtan PA tu..huhu..ada mncabar skit hehee..

        reply

Leave a Comment