Statistik Trafik Dalam 15 Hari

Assalamualaikum. Dalam penulisan kali ini saya cuma ingin berkongsi tentang trafik bagi blog LayarSukses (dot) com ini sepanjang 15 hari pada bulan ogos 2011 ini. Iaitu bermula dari 1-15 ogos 2011. Trafik yang datang ke blog ini kebanyakannya adalah trafik yang percuma saja kerana saya tidak pernah beriklan dimana-mana tempat pengiklanan berbayar. Trafik ini banyak datang dari Google (SEO). Trafik yang datang dari google agak tinggi berbanding dengan trafik yang datang dari tempat-tempat lain.

Pencapaian ini hanya biasa saja jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang jauh lebih hebat malah trafik blog mereka sangat tinggi. Tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang trafik dalam blog ini. Pengalaman ini adalah sebagai perkongsian ilmu tentang dunia trafik bagi sebuah laman web atau blog.

Ok sebelum itu, anda boleh klik pada gambar screenshot diatas untuk lihat dengan lebih jelas gambar tersebut. Screenshot ini diambil pada tarikh 16 ogos 2011. Statistik trafik yang ditunjukkan ini hanya selama 15 hari sahaja. Saya rasa peluang untuk trafik meningkat dengan lebih tinggi sepanjang bulan ogos ini masih cerah lagi. Sebenarnya saya telah pun menetapkan beberapa target dalam bulan ogos ini. Dan salah satu target saya telah tercapai dalam masa yang lebih awal.

Ada beberapa istilah yang digunakan dalam menentukan trafik sebuah laman web atau blog. Antara istilah yang biasa digunakan itu adalah unique visitors, number of visits, pageviews, hits dan bandwith.

1) Unique visitors = Statistik pelawat bagi trafik ke website atau blog. Ia diambil daripada beberapa IP yang berbeza dalam satu tempoh masa yang ditetapkan setiap hari. Pada gambar screenshot diatas I december 2006 greps tva personer efter att ha brakat med vakterna vid Casino http://s4gambling.com/se/ Cosmopol i Stockholm De tva misstanktes for vald mot tjansteman. anda boleh lihat yang unique visitors bagi blog ini adalah sebanyak 11,173(setakat 15 hari). Dan saya melihat potensi untuk unique visitors blog ini meningkat masih cerah dengan baki separuh bulan lagi pada bulan ogos ini.

2) Number of visits = Statistik pelawat secara keseluruhan bagi sebuah laman web atau blog. Number of visits bagi blog ini setakat 15 hari adalah sebanyak 18,944. Sama seperti unique visitors, potensi untuk number of visits meningkat juga cerah pada bulan ogos ini.

3) Pages = Statistik pelawat dalam setiap halaman yang ada dalam laman web atau blog. Jika dilihat dari screenshot yang ditunjukkan, jumlah pageviews bagi blog ini adalah sebanyak 106,794. Sebenarnya inilah salah satu target yang saya berjaya capai seperti yang saya katakan sebelum ini. Saya telah menetapkan target untuk mendapat sekurang-kurangnya 100,000 pageviews bagi bulan ogos ini. Dan ianya telah tercapai lebih awal.

4) Hits = Statistik aktiviti klik yang dilakukan oleh pelawat dalam struktur laman web atau blog. Statistik hits bagi blog ini pula adalah sebanyak 729, 010.

5) Bandwith = Jumlah penggunaan bandwith yang mampu ditampung oleh pihak hosting, setiap kali pelawat memasuki laman web kita dan melakukan sebarang aktiviti. Jika dilihat setakat ini penggunaan bandwith bagi blog ini adalah sebanyak 8.48 GB. Bagi saya dah tinggi dah tu. Saya melanggan pakej hosting yang mempunyai 20 GB sahaja. Harap-harap penggunaan bandwith tidak melebihi dari 20GB.

Pencapaian trafik ini banyak yang datang dari search engine google. Saya hanya menggunakan beberapa teknik asas seo untuk mendapat trafik percuma dari google. Saya juga memilih penggunaan beberapa keyword yang mendapat carian tinggi yang dicari oleh pengguna. Dari situ saya telah menulis beberapa artikel dan trafik akan datang dari keyword-keyword yang telah digunakan.

Pencapaian saya ini hanya sekadar perkongsian ilmu saya sahaja. Masih banyak lagi yang saya perlu pertingkatkan untuk menjadi lebih baik. Saya kena berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Saya  akan terus belajar dari mereka-mereka yang telah berjaya dalam dunia penulisan blog. Dan saya juga akan cuba sedaya upaya untuk terus berkongsi ilmu dalam blog ini dan bukan hanya mengejar trafik semata-mata. Trafik ini hanya sebagai pencetus semangat dan pendorong untuk saya terus menulis dalam blog ini.