Posted on 14 Comments

Teknik Mudah Berhenti Merokok

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat sedikit review mengenai sebuah ebook motivasi kesihatan bertajuk “Teknik Mudah Berhenti Merokok Dalam Seminggu”. Didalam ebook ini anda akan diterangkan secara mudah dan ringkas mengenai rokok dan kesan merokok kepada anda, bagaimana anda boleh menangani keinginan anda untuk berhenti merokok serta beberapa teknik mudah yang anda boleh lakukan untuk berhenti dari merokok.

Ebook ini ditulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok. Ya! Bebas dari ketagih rokok. Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunseling bebas rokok dan beberapa buah organisasi lain.

Maklumat musuh anda iaitu rokok

Didalam rokok anda mengandungi sejenis bahan dipanggil nikotin. Nikotin dari rokok berkebolehan untuk mencetuskan reaksi biokimia yang memberi kesan yang cepat pada mood, kebolehan untuk berfikir secara waras dan metabolism badan. Semakin banyak anda merokok, maka semakin kuat badan anda bergantung kepada keperluan nikotin itu.

Kesan-kesan merokok

Berdasarkan kajian dari pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperolehi kanser paru-paru dari seseorang yang normal yang tidak merokok. Fikirkan perkara ini sejenak fakta ini, bukankah penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagiaan hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin meningkat pada masa sekarang.

Bagaimana  boleh berhenti dari hisap rokok?

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk berhenti dari merokok ni. Antaranya adalah anda selalu melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal kerana ia banyak membantu seorang perokok untuk berhenti dari merokok. Ada banyak perkara yang boleh mempengaruhi anda ketika anda melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Antaranya adalah :

  • Apabila anda aktif, anda akan lebih yakin pada keadaan diri anda dan percaya anda mampu.
  • Anda rasa lebih bertenaga dan mampu untuk menangani tekanan tanpa bantuan Mit unbekanntem und teils unveroffentlichtem Bildmaterial und vielen personlichen Storys gibt das Buch einen exklusiven Einblick in justin-bieber-news.info Biebers Innenleben – und versteht sich als ein Geschenk an seine treuen Fans. nikotin.
  • Menghidu bau rokok akan mula memualkan anda.

Apabila anda merasa untuk merokok, bangun dan lakukan pergerakan. Banyak melakukan pergerakan ia akan membantu anda untuk meringankan beban dan tekanan yang anda sedang terima daripada nikotin.

Teknik mudah yang  boleh dilakukan untuk berhenti dari merokok

Salah satu teknik mudah untuk berhenti merokok yang dihuraikan didalam ebook ini adalah ambil masa lima minit dalam sejam untuk melakukan perkara ini iaitu minum air dengan banyak. Ini kerana ia boleh membantu anda untuk menyingkirkan perasaan ingin kepada rokok dalam diri anda. Air lebihan juga boleh membantu anda untuk menyingkirkan kandungan nikotin di dalam badan. Lakukan perkara ini ketika anda merasa ingin merokok adalah digalakkan.

Sebagai kesimpulan, ebook ini adalah sangat bermanfaat kepada mereka yang perokok. Ia dapat membantu anda untuk berhenti merokok dalam beberapa teknik yang mudah dan berkesan. Kepada yang tidak merokok pula anda juga dapat pelajari teknik-teknik  supaya anda anda dapat menolong orang-orang yang anda sayangi untuk berhenti merokok. Ataupun anda boleh hadiahkan ebook ini kepada siapa-siapa orang yang anda sayangi agar dapat membantu mereka untuk berhenti merokok. Ebook ini adalah bonus percuma untuk pembelian ebook 101 Tips Mencegah Sakit Kepala. Klik disini untuk mendapatkan ebook Teknik Mudah Berhenti Merokok Dalam Seminggu.

JOM SHARE

14 thoughts on “Teknik Mudah Berhenti Merokok

  1. Berkesan ke teknik2 ni?dah macam2 cara, ubat aku beli..susah betui la nak benti rokok ni..

    1. saya tak berani jamin laa..kalau nak berhenti rokok ni kena ada semangat dan azam yang kuat..kalau tak ada semua tu beli la ubat beribu2 pun takkan berkesan..hehe
      saya harap bro dapat kuatkan semangat untuk berhenti rokok ni ye..

  2. elok sangat teknik2 ni untuk bantu mereka yang ketagihan tu

    1. betul2 tu bro..terima kasih..

  3. Satu post yg menarik…blh dijadikan panduan pada mereka yg nak berhenti merokok….

    1. terima kasih..memang panduan untuk mereka yang nak berhenti merokok pun..hehe

  4. teknik yg bagus..
    sesuai untuk orang yang ingin berhenti merokok..

    1. terima kasih..sesuai untuk mereka yang nak berhenti la..kalau sekadar suka2 memang takkan berkesan..

  5. hai kawanku..
    wow satu buku yang bagus untuk dibeli ni..maju kedapan yer mr Thoha.. Alhamdulillah..

    Baik le si jejek tak smoke.. 😉

    1. terima kasih ye kak suri..
      jejek tu apa?

      1. salam petang..
        baiklah si jejaka tak merokok..huhu..tapi suri ada gak cerita pasal merokok ni..hurm…blh buat posting nik..hehehe..

        org kata kunyah cuwin gum..hehehe..

        1. ye betul tu..kunyah cuwin gum banyak2..hehe
          .-= Thoha´s last blog ..Baca Al-Quran Secara Online =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *