Posted on Leave a comment

Rahsia Hipnosis – Menarik Rezeki & Kekayaan

Salam sejahtera.

Ramai yang membaca buku-buku motivasi dan pembangunan diri untuk menarik kejayaan dan kekayaan dalam hidup mereka. Mungkin ada yang meletakkan nota di dalam bilik tidur sebagai peringatan tentang keinginan atau matlamat hidup mereka. Ramai yang tahu rahsia kejayaan. Tetapi mengapa ada yang masih belum dapat kekayaan yang dikehendaki?

Perkara yang paling penting dalam penerimaan kepercayaan dan perubahan yang baru adalah dengan menjadikannya sebagai tabiat secara automatik dalam diri anda. Perkara yang dilakukan secara automatik tidak memerlukan pemikiran sedar untuk bertindak. Sebagai manusia, kita secara semulajadi agak sukar untuk berubah.

Posted on Leave a comment

Persepsi Kegagalan

Assalamualaikum

Semua orang tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Bagi seorang pelajar, kegagalan dalam pembelajaran merupakan suatu yang menyakitkan. Terdapat dua keadaan kegagalan iaitu:

Terlalu fokus kepada kegagalan

Orang yang terlalu fokus kepada kegagalan, meskipun dia sedang meneruskan pembelajaran boleh mengganggu konsentrasinya. Ini kerana apabila dia terlalu memikirkan kepada kegagalan yang bakal  dihadapi  menyebabkan usahanya tidak begitu bersungguh-sungguh.

Posted on Leave a comment

Gunakan Masa Yang Tersembunyi

Assalamualaikum WBT.

Seringkali kita mengeluh bahawa masa yang ada pada setiap hari tidak mencukupi kerana terlalu sibuk dengan tugas atau kerja harian. Yang menyedihkan lagi, kita tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah yang khusus kepada Allah SWT. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, bersolat jemaah di masjid atau surau dan sebagainya.

Sebenarnya, Allah SWT itu Maha Adil kerana setiap makhluk yang ada di muka bumi ini dianugerahkan masa 24 jam sehari. Tetapi sikap kita sendiri yang tidak tahu bersukur dan pandai menguruskan masa dengan baik, maka dia mengatakan masa yang ada tidak mencukupi.

Posted on Leave a comment

Islam, Perniagaan & Pemasaran Internet

Salam sejahtera.

Perniagaan dan pemasaran memang tidak dapat dipisahkan. Sekiranya tiada pemasaran dilakukan, sesuatu perniagaan tidak mungkin dapat bersaing dengan peniaga-peniaga yang lain. Dunia hari ini sudah berubah, pelbagai cara pemasaran boleh dilakukan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disediakan. Antara kaedah pemasaran yang paling digemari pada dewasa ini adalah melalui internet.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1960 sehingga hari ini, pelbagai revolusi telah berlaku pada internet. Internet dapat menaikan sesuatu perniagaan, internet juga dapat menjatuhkan sesuatu perniagaan. Pelbagai medium yang boleh digunakan untuk pemasaran telah dibangunkan.

Posted on Leave a comment

Tingkatkan Penumpuan Belajar

Salam sejahtera.

Antara rahsia penting untuk berjaya dalam perkerjaan dan pembelajaran ialah penumpuan atau fokus. Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya terhadap tugas yang dilakukan. Walaupun, terdapat sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, tetapi penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan. InsyaAllah.

Antara perkara yang menyokong penumpuan kita ialah dorongan. Ini  kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh dalam belajar. Sekiranya dorongan terhadap pembelajaran berada pada tahap yang  lemah, maka hati  atau minat kita mudah tertarik kepada perkara lain.

Posted on 1 Comment

Semakan Peperiksaan JURUAUDIT W41

Khas untuk calon Peperiksaan Bertulis JURUAUDIT W41 pada 14 April 2012!

Salam sejahtera.

Baru-baru ini SPA sudah umumkan senarai beberapa calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai Juruaudit W41 pada 14 April 2012 ini. Bagi anda yang ingin menyemak status anda, bolehlah membuat semakan segera.

Klik disini–> Semakan Jadual Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Tapi, setiap tahun ramai juga yang tidak lulus peperiksaan SPA. Ada yang kata soalannya agak susah, ini kerana skopnya sangat luas dan kadang-kadang tu ada juga soalan yang tidak dapat dijangka sama sekali. Memang exam bertulis ni la tempat pihak SPA nak singkirkan calon yang ramai.

Posted on Leave a comment

Mencari Sebuah Kesempurnaan

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan.Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita tidak akan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain.

Rasulullah s.a.w. adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda s.a.w. sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Posted on 2 Comments

Sentiasalah Bersangka Baik

Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun.

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi. Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi. Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap.