Posted on 15 Comments

Hak Kita Sebagai Seorang Muslim

Assalamualaikum.

Kenalkah anda semua dengan ulama besar islam yang bernama Imam Syafie? Imam syafie adalah salah seorang daripada empat ulama besar ahli sunnah wal jamaah. Beliaulah ulama yang mengasaskan mazhab syafie yang sedang kita berpegang sekarang ini di Malaysia. Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan kepada umat islam seluruhnya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri kerana banyak yang perlu dilakukan untuk menjamin kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri sendiri sahaja. Kalau anda boleh sama-sama sampaikan ini kepada orang lain juga lagi baik.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan yang selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

Pertama: Hak kepada diri.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut.

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur.

Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada mungkar dan nakir.

Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari akhirat).

Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam: Hak kepada titian Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat).

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka).

Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga).

Iaitu: Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak kepada Nabi Muhammad SAW.

Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT.

Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

JOM SHARE

15 thoughts on “Hak Kita Sebagai Seorang Muslim

  1. salam thoha..
    thanks 4 the info..
    btw, i’m ur silence reader.. ^^
    keep it up kay..

  2. kita kena mengambil iktibar dari peristiwa pengurangan solat sehingga menjadi lima waktu.. banyak perkara tersirat disitu..

    1. betul tu..terima kasih kerana mengingatkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *