Posted on Leave a comment

Bahaya ‘Microsleep’ Ketika Memandu Penyebab Kemalangan, Amalkan 6 Tip Ini & Moga Kita Selamat Sampai Ke Destinasi

Apa itu Microsleep? Pernahkah korang tiba-tiba terlelap sekejap ketika sedang memandu secara tiba-tiba? Pasti korang pun penah laluinya kan lagi-lagi masa memandu sendirian. Masalah ini dinamakan sebagai Sindrom Microsleep iaitu di mana keadaan badan ‘tidur’ buat seketika.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan kita ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses oleh otak. Tempoh microsleep hanya antara 1 hingga 30 saat dan ia boleh berlaku walaupun ketika mata masih terbuka.

Sebagai contoh, pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat boleh menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya anda sedang memandu pada kelajuan 100 km/h?

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal dan keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. Ada juga yang berpendapat jika mereka memandu dengan laju, kesan mengantuk akan berkurangan disebabkan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi di mana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri: lari atau lawan).

Tanda-tanda anda mempunyai sindrom microsleep:

Mengelamun
Terhangguk beberapa kali
Mata berkelip perlahan
Hypnic jerk
Tidak dapat mengingat apa yang berlaku beberapa minit lepas

Apa yang perlu dilakukan?

Berhenti dan cari tempat yang selamat untuk parkir kereta anda.
Tidur untuk seketika, tidak perlu lama, lima minit sudah mencukupi.
Berhenti rehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Ini pesanan kepada penumpang terutama sekali yang duduk di hadapan. Anda perlu menjadi pembantu kepada pemandu atau peneman yang baik. Janganlah tahu nak berdengkur sahaja ataupun asyik melayan telefon pintar saja.

Sebagai orang yang paling hampir dengan pemandu, anda perlu lakukan 3 perkara ini:

Berbual dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.

Perhatikan cara pemanduan. Jika nampak kenderaan anda dah mula tak tentu arah atau tidak mengikut lorong, TEGUR pemandu. Cadangkan pemandu untuk berehat seketika di stesen minyak atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Sesekali jeling-jelinglah pada paparan meter kenderaan. Jika terlalu laju atau ada lampu-lampu amaran yang menyala, TEGUR pemandu, jangan buat ‘dek’ je ye!

Sumber: Maskulin.com

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *