l

Author Archive

Pengasas Amazon, Jeff Bezos Individu Terkaya Di Dunia Rampas Gelaran Milik Bill Gates

Pernah dihina dan ditertawakan, kini Jeff Bezos merampas gelaran milik Bill Gates sebagai individu terkaya dunia. Jeff Bezos secara rasmi adalah manusia paling kaya di dunia hasil kejayaan syarikatnya, Amazon, dengan visi beraninya menjangkau ke angkasa lepas.

Amazon adalah sebuah laman sesawang membeli-belah secara atas talian. Pada Jun lalu, pihak Amazon telah mengumumkan pembelian Whole Foods Market Amerika secara tunai dengan nilai sebanyak RM55.1 bilion sekali gus melonjakkan sahamnya sehingga 3.3%!

Seiring dengan harga saham Amazon yang melonjak mendadak, kekayaan Jeff sebagai pemegang saham terbesar Amazon turut meningkat drastik! Sejak itu, berita mengenai Jeff dan Bill Gates menjadi berita hangat yang terpapar di dada-dada akhbar…

Dengan harga saham Amazon meningkat hampir 60 peratus sejak beberapa tahun lalu, kekayaan peribadi pengasas syarikat berusia 54 tahun itu, meningkat dua kali ganda kepada lebih AS$110 bilion (RM430.38 bilion). Bezos mengatasi Bill Gates minggu ini untuk menduduki tempat teratas senarai jutawan tahunan majalah Forbes, menyebabkan pengasas Microsoft jatuh ke tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$90 bilion (RM352.13 bilion).

Beliau memecahkan rekod dengan formula kejayaan termasuk melakukan taruhan berani, menerajui perubahan dan bangkit daripada beberapa halangan. Sebagai pemegang gelaran individu terkaya di dunia, Bill Gates menyatakan bahawa Jeff Bezos seperti harimau yang ganas dan sedang mengejarnya dengan buas!

Kehidupan Peribadi Jeff Bezos

Sementara itu, kisah silam Jeff Bezos bukanlah seperti yang kita sangkakan. Ketika dilahirkan, bapanya Jeffrey Preston Jorgensen dan ibunya, Jacklyn Gise masing-masing baru berusia 18 dan 17 tahun. Malah, kedua-duanya masih lagi berada di bangku sekolah.

Namun begitu, setahun kemudian, kedua-duanya telah berpisah kerana Jeffrey adalah seorang pemabuk dan tidak mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap keluarganya. Selepas bercerai, Jeffrey terus mengabaikan isteri dan anaknya serta tidak pernah memberi nafkah.

Cita-cita Menjadi Angkasawan

Tiga tahun kemudian, ibu Jeff telah berkahwin dengan seorang imigran dari Cuba yang bernama Miquel Bezos. Sewaktu berusia 14 tahun, Jeff mula memasang cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau ahli fizik. Dua tahun kemudian, Jeff dilihat mempunyai kemahiran tertentu apabila beliau berjaya memasang kincir angin dengan menggunakan mesin kimpalan sekali gus membolehkannya menerima biasiswa di sekolah tinggi.

Jeff Bezos bergambar bersama ibunya, Jacklyn Gise dan bapa tirinya, Miquel Bezos

Dengan prestasi yang bagus, Jeff Bezos telah diterima masuk ke Universiti Princeton pada usia 18 tahun dan semua ini adalah berkat pengaruh daripada bapa tirinya. Setelah menamatkan pengajian di universiti terkemuka berkenaan pada tahun 1986, Jeff Bezos memulakan kariernya di Wall Street. Beliau pernah bekerja sebagai pakar komputer, pegawai bank dan menjadi Naib Presiden di syarikat Trust.

Pada tahun 1994, Jeff Bezos mengahwini cinta sejatinya, Mac Kenzie dan sehingga kini, mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Kisah penubuhan Amazon bermula apabila Jeff telah melayari satu laman sesawang dan mendapati bahawa setiap tahun, berlaku peningkatan pengguna Internet sebanyak 2300%! Perkara ini membuatkan Jeff merasakan peluang perniagaan terbuka luas untuknya dan dia perlu melakukan sesuatu secara atas talian!

Justeru, beliau telah mengkaji dan menyenaraikan pelbagai barangan yang berpotensi untuk dijual di internet.. Daripada senarai 20 barangan, Jeff Bezos mengambil keputusan muktamad untuk menjual buku kerana terdapat banyak pilihan buku yang boleh dijual secara atas talian!

Setahun kemudian iaitu pada tahun 1995, Jeff akhirnya berjaya menubuhkan Amazon. Pada asalnya, syarikat tersebut dinamakan Cadabra Inc. Bagaimanapun, memandangkan ramai pihak yang sering tersalah dengar nama tersebut sebagai ‘Cadaver’ yang membawa maksud mayat atau bangkai, maka beliau menukarkannya kepada Amazon.

Namun begitu, Amazon tidaklah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan sepanjang 20 tahun penubuhannya. Hal ini demikian kerana kos penghantaran dan masa yang perlu ditanggung oleh pihak Amazon terlalu tinggi berbanding harga komoditi.

Oleh demikian, pada Mac 1997, Amazon mula berkongsi sahamnya dengan Nasdaq Exchange. Bagaimanapun, menerusi analisa yang dibuat oleh Lehman Brothers, dikatakan syarikat ini akan mengalami pengaliran wang keluar yang banyak dalam masa terdekat.

Walaupun ramai pihak yang mentertawakan kegagalannya dalam membangunkan Amazon, Jeff tidak menyerah kalah sebaliknya terus positif untuk melakukan sesuatu yang lebih penting. Disebabkan oleh kegigihan beliau, pada tahun 2016, Amazon mula meraih keuntungan bagi lima suku berturut-turut! Malah, kejayaan tersebut menandingi keuntungan yang diperoleh Facebook sekali gus meletakkan Amazon dalam senarai teratas 5 teknologi permodalan pasaran gergasi di Amerika Syarikat!

Pernah digelar ‘majikan yang kejam’, lelaki aneh dan sebagainya, berkat kegigihan dan semangat Jeff Bezos, beliau kini berjaya mengangkat syarikatnya dan boleh berbangga dengan keputusannya sendiri.

Jeff Bezos ketika berucap di Universiti Princeton pada 2010

Kini, Jeff Bezos menjadi individu terkaya di dunia dan beliau menjadikan platform Amazon untuk membina empayar perniagaan dan menundukkan insan-insan yang pernah menghina beliau suatu masa dahulu.

Kini, satu dunia menghormati beliau. Tahniah dan selamat maju jaya, Jeff Bezos!

“Anda perlu kuat dan mudah menyesuaikan diri berdepan cabaran selain cepat dan inovatif untuk melakukan perkara baharu dengan lebih pantas, itu adalah pertahanan terbaik menghadapi masa depan.

“Anda perlu selalu ke hadapan. Jika anda cuba menjauhi masa depan, masa depan akan menang setiap masa,” kata Bezos dalam temu bual diterbitkan majalah Vanity Fair tahun lalu.

Kesimpulannya nasihat kami daripada kisah Jeff Bezos ni ialah jangan putus asa dalam apa yang kita ceburi dan paling penting jangan pandang rendah pada orang lain. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa  yang tahu. Tengok macam Jeff Bezos ni siapa sangka dia mampu menjadi jutawan dari seorang pemabuk dahulunya…

Sumber : Era Baru

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Motivasi, Usahawan

Leave a Comment (0) →

5 Alatan Elektrik Ini Punca Bil ‘Melambung’ Tinggi Walaupun Jarang Di Rumah, Sila Ambil Perhatian!

Mungkin kadang-kadang korang pasti pelik dan merungut, korang jarang di rumah dan menggunakan peralatan elektrik secara minimum tapi bil elektrik masih melambung tinggi juga.

