Posted on 4 Comments

Sifat sahabat yang baik dan mulia

Saya ada pernah menulis sebuah artikel tentang erti persahabatan sebelum ini. Pada artikel kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang sifat-sifat sahabat yang baik dan mulia yang perlu dicontohi. Sahabat yang baik dan mulia akan kekal bersama-sama anda hingga ke akhir hayat. Antara sifat-sifat sahabat yang baik dan mulia adalah:

  • Jika anda cuba untuk merapatkan dengan lebih lagi persahabatan anda dengannya, dia akan membalas dengan baik persahabatan anda itu. Itu bermakna dia memang mahu bersahabat dengan anda. Dia amat menghargai anda kerana mahu bersahabat dengannya. Dia adalah sahabat sejati anda.
  • Jika anda memerlukan pertolongan daripada sahabat anda berupa wang ringgit ataupun dalam bentuk tenaga, maka akan dia akan cuba sedaya upaya membantu anda. Sahabat yang baik tidak akan menghampakan anda sekiranya anda meminta pertolongan dari mereka. Malah sahabat yang baik juga tidak sanggup melihat anda berada didalam kesusahan. Jika anda meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika anda menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik. Itu tandanya dia menghargai kebaikan yang telah anda hulurkan padanya. Dia juga tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah anda lakukan itu. Malah dia akan membalasnya dengan kebaikan juga kepada anda.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada anda, dia akan segera menutupnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah anda tidak kira apa yang berlaku. Dia tidak akan sekali-kali membuka aib anda kepada orang lain. Sahabat anda yang baik akan sentiasa melindungi anda daripada perkara-perkara yang tidak baik.
  • Jika anda berdiam diri kerana malu hendak meminta pertolongan, dia akan menanyakan kesusahan anda itu. Sahabat yang baik akan dapat memahami kesulitan yang anda alami. Dia tidak akan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah yang anda hadapi. Apabila anda berdiam diri maka sahabat anda pastinya akan mengetahui yang anda berada dalam kesusahan.
  • Jika anda berkata-kata seuatu kepadanya, nescaya dia akan membenarkan percakapan anda itu. Dia tidak akan sekali-kali menidakkan kata-kata anda itu melainkan kata-kata anda itu adalah dusta. Apabila anda memberi sesuatu pendapat maka dia akan sentiasa membenarkannya dan menyokong anda.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa diri anda , dia akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban kesusahan anda itu. Dia akan sentiasa bersama anda dengan memberi pertolongan dan semangat supaya dapat terus tabah menghadapi ujian itu. Anda tidak akan merasai keseorangan jika mempunyai sahabat yang baik seperti ini.
  • Jika anda merancangkan untuk melakukan sesuatu perkara, nescaya dia akan membantu anda. Dia akan sedaya upaya membantu anda supaya anda berjaya mencapai perkara yang anda ingin lakukan itu. Dengan bantuan dari sahabat anda itu anda akan dapat terus cekal dalam menjayakan rancangan anda itu.
  • Jika anda berselisih faham dengan sahabat anda, nescaya dia lebih senang untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan. Dia tidak mahu bersikap mementingkan diri dengan tidak mahu bertolak ansur. Dia tahu sekiranya dia tidak mengalah maka hubungan persahabatan anda akan menjadi lebih buruk lagi.

Jadi anda perlu melihat kembali kepada sifat-sifat dia (sahabat). Jika dia mempunyai ciri-ciri seperti yang di nyatakan diatas maka dialah sahabat sejati anda tidak kiralah siapa pun latar belakangnya. Jangan pandang pada rupa, harta kerana dalam persahabatan semua perkara itu tidak penting tetapi apa yang penting adalah dengan melihat hati sahabat anda itu. Dengan melihat sifat-sifat sahabat anda itu maka anda boleh mengetahui bagaimana hati seorang sahabat anda itu.

JOM SHARE

4 thoughts on “Sifat sahabat yang baik dan mulia

  1. hum..
    kadang2 sahabat yg dipilih sukar untuk ditegur..
    lenturan kata sukar diucapkan kerana terlalu hampir…

    bagaimana pula ya ??

    1. Cuba la tegur dengan cara yang halus dan baik supaya dia tidak terasa hati dengan kita..

  2. Terima kasih tasha…

    kawan yang betul2 baik memang sukar dicari ganti…
    tapi jika hendak mempunyai kawan yang baik kita perlulah terlebih dahulu menjadi baik untuk kawan-kawan kita,,,

  3. pilihlh kwn yg baek…jadilah kwn yg baek untuk kwn anda
    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *