Posted on 70 Comments

Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe

Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.

1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. 🙂 Sekian.

JOM SHARE

70 thoughts on “Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

  1. hem thkz ye…..i mmng bru lps break…x smpai 2 bln g….aftr bca tips u….i gthing bter knw….sshkn nk lpekan smone yg kte syg…hem thkz

    1. apa pun sama2 ye..saya tahu memang susah sangat kan nak lupakan seseorang terutamanya orang yg kita pernah sayang sangat2 kat dia…saya harap awk dapat bersabar dan teruskan hidup dengan ceria.. 🙂

  2. sblum baca benda nie aku dah mmg wat mcm nie..mmg berkesan
    tp xla semuanya bleh lupe..klaw nk lupe terus hentaklah kepala korang kt dinding diri sendiri pun bleh lupe.haha

    1. ye betol tu..bukan semua memori kita dapat kita lupakan kan..cuma kalau kurangkan bagus sebab dapat kurangkan tekanan dalam hidup ni..hehe 🙂

  3. Salam..

    Hai kwn2 sume..
    Sy ni org baru..klu salah tolonglah tunjuk ajarkn ye..
    ni masuk blog ni dpt link Dr Surah Toha..
    He3..jgn marah..nnt kne juall.. 😉

    Okla, dh lewat nk titon..; )

    Wslm n c again.. 😉

    1. salam

      terima kasih kerana singgah ya..
      pandainya dia bergurau..
      jangan lupa singgah kembali ya..hehe 🙂

  4. salam, i cri tips mcm mana nk lupakan seseorg, then nmpk ur blog, so i singgah…. ok la tips2 nya, insyaallah blh m’bantu…
    tp, jdoh tuekn ditgn tuhan..
    xsmstinya kalau kita brpisah n tidak brsama, dia bkn jdoh kita.. n yg bersama tue tdk semestinya juga itu jdoh mereka, btl x?
    sy mngaku sy bru je putus, n ini kali kedua, trasa yg kedua lg perit dr yg prtama… tp mcm sy ckpkn td, jdoh itukn ditgn ALLAH… nk lupakn dia, yes, sy akn cbe usahakn, tp selagi minda dan ht nie hnya memikirkn dia, sy ttp akn trus brdoa agr dibukakn pntu htnya suatu hri nanti utk kembali memulihkn hbungn nie… =’) amin
    mcm sedara juga katakn, kita hnya mampu brtawakal kn? =)

    1. salam. terima kasih kerana singgah ye..
      betul apa yang awk cakap tu..walaupun kita berpisah dengan seseorang kalau dia jodoh kita tak akan kemana..kalau yang masih bersama kalau tidak ada jodoh akan berpisah juga akhirnya..

      saya harap awk dapat bersabar supaya dapat menempuhi segala ujian yang awk terima ni ye..ingat Allah banyak2..kita hanya mampu berusaha yang termampu selepas tu boleh la tawakal..apa pun selamat berjaya saya ucapkan kepada awk..semoga hidup lebih ceria lepas ni ya..Amiin.. 🙂

  5. warghh..smpai skrg xdpt lupakan dia…walaupun dia dah khwin…sedih…sampai terbayang2 dia depan mata…

    1. sabar la ye..awak kena lupakan dia sebab dia dah menjadi milik orang lain..
      .-= Thoha´s last blog ..Baca Al-Quran Secara Online =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *