l

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu kos atau program yang ditawarkan dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

JOM SHARE

Posted in: Informasi, IT, Kerjaya

Leave a Comment: (62) →

10 Comments

  1. nora mohd nor July 15, 2011

    salam…sy nk tnyer…sy dpt sc komputer(pangkalan data)….ijazah…erm ok kew…n ptt kew sy g???

    reply
    • Nik Thoha July 16, 2011

      Wsalam. tahniah saya ucapkan sebab dapat sambung belajar ke peringkat ijazah..bagi saya teruskan je belajar cari ilmu luas2..mungkin itu sudah rezeki awak yang Allah berikan.. Buat yang terbaik dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. lepas tu carilah kerjaya yang awak minat.. 🙂

      reply
  2. ferra May 23, 2011

    asslamualaikum

    saya baru sahaja selesai meng update upu fasa2 bg lpasan matrikulasi.kebanyakan jurusan saya pilih ialah sains komputer.memang cita2 nak jadi kejuruteraan perisian tapi sebagaimana kerisauan masyarakat lain begitulah jua saya..soal peluang kerjaya terutama sekali bagi kaum hawa???

    hasil research saya daripada internet tidak dapat mnyelesaikan segala persoalan dalam hati.diharap saudara dapat menerangkan dengan lebih lanjut lagi setakat mana pengenalan saudara mengenai kursus ini.

    reply
    • Nik Thoha July 16, 2011

      Waalaikumussalam. panjang lebar komen awak ye. saya ucapkan tahniah kerana awak sangat berminat dalam bidang sains komputer ni. bagi pendapat saya sendiri bidang ini sangat luas. Daripada pengalaman senior2 saya yang kaum hawa ni kebanyakan mereka mempunyai kerjaya masing2 dalam bidang sains komputer ni. Jangan risau, berdoa banyak2 semoga rezeki awak dalam bidang ni akan sentiasa terbuka luas.. 🙂

      reply
  3. Fara May 19, 2011

    hai..sy minat dlm bidang sains komputer ni..tp sy xminat programming sbb susah..sy tkt nnti dpt kerja melibatkan programming…agaknye sy perlu belajar programming jgk ke?

    reply
    • Nik Thoha July 16, 2011

      Memang bidang sains komputer kebanyakan melibatkan programming..tapi bergantung juga kepada kursus yang awak ambil tu sebab mungkin ada yang tak ada programming ni..apa pon good luck saya ucapkan.. 🙂

      reply
  4. mahana May 18, 2011

    sye pon dpt twrn sains komputer jgk..xpi tkt juga nak meneroka bidang ni..minat pon ade jgk laaa..tkt dgn peluang pekerjaan nanti..

    reply
    • Nik Thoha July 16, 2011

      Salam. tahniah saya ucapkan.
      teruskan meneroka dalam bidang ini yang sangat luas..
      semoga terus berjaya saya ucapkan..
      carilah ilmu sebanyak2 nya lepas tu baru fikir pasal kerjaya.. 🙂

      reply
  5. miss hajar May 15, 2011

    pluang pkejaan dri kos nie trbka luas x tok kaum hawa??

    reply
    • Nik Thoha May 23, 2011

      InsyaAllah peluang rezeki dari Allah terbuka untuk semua…

      reply

Leave a Comment