Tapi pikir balik, ada tak anda membiarkan peralatan eletrik dengan yang masih bersambung dengan soket?

Elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plug masih bersambung dengan soket. Lepas ini, anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug peralatan tersebut jika tidak digunakan, tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.

1. Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa

108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.

2. Komputer

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.

Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.

3. Televisyen


Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.

4. Dekorder Televisyen (TV) Digital

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.

5. Pengecas Telefon

Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.

Jadilah Pengguna Yang Bijak.

Sumber : Bright Side

Perkongsian Dari: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Santai

Leave a Comment (0) →

Adakah Anda Seorang Peniaga Atau Usahawan? Mari lihat perbezaannya…

Persoalan di atas boleh menentukan bagaimana perniagaan anda dijalankan kerana pendekatan dan pemikirannya sangat berbeza. Kadang-kadang ada yang keliru dengan kedua-dua istilah ini adakah sama atau ada bezanya.

Seorang usahawan sudah pastinya adalah seorang peniaga tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan. Nak tahu yang mana satukah mencerminkan perniagaan yang anda jalankan sekarang? Jom tambah ilmu dengan membaca artikel ini.

Seorang peniaga lebih tertumpu pada urusan jual beli sahaja. Mereka mengambil barangan daripada pembekal dan menjualnya kepada pelanggan. Manakala usahawan pula melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri. Seorang usahawan mempunyai daya kreatif dan inovatif.

Peniaga sentiasa berusaha untuk menambahkan keuntungan kepada perniagaannya. Tidak kira apa juga strategi pemasaran yang dilakukan asalkan keuntungan dapat diraih. Lain pula bagi usahawan yang lebih memfokuskan kejayaan dan kepuasan dalam perniagaan yang dijalankan dan bukan untuk keuntungan semata-mata.

Dari aspek ini peniaga lebih mudah kerana hanya menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran tetapi persaingan dalam kalangan mereka adalah lebih ramai. Ini kerana kebanyakan peniaga menjual barangan yang sama cuma jenama yang berbeza. Usahawan pula berbeza kerana memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran.

Peniaga berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian yang dialami oleh perniagaan mereka. Manakala usahawan pula berfikiran jauh ke hadapan dan sentiasa memikirkan cara untuk memajukan perniagaan untuk masa depan.

Keuntungan yang difokuskan oleh peniaga lebih tertumpu untuk jangka masa pendek. Usahawan pula sebaliknya dengan memikirkan keuntungan jangka masa panjang atas pelaburan yang dibuat meskipun pada permulaannya mungkin tidak mencapai keuntungan.

Jadi perniagaan anda kini lebih ke arah seorang peniaga atau usahawan? Anda yang tentukan kerana kini anda tahu perbezaannya.

 

Sumber: Majalah Niaga

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Perniagaan, Usahawan

Leave a Comment (0) →

Ketahui Rahsia Menarik Kekayaan Dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan!

Salam sejahtera.

Artikel ini saya ingin berkongsikan tentang satu ilmu yang menarik iaitu . Kita sememangnya mampu untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Tidak kiralah samada ianya positif ataupun negatif, ianya bergantung kepada apa yang kita inginkan. Sememangnya hukum alam tidak akan mendiskriminasi kepada sesiapa pun, ia hanya bertindak balas kepada apa yang kita inginkan.

Pemikiran ataupun minda anda adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan ini. Bermula dari pemikiran andalah yang seterusnya akan mencipta dunia luaran anda. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam minda anda, anda .

Lihatlah sedalam-dalamnya tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Posted in: Informasi, Motivasi

Leave a Comment (7) →

Ketagih Game Online Kini Dianggap Sebagai Pesakit Mental. Ini Buktinya..

Mungkin anda melihat perkara ini remeh dan biasa saja, namun ketagihan yang melampau pada diri seseorang yang kaki game telapun dikenalpasti bahawa ia merupakan penyakit mental yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Ia bukan sahaja mengganggu jam biologi seseorang , ia juga boleh mengganggu hubungan diantara pasangan suami isteri. Malah kajian juga menunjukkan ketagihan ini akan menambah risiko untuk seseorang itu mengalami tekanan perasaan dan juga kerisauan yang melampau apabila mereka tidak tahu bila untuk berhenti.

Ketagihan ini dilihat sebagai sesuatu diluar kawalan yang bermula dari kalangan kanak-kanak yang berani menginggikan suara kepada ibu bapa mereka jika diganggu ketika bermain game. Bahkan, mereka ini sanggup membuang air kencing di tempat duduk mereka hanya semata-mata untuk tidak terlepas perlawanan ketika dalam permainan tersebut.

World Health Organization (WHO) iaitu Persatuan Kesihatan Dunia telah mengumumkan bahawa penyakit ketagihan game(Gaming Disorder) akan menjadi salah satu diagnosis untuk masalah mental. Ia telah dimasukkan ke dalam salah satu tempat rujukan bagi para doktor iaitu International Classification of Diseases (ICD) iaitu Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.

Berdasarkan rootofscience.com ia berdasarkan bukti dan kajian dimana penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti ketidaupayaan seseorang itu untuk mengawal waktunya ketika bermain game hingga ia menyebabkan kesan negatif pada kehidupan sehariannya. Untuk mengesahkan penyakit ini, ketagihannya pada permainan tersebut perlulah teruk hingga menyebabkan kesan negatif pada diri sendiri, keluarga, pembelajaran, pekerjaan dan masyarakat dan ia perlu berlaku sekurang-kurangnya selama 12 bulan.

Berikutan dari penyelidikan yang telah dijalankan oleh Mengikut WHO, Persatuan Psikiatrik Amerika (American Psychiatric Association)  5 tahun lalu, penyakit ini menamakan sebagainya “Internet Gaming Disorder”. Dimana mereka yang ketagih kepada permainan ini selalunya mereka yang bermain permainan online. Sebab itu kita lihat ada anak-anak muda yang sanggup untuk pnteng sekolah dan berkampung di cybercafe  semata-mata untuk bermain game.

Namun, disebabkan penyakit ini baru sahaja ditemui, masih tiada lagi rawatan ataupun protokol yang terbukti berkesan. Akan tetapi sudah terdapat persatuan dan industri yang menyediakan khidmat bantuan untuk mereka yang mengalami masalah ini terutamanya di Amerika, China dan juga Korea Selatan.

Anda yang berada di Malaysia pun harus berhati-hati dengan perkara ini. Langkah awal terutamanaya kepada anak-anak haruslah diberi pemantauan secukupnya agar tidak ketagih pada permainan online.

Sumber: rootofscience.com / Maskulin.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Kesihatan

Leave a Comment (0) →

5 Pemain Yang Bakal Merampas Zaman Kegemilangan Messi Dan Ronaldo

Pada tahun 2006, Lionel Messi yang berusia 17 tahun dan pemain berusia 21 tahun Cristiano Ronaldo membuat debut Piala Dunia mereka. Setelah sedekat kemunculan mereka, kedua-dua pemain akan menguasai permainan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Bermula pada tahun 2008, Messi atau Ronaldo telah memenangi setiap Ballon d’Or (dipersembahkan kepada pemain lelaki terbaik di dunia). Selama 9 tahun, mereka mengungguli carta undian sebagai pemain bola sepak terhebat dunia.

Walaubagaimanapun, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Mungkin ini merupakan kali terakhir Messi dan Ronaldo beraksi di atas padang. Sudah tiba masanya anda mencari pengganti kan? Ini antara 5 pemain bola Piala Dunia yang sedang diperhati bakatnya, mungkin mereka akan menggantikan dua lagenda ini?

Marco Asensio

Umur: 22
Negara: Sepanyol
Kedudukan: Pemain tengah
Kelab kelab: Real Madrid
Asensio telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA dengan Real Madrid. Mungkin beliau boleh mendapat gelaran pada Piala Dunia kali ini, siapa tahu kan? Beliau ini dianggap sebagai salah seorang yang menjadi kegemaran umum.

Ousmane Dembele

Umur: 21
Negara: Perancis
Kedudukan: Penyerang
Kelab kelab: Barcelona
Seorang bekas rakan sepasukan Christian Pulisic di Borussia Dortmund, Dembele pergi ke Barcelona dengan bayaran perpindahan yang tinggi dan telah diberi jersi No. 11 yang sebelum ini dimiliki oleh Neymar.

Goncalo Guedes

Umur: 21
Negara: Portugal
Kedudukan: Midfield kanan/kiri
Pasukan kelab: Valencia
Jika Ronaldo ingin mendapat gelaran Piala Dunia Pertama dia mungkin perlu berusaha dengan gigih. Namun bagi Guedes, dia yang telah dipinjamkan ke Valencia dari Paris Saint-Germain musim lalu, boleh menjadi pemain utama dan merangkul juara Eropah.

Harry Kane

Umur: 24
Negara: England
Kedudukan: Penyerang
Pasukan kelab: Tottenham
Sebelum Mo Salah datang dan mencatatkan rekod, Kane merupakan ancaman menjaring gol utama Liga Perdana. Kane mengetuai liga dalam gol yang menjaringkan gol pada musim 2015-16 dan 2016-17 (dia menduduki tempat kedua pada 2014-15). Kane juga merupakan peminat yang gemar NFL dan New England Patriots, yang mungkin dapat mencuit hati penonton Amerika yang lebih teruja jika tahu asal usul seseorang.

Mohamed Salah


Umur: 25
Negara: Mesir
Kedudukan: Penyerang
Kelab kelab: Liverpool
Salah mempunyai musim kegemilangan untuk Liverpool, mendapat rekod Liga Perdana dengan menjaringkan gol (32 dalam 38 perlawanan) sementara juga membantu memimpin pasukan ke final Liga Juara-Juara. Walaupun cedera dalam final yang lalu, Salah dijangka bermain di Piala Dunia. Beliau merupakan harapan besar bagi Mesir.

Sumber: usatoday.com

Perkongsian Dari: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Santai

Leave a Comment (0) →

Bahaya ‘Microsleep’ Ketika Memandu Penyebab Kemalangan, Amalkan 6 Tip Ini & Moga Kita Selamat Sampai Ke Destinasi

Apa itu Microsleep? Pernahkah korang tiba-tiba terlelap sekejap ketika sedang memandu secara tiba-tiba? Pasti korang pun penah laluinya kan lagi-lagi masa memandu sendirian. Masalah ini dinamakan sebagai Sindrom Microsleep iaitu di mana keadaan badan ‘tidur’ buat seketika.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan kita ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses oleh otak. Tempoh microsleep hanya antara 1 hingga 30 saat dan ia boleh berlaku walaupun ketika mata masih terbuka.

Sebagai contoh, pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat boleh menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya anda sedang memandu pada kelajuan 100 km/h?

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal dan keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. Ada juga yang berpendapat jika mereka memandu dengan laju, kesan mengantuk akan berkurangan disebabkan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi di mana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri: lari atau lawan).

Tanda-tanda anda mempunyai sindrom microsleep:

Mengelamun
Terhangguk beberapa kali
Mata berkelip perlahan
Hypnic jerk
Tidak dapat mengingat apa yang berlaku beberapa minit lepas

Apa yang perlu dilakukan?

Berhenti dan cari tempat yang selamat untuk parkir kereta anda.
Tidur untuk seketika, tidak perlu lama, lima minit sudah mencukupi.
Berhenti rehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Ini pesanan kepada penumpang terutama sekali yang duduk di hadapan. Anda perlu menjadi pembantu kepada pemandu atau peneman yang baik. Janganlah tahu nak berdengkur sahaja ataupun asyik melayan telefon pintar saja.

Sebagai orang yang paling hampir dengan pemandu, anda perlu lakukan 3 perkara ini:

Berbual dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.

Perhatikan cara pemanduan. Jika nampak kenderaan anda dah mula tak tentu arah atau tidak mengikut lorong, TEGUR pemandu. Cadangkan pemandu untuk berehat seketika di stesen minyak atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Sesekali jeling-jelinglah pada paparan meter kenderaan. Jika terlalu laju atau ada lampu-lampu amaran yang menyala, TEGUR pemandu, jangan buat ‘dek’ je ye!

Sumber: Maskulin.com

 

Posted in: Informasi, Kesihatan

Leave a Comment (0) →

3 Sebab Yang di-Pertuan Agong Selalu Jalan Laju, Rupanya Ada Kaitan Dengan Sains & Agama Islam

DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan kezuhudan dan admin rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong sebagai pemimpin, semoga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan buat Tuanku.

Tapi apa yang menariknya disini, baru-baru ini viral apabila tersebar sebuah video yang memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong hadir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat jemaah tetapi apa yang mencuri perhatian netizen adalah cara berjalan Sultan Muhammad V yang begitu laju sehingga tidak peduli untuk menggunakan laluan berkarpet kuning khas meski telah dibentang sekitar perkarangan masuk masjid.

Mungkin bagi sesetengah masyarakat yang kurang membaca memgenai sains akan labelkan perbuatan Tuanku adalah tidak bersesuaian dengan pangkat dan darjat yang dipegangnya namun secara saintifik, orang berjalan laju adalah seorang yang berkredibiliti tinggi.

Berjalan Laju Adalah Sifat Orang Yang Yakin Diri

Menurut psikologi, orang berjalan laju memiliki karakter yakin diri, penuh semangat serta bertenaga. Individu ini juga pantang menyerah kalah. Hati mereka sering berkobar-kobar dalam melaksanakan tanggungjawab bahkan jika berusaha, mereka akan usaha melampaui batas sehingga mengecapi apa yang dimahukan.

Penulisan portal IFL Science berkata, kajian terbaharu oleh pakar berpendapat, kelajuan berjalan sebenarnya menggambarkan sifat ketelitian, keterbukaan dan suka bergaul (mudah mesra). Nah, mungkin sebab tu kita boleh nampak Tuanku ni bersifat selamba dan tak kisah apa tanggapan orang terhadapnya.

Sains Kaitkan Kelajuan Berjalan Dengan Kesihatan

Pakar-pakar Perancis dan Amerika mendapati, kelajuan berjalan berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang. Jika orang yang sudah berumur mampu berjalan laju seperti individu belia, mereka umumnya mempunyai daya pemikiran cekap serta kekuatan fizikal yang hebat.

Berjalan Laju Amalan Rasulullah s.a.w

Suatu ketika Saidina Abu Hurairah RA pernah berkata:-

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih laju, lebih pantas daripada Rasulullah s.a.w, seolah-olah bumi ini dilipatkan untuk Baginda s.a.w”.

Saidina Ali pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w jika berjalan, bahagian dadanya akan condong ke hadapan sedikit seolah-olah sedang menuruni bukit. Ternyata, Baginda s.a.w berjalan dalam keadaan tegap dan tegas tetapi penuh kesantunan. Kita dilarang pula berjalan dalam keadaan yang sombong (mendada) kecuali dalam peperangan dan jangan sesekali menyeret kaki.

Ini menunjukkan, Yang Dipertuan Agong mungkin telah mengikut cara berjalan Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Wallahu a’lam bish-shawabi. Selamat beramal

Sumber : Wanista

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →
Page 13 of 44 «...101112131415...»