l

Author Archive

19 Barang Di Rumah Yang Mungkin Kau Tak Sedar Ada Tarikh Luput

Sebenarnya ada 19 barang dalam rumah kita yang kita tak sedar ada tarikh luput . Ini penting kita tahu, untuk menjaga kesihatan badan semua!

1. Bantal- Luput antara 2-3 tahun.

Bantal apabila cecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tak langsung ia menjadi punca utama masalah kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,bila sampai tamat tempohnya, sebaiknya dibuang.

2. Selipar – Luput dalam masa 6 bulan sahaja.

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus atau kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu jejakkan tapaknya ke tanah, bakteria dah mula membiak. Pastikan selipar dibasuh kerap, selepas 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – Luput dalam masa 2 minggu sahaja.

Bila hari-hari dah sental badan, mestilah banyak bakteria yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Jadi, cara terbaik adalah untuk tukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan rendamkannya ke dalam air panas 100 celsius bagi mematikan bakteria.

4. Tuala – Luput antara 1-3 tahun.

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah kepada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya.

5. Berus Gigi – Luput dalam masa 3 bulan.

Jika anda batuk atau selsema, bila dah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut, ganti yang baru. Kalau tak, penyakit yang sama akan berulang sebab bakteria tadi dah berkumpul dan cemari berus gigi. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sampai kerinting.

6. Hydrogen Peroxide (first aid antiseptic) – Luput dalam masa 2 bulan sahaja.

Selepas ‘seal’ botol dibuka, hanya 2 bulan sahaja kandungan di dalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Tapi, jika ia tak prnah digunakan dan tertutup rapi, boleh tahan sehingga 1 tahun.

7. Penyikat Rambut – Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi – Luput antara 3-4 Tahun.

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi – Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja.

Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat – Luput antara 6-10 tahun.

Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra – Luput antara 1-2 tahun.

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan – Luput sebaik struktur berubah.

13. Rempah-ratus – Luput antara 1-3 tahun.

Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung – Luput dalam Masa 6-12 bulan.

Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran – Luput dalam masa 15 bulan.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik (extension) – Luput antara 1-2 tahun.

17. Penyembur Pembasmi Kuman – Luput dalam masa 3 bulan.

18. Pencegah Nyamuk (mosquito repellent) – Luput dalam masa 2 tahun.

19. Power Soket – Luput dalam masa 4-5 tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Twitter Syed_mf

Apemazing

Posted in: Informasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Kebaikan Facebook Group Untuk Kembangkan Bisnes

Ramai yang tahu apa itu FB Group. Malah ramai juga yang berada di dalam pelbagai FB Group sama ada atas permintaan sendiri atau dijemput oleh orang lain untuk berada di dalam sesebuah FB Group itu.

Kebanyakan bisnes online menggunakan platform ini untuk iklankan bisnes mereka. Mengapa FB Group boleh dijadikan sebahagian daripada platform pemasaran bisnes anda?

Bagaimana usahawan boleh menggunakan FB Group secara optimum agar ia mampu membantu jualan dan pemasaran? Mari kita rungkai kebaikan menggunakan FB Group dalam bisnes.

Satu Komuniti Yang Mempunyai Minat Yang Sama

Facebook Group memudahkan anda untuk kembangkan bisnes kerana di dalamnya terbentuk satu komuniti yang mempunyai minat yang sama. Sama ada anda mencipta satu FB Group anda sendiri atau anda memasuki Group yang di dalamnya terdapat audien sasaran bagi bisnes anda.

Dengan mudahnya anda boleh meningkatkan publisiti jenama anda dengan menjadi ahli yang aktif dan membantu. Sekiranya anda admin group maka cuba untuk menjadi admin yang ‘responsive’ sebaik mungkin.

Tinjau peluang yang ada dengan mencari kata kunci pada ruang carian di dalam group tersebut pada belah kiri menu. Anda boleh kenalpasti kebolehpasaran bisnes anda dengan melihat posting atau perbincangan berkaitan kata kunci yang dicari.

Sebagai Forum Online Tentang Sesuatu Perkara

Terdapat ruangan perbincangan (discussion) dimana FB Group boleh dijadikan platform untuk ahli group membincangkan sesuatu topik berkaitan minat mereka. Ada yang bertanyakan soalan. Ada yang melontarkan pendapat. Ada yang berkongsi pengalaman.

Contohnya anda merupakan pengeluar produk kecantikan berasaskan herba. Anda telah memasuki FB Group wanita yang membincangkan tips-tips kecantikan menggunakan herba semulajadi. Disitulah anda gunakan peluang sebaiknya dengan menceritakan manfaat produk anda kepada prospek pelanggan di dalam FB Group tersebut.

Tinjauan Pasaran Melalui Undian

Terdapat fungsi undian (polls) di dalam FB Group yang dapat membantu anda untuk mengkaji pasaran di dalam sesebuah group itu. Ia memudahkan bisnes untuk memahami kehendak pelanggan dan menerima maklum balas dengan segera. Jika anda sudah kenalpasti pasaran niche anda, maka maklumat daripada undian ini sangat  membantu bisnes anda.

Capaian (Reach) Yang Lebih Tepat

Bagi mereka yang menggunakan FB Ads, memang benar anda boleh mencapai kepada pelanggan sasaran anda dengan lebih luas. Perincian demografi seperti umur, jantina, lokasi dan sebagainya memang dapat dilakukan melalui FB Ads tetapi sejauh manakah anda yakin mereka benar-benar orang yang memerlukan produk anda?

Maka itu kita dapat menapis sasaran pasaran itu kepada perincian yang lebih spesifik melalui FB Group kerana dengan jelas mereka memasuki sesebuah group itu kerana mempunyai minat yang sama atau sedang mencari sesuatu yang sama.


Pemasaran Secara Percuma

Anda boleh menarik perhatian semua ahli FB Group tanpa melibatkan kos. Group yang anda boleh masuk adalah tidak terhad. Malah anda sendiri boleh mencipta FB Group anda sendiri. Kos pengiklanan seperti FB Ads juga dapat dikurangkan dengan bantuan pemasaran sokongan ini. Apa yang penting bijaklah mengambil peluang dan jadi usahawan yang kreatif.

Majalah Niaga

 

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian.

Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehkan pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka. Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.

“Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan hari ini.

IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkenalkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.

Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran.

Bagaimanapun, pengecualian adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikasi dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA.my/returnpolicy. – Bernama

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →

Suka Makan Daging Kambing Tidak Menyebabkan Darah Tinggi

KEBANYAKAN ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT HIPERTENSI ATAU DARAH TINGGI AKAN MENGEHADKAN ATAU MENGELAKKAN DARIPADA MEMAKAN DAGING KAMBING KERANA IA DIKHUATIRI AKAN MENYEBABKAN TEKANAN DARAH NAIK.

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA

KOLESTEROL DAGING KAMBING LEBIH RENDAH DARIPADA DAGING AYAM ATAU LEMBU

Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.

Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.

Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.

Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.

MAKAN DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI ADALAH TIDAK BENAR

Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.

Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.

Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.

BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?

Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.

Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING

Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.

SUMBER : HELLODOKTOR.COM

OLEH : FARAH AZIZ

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Bagaimana Stress Menjadikan Anda Ketua Yang Hebat?

Stress memang merunsingkan tetapi stress juga mampu memberi kesan positif kepada bisnes jika anda menguruskannya dengan baik. Stress yang bagus adalah apa yang kita stresskan itu boleh memberikan keuntungan kepada bisnes kita.

Contohnya stress macam mana nak kembangkan bisnes kita. Maka kita akan berusaha untuk mencari ilmu yang mampu membantu kita memberikan idea untuk kembangkan bisnes.

Stress tanpa tindakan adalah tidak berguna juga. Jangan stress tanpa memikirkan solusi. Itu hanya akan membebankan diri dan memeningkan kepala sahaja. .

Apa yang ingin diketengahkan di sini bagaimana anda mengawal stress agar anda mampu menjadi seorang ketua yang hebat kepada staff anda dan bukan hanya sekadar boss. Bolehkah stress menjadikan anda ketua yang hebat?

Berfikir Dengan Lebih Pantas

Jika stress berlarutan kepada diri anda maka ia akan mengganggu kesihatan, tetapi jika ada stress sedikit sebenarnya ia membantu anda untuk sentiasa ‘on track’ dan berfikir lebih pantas. Fahami keutamaan anda dan jangan serabutkan diri dengan politik pejabat. Stress yang muncul dari masalah yang serius akan dapat diatasi dengan tenaga mental yang kuat.


Membentuk Team Yang Lebih Baik

Usahawan yang stress dan risau bagaimana nak melengkapkan matlamatnya dengan cepat akan bertindak lebih efektif apabila bekerja dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Sama seperti atlet bola sepak yang berasa gementar sebelum menghadapi perlawanan yang besar. Perasaan gelisah dan risau itu akan membantu dan memotivasikan mereka untuk melakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Melatih Diri Menguruskan Tekanan

Apabila anda selalu berdepan dengan stress, lama-kelamaan anda akan terbiasa mengatasinya dan bertindak secara optimum ketika berada di situasi yang kritikal. Usahawan yang sudah biasa berdepan dengan stress akan lebih ‘cool’ dan tenang. Membantu pasukannya mengendalikan masalah yang dihadapi oleh bisnes. Elakkan suasana panik dan menunding jari antara satu sama lain.

Andai kata masalah dalam bisnes pada tahap yang menggusarkan, usahawan yang bijak mengawal stress akan menghadapinya dengan tenang. Apabila orang lain khususnya staff melihat anda tenang, maka mereka akan meletakkan kepercayaan kepada anda dan menggalakkan mereka untuk berfikir lebih positif dalam menyelesaikan masalah yang menimpa bisnes.

Menggalakkan Pemikiran Yang Lebih Kreatif

Bisnes yang berada di zon selesa akan membuatkan anda leka dan biasanya akan membuatkan anda menjadi malas. Akhirnya terjunam apabila stress melanda lantaran masalah yang datang dengan tiba-tiba ke dalam bisnes yang anda usahakan.

Usahawan yang tidak merasai tekanan dan membiarkan tekanan itu 100% ditanggung oleh team untuk menyelesaikan masalah tersebut sebenarnya usahawan yang tidak mahu bekerja keras untuk bisnes. usahawan sebegini gagal memberi inspirasi kepada pekerja mereka untuk bekerja secara konsisten dan bersemangat.

Jadilah ketua yang kreatif dalam meningkatkan produktiviti pekerja dengan memberi solusi yang kreatif dan memberi inspirasi kepada pekerja untuk memberikan sebaik mungkin usaha kepada bisnes anda.

Kesimpulannya, stress dalam kerja dengan dos yang terhad boleh menjadikan anda ketua yang kuat dan hebat. Ia meneroka tahap kemampuan anda menyelesaikan sesuatu isu dan kekal berada dalam keadaan tenang dan mempengaruhi ahli team anda untuk mengekalkan momentum yang positif buat bisnes anda.

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Kesihatan, Motivasi

Leave a Comment (0) →

6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes

Bertahun-tahun bisnes. Pelbagai strategi dan teknik telah digunapakai dalam bisnes tetapi mengapa bisnes tetap di tahap yang sama? Apa yang tidak kena dengan bisnes anda atau sebenarnya berpunca daripada anda sendiri? Sedar atau tidak ada ramai pemilik bisnes yang telah membuang masa kerana faktor-faktor yang ingin kami kongsikan ini. Jom kita lihat apakah faktor-faktor itu!

#1 Multitasking

Walaupun ramai yang mengatakan bagus sekiranya anda mampu menjadi ‘multitasking’, hakikatnya ‘multitasking’ menjadikan hasil kerja anda akan menjadi kurang efisien kerana melakukan pelbagai perkara dalam satu masa akan memberi kesan buruk kepada produktiviti.

Produktiviti akan berkurang lantaran mengejar masa untuk menyelesaikan semua perkara dalam satu masa. Secara tidak langsung fokus dan perhatian ke atas sesuatu perkara akan terbantut. Jadi gunakan 100% kebolehan anda untuk menyelesaikan satu perkara agar ia lebih efektif.

#2 Tiada matlamat yang jelas

Apa matlamat bisnes anda? Sebaiknya matlamat itu haruslah disasarkan untuk jangka masa panjang supaya anda akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnes. Bisnes anda ‘stuck’ di tahap yang sama bertahun-tahun juka tiada matlamat yang jelas mengapa anda melakukan bisnes tersebut.

Adakah anda melakukan bisnes sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan dan mengelak dari makan gaji? Atau anda mahu empayar bisnes membuatkan anda mencapai ke tahap anda benar-benar bebas hutang? Rancang sebaiknya matlamat anda dengan jelas supaya anda dan team anda tahu ke mana arah tuju bisnes yang dijalankan.

#3 Gangguan dunia internet

Internet memang akan membuatkan anda hilang fokus kerana segalanya menjadi mudah diakses dihujung jari anda seperti hiburan, sukan, ‘shopping’, media sosial, online video dan sebagainya. Kekal fokus terhadap kerja anda dengan menetapkan masa 40 hingga 60 minit hanya untuk kerja. Jauhkan diri dengan gangguan luaran yang boleh merosakkan konsentrasi anda ketika melakukan kerja.

#4 Terlalu Banyak Rehat

Jangan terlalu manjakan diri dengan mengelakkan diri menyelesaikan sesuatu kerja. Rehat yang terlalu banyak akan meminimumkan produktiviti anda untuk berjaya. Kejap-kejap minum kopi, makan snek, main telefon dan akhirnya anda sukar untuk kekalkan fokus pada momentum yang sama. Sama seperti enjin yang sudah lama tidak ‘start’ makan masa untuk dihidupkan semula.

#5 Suasana kerja yang tidak tersusun

Bila meja pun serabut dengan nota yang sukar dikenalpasti. Bila fail-fail pada desktop dalam komputer tunggang-langgang. Bila ruang bekerja penuh dengan fail dan kertas tidak tersusun. Itu punca kenapa anda telah membuang masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Anda akan mengambil masa yang lama untuk mencari dokumen berkaitan kerja yang anda lakukan. Itu sangat merugikan bisnes. ‘Time is money’.

#6 Ego Mencari Ilmu

Ini adalah faktor yang paling merbahaya pada bisnes anda. Jika seseorang pemilik bisnes merasakan dirinya sudah cukup pandai dan sudah cukup bagus dalam menguruskan perniagaan mereka maka mereka akan mudah kecundang sebenarnya.

Sedangkan usahawanusahawan berjaya juga mempunyai mentor untuk mereka dapatkan panduan dan bimbingan dalam usaha mengembangkan lagi empayar bisnes mereka. Takkan kita lagi mendongak ke langit kerana selesa dengan kedudukan sekarang. Maka perbaiki kelemahan bisnes kita dengan mencari ilmu dan bimbingan yang sewajarnya jika anda mahu berjaya.

Sumber informasi: Deep Patel

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

3 cara meningkatkan keyakinan diri… yang mungkin anda tidak terfikir!

Memang sering dikatakan, keyakinan diri berkait rapat dengan kejayaan seseorang itu. Seseorang perlu mempunyai keyakinan pada diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Manakala seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri pula, sukar untuk mencapai kejayaan.

Maklumlah… tiada self-confidence!

Perkara ini sering diulang dalam minda kita, dan bagi kita yang “tiada keyakinan diri” akan sering terasa terperangkap dengan tabiat diri sendiri dan tidak dapat melihat jalan mencapai kejayaan.

Namun sebenarnya, persepsi “keyakinan diri” itu sendiri sering kali disalah ertikan. Adakah ianya bermaksud “berani”? Atau bijak berbicara? Atau tidak takut mengambil risiko?

Sememangnya perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan berkeyakinan tinggi. Adakah seseorang yang masuk dalam bilik mesyuarat dan bercakap dengan suara yang lantang dan memberi pelbagai hujah dan mengabaikan pendapat orang lain merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi?

Pada asalnya mungkin kita akan lihat dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi. Tetapi, apabila diselami, suara yang lantang mungkin untuk menyorokkan kelemahan yang lain. Hujahnya yang pelbagai mungkin tidak kukuh. Mengabaikan pendapat orang lain memang seperti dirinya yakin dengan hujahnya, tetapi adakah sikap ini diterima sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi dan boleh berjaya?

Pastinya keyakinan diri bukanlah sesuatu sikap yang terus diperolehi apabila kita dilahirkan. Ianya perlu dibina. Namun, perlu fahami apakah maksud keyakinan diri terlebih dahulu sebelum dapat membinanya.

Berikut adalah 3 cara meningkatkan keyakinan diri…

1. Akui kelemahan dan ingin belajar untuk perbaiki

Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi bukanlah orang yang 100% yakin dengan kebolehan dirinya sendiri, tetapi seseorang yang akui bahawa beliau mempunyai kelemahan, dan sanggup dan ingin belajar untuk perbaiki kelemahan tersebut.

Sikap rendah diri ini adalah keyakinan diri yang sebenar. Bukan over confident bahawa dirinya adalah 100% betul. Tetapi, ingin mencapai yang terbaik dan tahu mungkin ada kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tidak mengatakan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sempurna dan tahu segala-galanya. Tetapi orang yang memperbaiki dirinya sendiri lebih baik dari semalam. Itulah keyakinan diri.

Seseorang yang berkeyakinan diri tidak semestinya mengatakan “saya tahu jawapan dan penyelesaiannya 100%!” tetapi, seorang yang berkeyakinan diri akan mengatakan “Saya tidak pasti. Apa pendapat anda? Mungkin saya salah. Apa kata kita berbincang dan cari penyelesaiannya”.

2. Lakukan perubahan yang kecil. Bukan yang besar!

Bina keyakinan diri dengan melakukan sesuatu dan berubah. Tetapi bukan melakukan perubahan yang besar dan hebat. Lakukan sedikit demi sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah cara membina keyakinan diri. Slow progress.

Perkataan Jepun “Kaizen” bermaksud memperbaiki sikit demi sedikit setiap hari. Dengan melakukan sedikit demi sedikit, ia memberi peluang kepada kita untuk memupuk tabiat yang baru. Bukan sesuatu perubahan yang drastik!

Sebagai contoh, sekiranya tidak yakin untuk bercakap dihadapan awam (public speaking) depan orang ramai, jangan terus mulakan begitu. Apa kata menulis artikel pendapat ringkas terlebih dahulu dan kongsikan di Facebook. Kemudian kongsikan pendapat dengan sekumpulan kecil, orang-orang yang kita kenali. Kemudian, kembangkan kepada orang yang kita tidak kenali, dalam kumpulan kecil.

Lama kelamaan, kita akan rasa lebih yakin bercakap dihadapan kumpulan yang besar. Practice makes perfect, tetapi apa yang penting adalah “practice”, yang bermaksudkan, lakukannya. Knowing is not Doing. Kita kena lakukan walaupun bermula sedikit dan kecil.

3. Membantu orang untuk bina keyakinan diri!

Satu ketika dulu, saya seorang yang pendiam dan pemalu. Kini, juga bagi mereka yang mengenali saya tahu itulah sikap saya- mungkin tidak dilihat melalui perkongsian saya di blog, atau dalam video-video YouTube, Facebook dan LIVE saya, tetapi hakikatnya, saya masih lagi seorang yang pendiam dan pemalu.

Namun, apa yang meningkatkan keyakinan diri saya adalah apabila saya membantu orang. Keyakinan saya dalam menyampaikan ilmu dan membantu orang ramai bukan disebabkan bermulanya saya sudah sedia mempunyai keyakinan diri. Tetapi, sebaliknya adalah, oleh kerana saya membantu dan menyampaikan ilmu, makin lama, makin terbina keyakinan diri saya.

Letakkan mindset anda sebagai mindset “membantu”. Apabila kita fikirkan bahawa kita ingin membantu orang lain, keyakinan akan terbina.

Tidak yakin berucap dihadapan orang ramai? Apa kata anda fikirkan bahawa anda berucap berniatkan ingin membantu orang ramai.

Tidak yakin untuk memulakan perniagaan? Apa kata anda fikirkan bahawa perniagaan anda akan membantu orang ramai. Mungkin juga membantu keluarga anda.

Apabila kita meletakkan kepentingan adalah pada orang lain, dan bukan pada diri kita sendiri, kita akan jadi lebih yakin.

Memang membina keyakinan diri adalah penting. Tetapi, perlu lebih peka apakah maksud yakin pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita dapat membinanya. Harapan saya, melalui perkongsian ini, ia menyuntik inspirasi dan motivasi kepada anda bahawa sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Tidak semestinya mereka yang berani, lantang dan kuat sahaja! Anda juga boleh!

Sumber: Irfan Khairi

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Ramai Berjaya Kuruskan Badan Hanya Dengan 5 Cara Ini

1.KURMA SEBAGAI MENU PAGI

Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.

Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

2.DILARANG SKIP SARAPAN

Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

3.AMBIL KOLESTEROL BAWAH 300 MG

Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.

Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yan

4.MAKAN BUAH SETIAP MALAM

Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus seperti lemon atau limau. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

5.CUKUP PROTEIN

Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur.

Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.

Sumber: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →
Page 11 of 44 «...910111213...»