Pada masa kini kita dapat melihat bagaimana kuasa blogging yang semakin meluas dan berkembang di internet. Ramai orang yang telah mempunyai blog mereka sendiri. Tidak kiralah blog yang percuma ataupun blog yang berbayar. Yang pastinya blog adalah satu medium yang sangat popular di internet.
Mengapa agaknya blogging menjadi sangat-sangat popular? Ini kerana blog adalah mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana untuk membina blog. Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet sendiri.
Jika anda sudah pun mempunyai akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog melalui laman web http://blogger.com. Walaupun anda tidak mempunyai akaun Google, anda boleh membuka akaun Google sendiri dalam waktu yang sekejap saja. Sebaik sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat untuk membina blog, akan ditunjukkan. Anda cuma perlu mengikut setiap arahan yang diberikan dan blog akan siap selepas itu.
Bagi blog berbayar pula, anda perlu mempunyai satu domain dan akaun hosting sendiri. Anda perlu mendapatkan perisian blog dari http://wordpress.org/, kemudian anda perlu install perisan tersebut ke dalam server anda. Anda akan menggunakan www.namaanda.com sebagai url blog anda. Blog anda akan nampak lebih profesional dan menarik. Blog ini dipanggil blog berbayar kerana anda perlu membayar domain & hosting setiap tahun kepada syarikat hosting yang anda beli pakej hosting dari mereka.
Untuk mula menulis blog, anda perlu mengikut minat anda sendiri. Jangan terlalu mengikut minat orang lain yang tidak sama dengan anda. Anda boleh menjadikan mereka sebagi rujukan bagaimana mereka menulis blog tapi jangan tiru blog mereka ya. Jadikan blog anda unik dan lain dari yang lain. Di sini saya ingin berkongsikan 5 tips mudah bagaimana anda boleh menjadi penulis blog yang hebat.
1) Anda perlu mengikut naluri anda sendiri tentang apa yang hendak di tulis diblog anda. Tulis apa yang anda suka dan anda minat. Jangan tulis topik yang sudah terlalu lama dan tidak releven lagi pada masa sekarang. Anda perlu menulis topik yang anda rasa berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan dari para pembaca blog anda.
2) Anda perlu sentiasa memilih topik yang agak dipersoalkan atau menjadi topik hangat terkini. Ini akan membantu supaya lebih ramai orang komen tentang apa yang anda tuliskan di blog anda. Ia juga akan meningkatkan jumlah pengunjung blog anda jika ia dikemaskini dengan lebih baik. Anda juga pasti akan mendapat kedudukan yang terbaik dalam enjin carian seperti google dan yahoo.
3) Terus kemaskini blog anda setiap masa. Anda mesti selalu update blog anda sekurang-kurangnya 2-3 post blog dalam masa seminggu. Ini bagi membuatkan pembaca blog anda terus setia membaca tulisan terbaru blog anda. Jika anda meninggalkan blog anda tanpa sebarang tulisan terbaru untuk tempoh masa yang agak lama, pembaca setia blog anda tentu tidak mengunjungi blog anda lagi kerana tidak ada artikel-artikel terbaru untuk mereka baca.
4) Gunakan kaedah menarik kembali pembaca ke blog anda semula seperti menggunakan RSS feed supaya mereka yang subscribe blog anda akan tahu setiap kali ada penulisan artikel terbaru di blog anda. Maka mereka akan datang secara automatik ke blog anda. Mereka inilah yang akan menjadi pembaca setia blog anda.
5) Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog rakan blogger yang lain. Anda perlu memberikan komen yang bernas pada mana-mana artikel dalam blog rakan-rakan blogger tersebut. Jangan lupa letakkan sekali link blog pada ruang yang telah disediakan pada bahagian komen. Mereka yang terbaca komen bernas dari anda sudah tentu ingin mengetahui siapakah anda, dan mereka akan klik pada link yang telah anda tinggalkan. Maka secara automatik anda akan dapat menarik pembaca-pembaca dari blog tersebut untuk masuk ke blog anda. 🙂
–
Memiliki blog sendiri akan dapat memberikan banyak manfaat kepada diri anda dan juga orang lain. Banyak yang boleh anda lakukan selepas mempunyai blog sendiri. Salah satunya adalah menjana pendapatan melalui blog. Tapi anda perlu rajin menulis artikel-artikel yang bermanfaat untuk menarik pembaca ke blog anda. Selepas itu anda boleh menjana pendapatan dari blog anda melalui adsense, affiliate, ruang iklan, jual produk, dan banyak lagi cara menjana pendapatan melaui blog. Jika berpeluang, saya akan menulis bagaimana cara menjana pendapatan melalui blog pada masa-masa yang akan datang.