Posted on 9 Comments

Ciri-ciri Insan Yang Berjaya

Salam sejahtera

Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.

Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan dan banyak lagi.

Posted on 4 Comments

Model Bisnes Tersembunyi


Salam Sejahtera,

Setiap orang sudah pasti memiliki sesuatu yang amat diminati dalam diri mereka, walaupun orang yang bersungguh-sungguh menafikan bahawa mereka tidak minat terhadap sesuatu sebenarnya memiliki sedikit minat dalam diri mereka. Kebanyakan orang hidup tanpa menyedari tentang minat mereka itu dan ada antara mereka tahu yang mereka minat terhadap sesuatu; tetapi seolah-olah tidak ambil peduli. Jadi, disini saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana anda boleh menggunakan minat anda sepenuhnya dan menukarkannya kepada sebuah bentuk bisnes yang ada suka. Semuanya terdapat didalam sebuah ebook terbaru bertajuk ‘Model Bisnes Tersembunyi’.