l

Author Archive

Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda

Bagi bisnes yang baru bermula mereka akan berhadapan dengan isu bagaimana untuk membina audien dalam kalangan pelanggan sasaran bagi bisnes yang mereka jalankan. Pelbagai usaha dilakukan untuk untuk meningkatkan jualan dan ada juga yang mengaplikasikan teknik pemasaran yang mereka pelajari ke dalam bisnes mereka tetapi gagal.

Ada yang membuat laman web, blog, Facebook dan pelbagai lagi platform untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka. Tidak terhad untuk bisnes online bahkan bisnes offline juga sudah mula melakukan cara ini. Cukupkah sekadar ada semua itu tetapi audien hambar? Apa kesilapan yang telah dilakukan? Mari kita selongkar.

1) Tidak Ambil Maklumat Pelawat

Bisnes anda telah meletakkan kandungan (konten) yang hebat di dalam laman web bisnes dan telah memperolehi trafik yang bagus secara organik melalui SEO. Itu cukup membanggakan. Namun adakah anda membiarkan pelawat laman web anda masuk dan pergi begitu sahaja?

Sumber Foto: Google

Anda harus meletakkan nilai tambah untuk pelawat ini berkongsikan maklumat mereka seperti nama dan alamat emel bagi kegunaan akan datang. Nilai tambah itu boleh dalam berbentuk newsletter, e-book dan apa juga perkongsian yang bermanfaat untuk mereka supaya mereka mempunyai alasan yang kuat untuk meninggalkan maklumat mereka kepada anda.

2) Keliru Antara Kualiti Atau Kuantiti Konten

Pentingnya sesebuah bisnes itu mengemaskini konten laman web mereka supaya sentiasa dilihat online atau aktif oleh pelawat yang mengunjungi laman web tersebut. Pelawat akan memberi tanggapan bahawa bisnes anda tidak profesional sekiranya post dan video kurang bersemangat serta kemaskini yang tidak menentu. Jelas ia kan menjejaskan imej bisnes anda.

Sebenarnya bagi bisnes yang sudah lama sememangnya kualiti dan kuantiti sesebuah konten itu adalah sama penting. Namun untuk bisnes yang baru bermula, isu yang selalu dihadapi adalah terikat pada sumber atau dana. Oleh itu kami sarankan anda memilih KUALITI. Utamakan kualiti sesuatu konten supaya ia memberi impak yang tinggi kepada bisnes.

Sumber Foto: Google

Jangan pula sampai kuantiti diabaikan. Jangan terlalu sedikit. Letakkan jadual berapa jumlah post untuk dijadikan sebagai konten. Cuba untuk mendisiplinkan diri untuk akur dengan jadual yang ditetapkan. Plugin seperti Editorial Calendar pada laman web boleh membantu anda dalam menyusun jadual konten dan memudahkan ia diterbitkan secara automatik dengan fungsi ‘schedule’ di dalamnya.

3) Penyampaian Mesej Kurang Berkesan

Produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan sudah bagus tetapi mampukah ia kelihatan bermanfaat di mata mereka? Pentingnya untuk anda tahu mengaitkan kegunaan produk atau perkhidmatan mereka dengan masalah mereka. Penyampaian mesej itu haruslah tepat kepada pelanggan sasaran.

Banyak bisnes yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi tidak menerima sambutan yang bagus daripada pelanggan. Biasa kita dengar bukan? Puncanya adalah mereka tidak cakna atau ambil peduli dengan kepentingan dan kuasa penyampaian mesej yang berkesan. Lihatlah bagaimana kemampuan konten untuk bercakap kepada pelanggan sasaran bagi pihak bisnes anda.

Sumber Foto: Google

Jangan biarkan audien laman web anda berasa keliru dan bosan dengan konten yang anda paparkan pada laman web anda. Mereka tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan teks pengenalan daripada dan sepatutnya lebih bertumpu untuk memahami bisnes yang anda jalankan. Biar ringkas, padat dan mudah difahami. Ingat! Anda sebenarnya telah mencuri masa mereka. Maka gunakan masa itu dengan bijak.

4) Konten Berkualiti Tapi Marketing Kurang

Wah! Menariknya blog anda. Cantiknya laman web anda. Bagusnya konten yang dikongsikan. Tapi siapa yang kisah semua tu kalau tiada orang yang nak tengok? Sebab itulah pentingnya marketing. Kebanyakan usahawan baru terlalu fokus untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang betul dan lupa pemasaran juga adalah perkara yang wajib ditekankan.

Kebanyakan usahawan baru mahu melakukan semuanya dengan sendiri. Merekalah yang buat produk, mereka yang layan pelanggan, mereka yang ‘promote’ bisnes mereka sendiri. Itulah dia CEO (Chief Everything Officer). Apabila terlalu banyak sangat perkara dilakukan sendiri maka hasilnya akan menjejaskan produktiviti sesuatu tugasan itu.

Sumber Foto: Google

Laburkan sebahagian dana untuk mengambil ‘marketer’ yang berpengalaman supaya mereka boleh tertumpu untuk membantu marketing bisnes anda. Mereka tahu bagaimana untuk menjadikan bisnes anda NAMPAK di mata pelanggan sasaran. Pada peringkat awal, apa yang lebih penting dalam bisnes adalah untuk MENARIK PERHATIAN AUDIEN.

Sumber informasi: Pratik Dholakiya

Majalah Niaga

 

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Keluar Dari Kesempitan Hidup Dengan 2 Amalan Rasulullah Ini, Tetapi Tak Ramai Yang Amalkan & Tahu

Rupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.

Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup malah dilapangkan rezekinya. Insya-Allah.

Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam

Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”

Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”

Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

2. Baca Surah Al-Ikhlas

Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas,

1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.

Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak

Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.

Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Sumber : Pen hitam.com

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Kisah Bapa CGI Dunia

Kita kagum dengan camera trick ‘bullet time’ The Matrix, terliur dengan perincian modelling stop motion Star Wars, terpana dengan animatronik Jurassic Park dan ternganga dengan CGI Avatar? Pernahkan anda terfikir siapa penemu kesan khas (special effect) dalam dunia perfileman yang terawal?

A long time ago in the galaxy far far away Seorang pemuda sedang tekun shooting pemandangan di sekitar Paris. Pada penghujung tahun 1880an teknologi kamera video masih baru. Kamera zaman ini perlu di pusingkan secara manual bagi mengerakkan filem. Entah macam mana kameranya tersekat. Dia baiki dan beberapa saat kemudian dia meneruskan pengambaraan. Balik ke studio dia memproses filem tersebut dan memainkannya. Disebabkan kameranya yang ‘jammed’ itu, dia dapati footage yang terhasil mengalami pertukaran babak secara mendadak, imej orang perempuan berjalan bertukar menjadi lelaki , kereta kuda yang melalui bertukar menjadi kereta mayat, eureka! Dari situ tercetus idea untuk membuat illusi yang dia tak boleh hasilkan secara realiti.

Georges Méliès itulah namanya, lahir pada tahun 1861, seorang rakyat Perancis. Dia ialah pengasas teknik superimpose, dissolves, stop motion, slow motion, fade out dan double exposure yang banyak digunakan dalam sinematografi sehingga ke hari ini.

Ayahnya mahu beliau menyambung legasi kilang kasutnya. Tapi beliau enggan. Dia langsung tidak berminat. Hati dan jiwanya lebih terarah pada bidang seni. Setelah persaraan ayahnya, beliau menjual saham kilang itu kepada adik beradiknya yang lain dan wang tersebut digunakan untuk membeli sebuah teater persembahan seperti yang anda lihat dalam filem The Prestige. Di situ dia belajar menjadi penghibur dan ahli silap mata.

Ketika Lumiere Brothers dan Thomas Edison sibuk membangunkan teknologi kamera yang lebih baik. Georges Méliès pula sibuk bereksperimentasi bagi menghasilkan efek baru untuk perfileman. Dengan bakatnya sebagai ahli silap mata. Dia menterjemahkan kesemuanya itu dalam layar perak. Dia lah pelakon, pengarah, pereka set dan pereka kustom.

Ada beratus-ratus karya beliau. Tetapi magnum opus teragung beliau ialah ‘A Trip To The Moon’ sebuah adaptasi longgar karya Jules Verne. Mengisahkan sekumpulan saintis yang terbang ke bulan menggunakan roket. Kalau kita tengok sekarang biasa. Tapi zaman itu ialah sesuatu yang baru. Boleh diibaratkan seperti peminat filen 70an dihidangkan dengan revolusi kesan khas yang dibawa oleh Star Wars, tahun 2000 dengan efek The Matrix. Begitulah pembawakannya. Filem ini mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga Thomas Edison ‘mencetak rompak’ filem itu untuk pasaran Amerika.

Georges Mlis

Adat dunia hiburan begitu cepat berubah. Seperti P Ramlee dan Idham Nolan begitu juga yang terjadi pada Georges Méliès. Tidak mampu meredah kepesatan zaman, dengan monopoli oleh Thomas Edison dan filemnya tidak mendapat sambutan lagi apatah lagi dengan tercetusnya perang dunia pertama. Dia mengambil keputusan membakar set, prop, kustom dan negatif-negatif filem yang ada di dalam simpanannya. Pihak tentera juga merampas sebahagian filem-filem beliau. Dari 520 filemnya hanya 200 lebih yang masih wujud sehingga kini. Beliau mengundur diri dan menghabiskan sisa hayatnya dengan membuka kedai gula-gula dan permainan di sebuah stesen keretapi.

Pengarah tersohor Martin Scorsese banyak mengabadikan kisah Georges Méliès dalam filem Hugo pada tahun 2011.

Muhamad Khair

Apemazing.com 

 

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →

Berdiet Macam Nak Mati, Bila Berhenti Badan Jadi Lagi Gemuk!

Diet pemakanan dan senaman masing-masing mempunyai tujuan dalam menurunkan berat badan.

Diet dan senaman adalah dua tonggak kuat dalam skema gaya hidup sihat. Namun kedua-duanya mempunyai peratusan yang berbeza dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan atau menjaga kesihatan.

Dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa apa yang kita makan biasanya akan mengalahkan aktiviti fizikal kita. “Bahkan, jika anda tidak bersenam, namun anda makan dengan baik, maka tubuh anda boleh dilihat seperti atlet dan sihat,” kata Todd Astorino, ahli sukan dari University of California. Sebaliknya, jika diet yang kita jalani buruk, maka tidak ada satu jenis latihan pun yang boleh membantu kita untuk memperbaiki tubuh.

Itulah sebabnya, bila ‘cita-cita’ kita adalah menurunkan berat badan, maka mulakan dengan mengawal dan mengatur suapan makanan. Mengurangkan pengambilan kalori lebih efektif untuk melawan kegemukan dibanding meningkatkan frekuensi senaman. Kunci melawan kegemukan pada dasarnya adalah jumlah kalori yang dibakar harus lebih besar daripada yang diambil. Sebagai gambaran 3,500 kilo kalori sama dengan 0.45 kg lemak. Jadi, bila anda ingin mengurangkan lemak 0.45 kg setiap minggu, maka anda perlu mengurangkan 500 kilo kalori daripada menu makanan anda setiap hari.

Meskipun demikian, bukan bererti senaman tidak ada dalam kamus menurunkan berat badan. Sebab, diet bermati-matian tanpa diiringi dengan aktiviti fizikal maka tidak akan mendapatkan hasil yang optimum. Dengan bersenam, lebihan lemak yang tidak boleh dikurangkan daripada diet boleh dibakar dengan kegiatan yang positif. Selain itu, senaman rutin juga akan membuat berat badan lebih stabil dan tubuh lebih bugar. Senaman tubuh yang dilakukan juga akan menyihatkan jantung, melancarkan peredaran darah, dan memperbaiki mood. Penelitian terbaru juga menyebutkan banyak bergerak boleh mengurang nafsu makan.

Bukan itu sahaja, penyelidikan juga menunjukkan orang yang kerap bersenam mempunyai berat badan lebih stabil. Sementara itu, mereka yang hanya mengharapkan diet saja memang boleh menurunkan badan secara drastik, tetapi setelah dietnya berhenti, tubuh pun boleh kembali gemuk. Idealnya, perbaiki pola makan anda terlebih dulu. Anda perlu disiplin pada diri sendiri dan memilih makanan yang tepat untuk tubuh anda.  Setelahnya baru gabungkan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang teratur.

TIDAK SEMUA KAUM LELAKI MENYUKAI PERUT BUNCIT. SELAIN MEROSAKKAN PENAMPILAN, LEMAK YANG BERTIMBUN DI DALAM PERUT JUGA SANGAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN. UNTUK ITU SEGALA CARA DILAKUKAN UNTUK MENJAGA BENTUK TUBUH KEKAL RAMPING. LANGKAH APA YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA TERHINDAR DARIPADA MASALAH PERUT BUNCIT?

Hindari minuman bersoda

Selain tinggi kalori, minuman bersoda juga tidak memberikan rasa kenyang, sehingga anda akan terdorong untuk terus meminumnya. Hal ini juga berlaku untuk soda diet, meskipun ada tambahan label diet, tetapi kandungan gula dan kalori di dalamnya tetap tidak baik terutama untuk penghidap diabetes.

Pengambilan walnut

Masukkan kacang walnut atau almond ke dalam menu diet anda. Selain rendah kolestrol, walnut juga mengandungi lemak tak tepu, yang akan membantu mengurangkan pengeluaran lemak jahat (LDL) dalam tubuh. Walnut juga boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Tapi jangan diambil secara berlebihan, minimum satu genggam kacang sahaja pada menu diet anda.

Tambahkan cili pada makanan

Cili dapat membantu tubuh membakar jumlah kalori yang setara dengan berjalan kaki selama 20 minit. Cili juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi daripada makanan. Lapisan luar biji cili juga mengandung fitonutrien yang memecahkan sel-sel lemak.

Rutin bersenam

Lakukanlah latihan fizikal secara rutin untuk membakar lemak tubuh. Anda dapat melakukan latihan seperti kardio, tekan tubi atau berenang. Acara senaman tersebut dapat membakar lemak perut dengan cepat. Sangat disarankan untuk melakukan tekan tubi ketika bangun dan sebelum tidur, agar hasilnya lebih maksimum.

Makan sedikit tapi kerap

Makanlah lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil atau sedikit. Dengan makan sedikit tapi kerap maka perut anda tidak akan sempat merasakan lapar. Makan lebih kerap juga efektif untuk meningkatkan metabolisme tubuh sehingga anda boleh membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.

Maskulin

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

8 Waktu Ini Paling Sesuai Minum Air Putih, Baru La Berat Badan Cepat Turun

Selain mengawal berat badan kita, air minuman meningkatkan metabolisme dan mengawal selera makan. Adakah anda tahu bahawa air putih ini juga dapat membantu anda menurunkan berat badan? Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan bantuan air, ikuti tips di bawah ini.

1. Bangun tidur

Masa terbaik adalah sebaik sahaja bangun dari tidur. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa-sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.

2. Sebelum makan

Seterusnya sebelum makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Minum sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.

3. Bila lapar

Ya, bila mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba minum segelas air. Cuba mulakan dengan meminum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perut merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.

4. Sebelum bersukan

Sebelum sukan anda dinasihatkan untuk minum air terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih terjaga dan lancar.

5. Selepas bersenam

Selepas bersenam, anda dinasihatkan minum banyak air. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan, dan suhu alam sekitar. Tetapi pastikan anda tidak tergesa-gesa kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.

6. Bila dikeliling orang sakit

Jika anda berada di sekitar orang sakit di hospital atau tempat kerja dan sekolah, anda dinasihatkan untuk minum air lebih daripada kuantiti biasa, ia membantu untuk membersihkan kuman dan virus yang tersebar.

