Posted on 17 Comments

Menarik Pelawat Datang Dari Facebook

Berdasarkan maklumat trafik yang diberikan oleh Alexa.com, ternyata facebook merupakan antara penyumbang utama pelawat ke blog Layar Sukses ini. Selain daripada itu, pelawat juga datang dari blog rakan-rakan blogger yang lain dan juga datang dari enjin carian seperti google.

Facebook memberi peluang kepada saya untuk menarik pembaca datang ke blog ini jika ia digunakan dengan sebaiknya. Di facebook ada banyak cara sebenarnya yang boleh digunakan untuk menarik pembaca datang ke blog atau laman web anda. Antara cara yang biasanya saya gunakan:

1. Update status dengan meletakkan link blog pada wall facebook. Cara ini memang ramai yang selalu gunakan. Facebook telah memberi peluang kepada pengguna facebook untuk meletakkan apa saja link dari mana-mana laman web pada wall mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain. Bagi seorang blogger, ini adalah satu peluang yang besar untuk menarik trafik percuma ke blog mereka. Saya seringkali menggunakan cara ini bagi menarik pembaca untuk ke blog saya. 🙂

2. Mempunyai fan page sendiri untuk blog. Fungsi fan page lebih kurang sama macam profile biasa anda. Kalau menggunakan fan page ini dengan sebaik-baiknya memang banyak faedah yang dapat untuk menarik pelawat setia ke blog atau laman web anda. Tapi syaratnya anda kena la rajin atau aktif dekat fan page anda kalau tidak aktif maka anda akan kurang juga nampak hasilnya.

3. Mempunyai rakan facebook yang ramai. Kalau rakan facebook anda sikit saja maka jumlah pelawat yang akan diperolehi dari facebook pun mesti akan berkurang juga. Mempunyai rakan facebook yang ramai akan memberi peluang besar untuk menarik pelawat yang ramai juga ke blog atau laman web anda. Kalau anda tunggu orang nak add anda susah juga, jadi kadang-kadang anda perlu add orang lain juga. Biasanya bila rakan facebook anda dah ramai maka secara viral rakan-rakan facebook anda akan semakin meningkat walaupun online casinos anda tidak add orang lagi.

4. Letakkan link laman web atau blog pada info profile. Rakan-rakan facebook yang membuka profile anda sudah tentu akan melihat dan membaca maklumat-maklumat yang anda letakkan pada profile anda. Apabila mereka melihat pada link yang anda letakkan pada profile anda sudah tentu mereka akan klik. Ini kerana orang yang melihat profile anda sudah tentu ingin mengetahui dan mengenali anda dengan lebih lanjut, maka mereka juga ingin mengetahui link yang anda letakkan pada profile anda. Secara automatik mereka akan masuk ke blog atau laman web anda.

Inilah merupakan antara cara asas yang saya gunakan untuk menarik pelawat datang ke blog atau laman web saya. Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menarik pelawat dari facebook ni. Cuma anda perlu elakkan dari melakukan spam di facebook ni kerana ramai yang tidak sukakan orang melakukan spam di wall atau mesej facebook mereka. Sama-samalah kita melakukan promosi secara berhemat dan beretika. 🙂

JOM SHARE

17 thoughts on “Menarik Pelawat Datang Dari Facebook

  1. betul tu… setuju sangat

  2. Salam,erk domain aku pun ada,baguslah cara naik traffic :).

  3. FB kalau kena gaya dan cara gunanya boleh memberi manafaat 😀

  4. Facebook ni dah mcm keperluan pula ya :), dapat tarik trafik lagik.

  5. Facebook ni dah mcm keperluan pula ya :), dapat tarik rafik lagik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *