Posted on 62 Comments

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu kos atau program yang ditawarkan dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

JOM SHARE

62 thoughts on “Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

  1. salam…saya mendapat tawaran mndapt sains komputer & matrix..saya dengar course ne course yg common & dh ramai orng amik..abs klau dh rami orng amik mcm mane dgn pelung perkejaan nnt?takut klau amik course ne jadi penganggur terhormat..banyak ke syarikat yg mngambil sains komputer ne??

    1. Wsalam. Tahniah kerana berjaya menyambung pengajian ya.
      Peluang perkerjaan bergantung kepada keperluan bagi pasaran industri sekarang. Kalau ada mana2 syarikat yang memerlukan tenaga2 baru bagi syarikat mereka maka peluang pekerjaan adalah terbuka luas. Soal menganggur atau tidak semuanya bergantung kepada rezeki kita masing2.. 🙂

  2. saya dapat kos ni..,1 jun ni pegi blajar.
    tak tahu sangat lh pasal kos ni..,dulu time skolah amik IT tapi snang jer..,CS ni macam mn pulak?
    bnyak math ker??

    1. salam. sebelum tu tahniah ye sebab dapat kos ni..
      macam ni..kursus sains komputer dan it sama je..
      semuanya bermain dengan komputer..

      kursus ni lebih kepada banyak kena belajar programming..anda akan belajar bahasa java, c, c++ dan banyak lagi bahasa komputer yang lain. Bergantung kepada tempat anda belajar menyediakan bahasa apa..anda juga akan belajar bina laman web, buat satu sistem dan banyak lagi yang melibatkan penggunaan komputer..

  3. kursus nie mmang diiktiraf x???

    1. Salam. kursus sains komputer memang di iktiraf di seluruh dunia.. 🙂

  4. hmm…nk mntk pndapat, sye nie student sains kompter…sem nie da slamat nan c++!! cmrlang kot! haha! sem dpan jmpe java plak!!! fuyoh! sngt mnat dlm kompter…tp tkot klu xde pluang pkerjaan,,, org kate… bdak IT da xleh cri mkn btol ke?? share2 bule…

    1. Salam. siapa yang kata budak IT tak leh cari makan tu?
      saya nak kenal sangat dengan dia..
      saya nak tanya dia yang bagi rezeki kepada budak2 IT ke?

      Jangan risau sebab rezeki semuanya Allah yang bagi..
      kita sebagai hamba perlu sentiasa berdoa kepadaNya..:)

      1. btol tuwh,,,sye ad satu cdangan,, ape kate klu laman nie mnyiarkan skali…jwatan2 kosong yg ad d dlm syaikat2 d slurh mlaysia nie… klu luar negare pon ap slahnye….
        snang la skit kter cari mkan,,,haha! 🙂

        1. InsyaAllah akan dipertimbang kan nanti..nanti saya fikirkan macam mana..terima kasih atas cadangan tu ye..:)

  5. salam….what do i hve to learn specificly in this sbject??i got an offer to mtrix n now i must tke SC as one of my sbject if i choose to drop physic….i am cnfuse right now..i juz don’t sure hw hrd SC coz i’ve nver learned it.my only ques. is,is it hard??

    1. salam. jika anda benar2 berminat boleh belajar sains komputer. ia memang subjek yang meneronokkan. jika anda belajar dengan penuh minat tak susah pon.. mana-mana subjek sekalipun sama je akan jadi susah kalau tak minat. so, mulakan minat anda sekarang. insyaAllah akan jadi senang.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *