l

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu kos atau program yang ditawarkan dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

JOM SHARE

Posted in: Informasi, IT, Kerjaya

Leave a Comment: (62) →

10 Comments

  1. pawaka19 July 19, 2010

    tak sangka pelajar it / sains komputer sebenarnya banyak cabang bidang pekerjaan yang menarik.

    reply
    • Thoha Sukses July 22, 2010

      banyak jugak cuma kena pandai cari peluang untuk terus berjaya dalam bidang ni.. 🙂

      reply
  2. Loq July 19, 2010

    Minat jugak dalam bidang ni.Sekarang sedang berkira-kira.Tengok rezeki dekat mana nanti 🙂

    reply
    • Thoha Sukses July 22, 2010

      kalau ada minat bagusla..insyaallah ada rezeki boleh dapat kerjaya dalam bidang IT ni..

      reply
  3. ain fathihah July 19, 2010

    siapa cepat kuasai semua ni, bolehlah hidup. huhu.

    saya? hehe masih merangkak2.

    reply
    • Thoha Sukses July 22, 2010

      awak pun boleh belajar lagi..tak apa merangkak slow2..hehe 🙂

      reply
  4. etomyam July 19, 2010

    wah banyak cabang dan peluang dalam bidang IT ni, pastinya memberikan faedah kepada mereka yg ada kemahiran dlm bidang ni

    reply
    • Thoha Sukses July 22, 2010

      banyak juga faedahnya kerana zaman sekarang zaman IT..kalau pakar dalam bidang ni lebih mudah lagi..

      reply
  5. ARief July 18, 2010

    Kalau dah pandai bab sains komputer ni..
    nak jadi hacker pun senang..
    hehe..;p

    reply
    • Thoha Sukses July 19, 2010

      kalau jadi hackers untuk kebaikan bagus jugak..hehe

      reply

Leave a Comment