7. Sakit

Apabila anda sakit, anda perlu minum banyak cecair, termasuk air, untuk menjadi lebih baik. Ambil lapan gelas air setiap hari (8 auns setiap gelas).

8. Bila anda rasa penat

Tahukah anda bahawa keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, ambil satu atau dua gelas air memadai.

Semoga tips ini membantu.

Maskulin

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Dua Kotak Rokok Sehari, Kerap Makan Malam, Kini Arteri Tersumbat

Melalui kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal Institut Jantung Negara (IJN), kami menghimpunkan   siri kisah benar penderitaan dan pemulihan yang dilalui oleh pesakit-pesakit penyakit jantung.

Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya

Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.

Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik

Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.

“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”

Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.

Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.

Bangun dengan harapan baharu

Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.

“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.

Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.

Maskulin

 

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

7 Makanan Untuk Rawat Selesema Melampau, Salah Satunya Ais Krim

Bila sampai je musim tengkujuh, bukan panas dan sejuk saja tak menentu, suhu badan anda pun tak menentu. Ramai yang terpaksa menanggung akibat demam dan selsema pada musim ini. Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun, kalau dah seseorang itu terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang tergendala kan? Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil anda scroll telefon anda tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini untuk cepat baik dari selesema.

Bawang putih

Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit, atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika mereka terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang melibatkan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.

Ikan

Asid lemak omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun anda). Salmon dan Tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukkan. Mereka bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.

Sup Ayam

Dalam keadaan hidung tak selesa ni, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid Amino yang terdapat dalam ayam sebenarnya membantu memecahkan lendir dalam paru-paru anda dan dapat membuka ruang pada hidung anda yang tersumbat tu. Air rebusan ayam tersebut membuat anda terhidrat dan melegakan sakit tekak juga. Sup ini mempunyai elemen anti-radang juga membantu mengurangkan kesak nafas.

Lada cili

Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta merta, tapi ia dapat membersihkan saluran hidung anda dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang sama. Lada cili mengandungi capsaicin, yang berfungsi dengan merangsang dan kemudian menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.

Air kelapa

Air kelapa yang datangnya terus daripada buah kelapa itu sendiri, bukan yang telah diproses atau dijadikan Coconut shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya, ia mampu untuk menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi kedua-dua glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuat anda terhidrasi.

Halia

Ini senang. Anda hanya perlu ambil 1 uncang teh dan beberapa hirisan halia ini membantu anda untuk merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.

Ais Krim

Ini kalau selesema hari-hari pun tak kesah kan. Ais krim sebenarnya makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan hidung dan tekak. Ais membantu untuk membuat anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana ia menenagkan kerongkong anda dari bengkak. Kalau boleh jangan beli ais krim diluar kerana kemanisan melampau. Anda boleh buat sendiri dengan membuat air buah dan bekukan ia. Jangan dan habis selesema, penyakit lain pula datang kalau anda makan ais krim bukan-bukan di luar sana.

Maskulin

Posted in: Informasi, Kesihatan

Leave a Comment (0) →

15 Cara Termurah Kurangkan Ketagih Merokok

OATS

Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

AIR

Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.

SERBUK CILI MERAH

Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air.  Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

HALIA

Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.

BUNGA LOBELIA

Bunga lobelia membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.

MULTIVITAMIN

Merokok menyebabkan badan kita kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani  simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.

RADISH

Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

LICORICE STICK

Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.

EKSTRAK BIJI ANGGUR

Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

JUS ANGGUR

Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketgihan merokok.

HERBA WORT ST JOHN

Dalam kajian mengambil 450mg kapsul wort st john dua kali sehari dapat membantu mengurangkan tabiat merokok.

HYSSOP

Sejenis herba yang di percayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan reah dan dapat membersihkan paru-paru.

GINSENG

Campukan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

VELARIAN

Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.

MADU

Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

Sumber : maziahismail

Maskulin

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 10 of 44 «...89101112...»