Posted on 5 Comments

Menanam Budaya Suka Membaca

Salam sejahtera.

Minat dan budaya membaca masih lagi kurang dalam diri setiap orang. Tidak kiralah dari seorang kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa. Bukannya tiada langsung mereka yang mempunyai minat membaca ni, ada juga yang  memang suka membaca  tapi jumlahnya masih sangat kurang jika nak dibandingkan dengan ramainya orang yang minat membaca dari negara-negara maju yang lain.

Tidak ramai yang jadikan minat membaca sebagai aktiviti harian yang wajib kerana mereka kurang sedar akan kelebihan membaca. Kelebihan membaca itu sangat banyak sebenarnya kepada mereka yang suka membaca. Selagi bahan bacaan yang dibaca itu memberi manfaat untuk mereka.

Posted on 9 Comments

Kelebihan Membaca – Jadikan Membaca Amalan Hidup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra” iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi