Posted on 12 Comments

Cabaran Seorang Blogger = Kesibukan

Salam sejahtera. Ini mungkin menjadi entri pertama untuk bulan ogos kerana kita sudah pun memasuki hari pertama bulan ogos. Bulan julai memberi pengalaman pahit dan manis dalam diri saya sebagai seorang pelajar dan juga seorang blogger. Sudah pastinya anda juga mempunyai pengalaman sendiri juga kan? Pada awal bulan julai lalu saya masih lagi bercuti dan pada pada pertengahannya saya sudah mula memasuki kembali ke alam pengajian di universiti. Disitulah saya mula merasai sedikit kesibukan sebagai seorang pelajar dan blogger.

Apa yang membuatkan saya menjadi sibuk adalah kerana saya terpaksa berpindah ke rumah sewa pada semester baru ni. Ini kerana saya tidak memohon untuk menduduki asrama. Disebabkan oleh itu juga saya agak kurang untuk update blog masa mula-mula memasuki semester baru dahulu kerana sibuk menguruskan rumah sewa. Biasa la macam orang yang baru berpindah mesti ada banyak kerja untuk dikemaskan..

Pada siang harinya pula saya With today’s technology, you now have the ability to obtain a construction loan from the best banks in the country and sign your loan documents at your local title company or escrow office. akan pergi ke kelas untuk menuntut ilmu. Jadi, pada siang harinya masa saya untuk update blog agak terhad kerana sibuk berada dalam ke kelas. Tapi, saya sempat juga mencuri masa untuk membalas komen di blog dan berkunjung ke blog kawan-kawan blogger. Tempat yang saya biasa melepak adalah di makmal komputer Jabatan Sains Komputer. Disini bila-bila masa sahaja saya boleh online percuma selagi tiada kelas. Pada malam harinya pula mungkin saya sibuk dengan assignment yang diberikan oleh pensyarah. Saya cuma berkesempatan untuk menulis blog pada hujung minggu jika tiada aktiviti yang ingin dilakukan oleh saya.

Biasanya apabila sudah lama tidak update blog maka perasaan malas itu akan muncul dalam diri. Itulah yang telah berlaku kepada diri saya dan mungkin juga anda. Perasaan malas ini juga mungkin disebabkan oleh kesibukan seorang pelajar yang saya sendiri tidak pandai untuk menguruskannya. Mungkin saya jadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak update blog. Saya juga cemburu dengan orang lain yang walaupun mereka sibuk namun masih dapat memberikan komitmen untuk terus update blog.

Diharapkan dengan memasuki bulan ogos ini saya akan dapat untuk lebih kerap update blog mengikut masa yang ditetapkan. Bulan Ramadhan juga tinggal tidak sampai seminggu lebih saja lagi untuk berpuasa. Maka saya kena lebih bersemangat untuk update blog ni. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan menulis blog di bulan puasa nanti. Insyaallah.

JOM SHARE

12 thoughts on “Cabaran Seorang Blogger = Kesibukan

  1. update bila rindu.

  2. selamat mengjalani bulan ogos!

  3. thoha.
    kesibukan bukan penghalang.
    kalau hati merasa rindu
    updatelah.

    selamat belajar!
    🙂

  4. belajar kedudukan pertama
    berblog kedudukan kedua
    ok la camtu, kan? hehehe

  5. puasa dah dekat nie…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *