Assalamualaikum.
Kenalkah anda semua dengan ulama besar islam yang bernama Imam Syafie? Imam syafie adalah salah seorang daripada empat ulama besar ahli sunnah wal jamaah. Beliaulah ulama yang mengasaskan mazhab syafie yang sedang kita berpegang sekarang ini di Malaysia. Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan kepada umat islam seluruhnya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri kerana banyak yang perlu dilakukan untuk menjamin kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri sendiri sahaja. Kalau anda boleh sama-sama sampaikan ini kepada orang lain juga lagi baik.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan yang selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kedua: Hak kepada malaikat maut. Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. Ketiga: Hak kepada kubur. Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. Keempat: Hak kepada mungkar dan nakir. Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. Kelima: Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari akhirat). Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. Keenam: Hak kepada titian Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat). Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. Ketujuh: Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka). Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. Kelapan: Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga). Iaitu: Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. |
Assalamu’alaikum~
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Itulah, banyak lagi ‘hutang’ dan hak yang perlu kita laksanakan. Masih banyak yang belum tertunai..
Manusia memang selalu sangat terlepas pandang.
“Sesungguhnya bagi Tuhan kamu atas kamu ada hakNya, dan bagi diri kamu atas kamu ada haknya, dan isteri kamu atas kamu ada haknya. Oleh itu, berilah tiap-tiap yang mempunyai hak akan haknya. – HR. al-Bukhari”
Thank’s bro.
sama2..masih banyak lagi perkara yang belum kita tunaikan..
banyak lagi hak yang perlu dilangsaikan….. isk2..
betul tu bro zik..ada banyak lagi perkara yang perlu dilangsaikan..
massyallah tetiba aku terasa insaf pulak selepas baca entri ini thanks for the info bro
sama2 bro..banyak lagi yang kita kena insaf dalam kehidupan ini..
InsyaAllah akan dimanfaatkn sepenuhnya dari pembacaan ini..thanks Thoha for this info 🙂
sama2lah kita memanfaatkannya..
salam kawan..
sihat ke? camner dgn sisa2 cuti yang berbaki ni?
huem sesekli kita perlu juga diingatkan pkra bgi.sb manusia sering lupa nd alpa..huhu..
thnks thoha ats ilmu ni.mantap.
bro mlm ni tgok bola kY 😉
itu sebab rasa insaf pulak rasanya
betul tu bro..insaf jugak bila baca..
salam suri..cuti dah lama habis..sekarang dah masuk belajar balik..
sama2lah kita saling mengingatkan kearah kebaikan.. 🙂