Sekiranya anda mempunyai laman web peribadi ataupun laman web yang yang melakukan perniagaan di internet sudah pastinya anda menginginkan ramai pelawat yang mengunjunginya setiap hari. Jadi saya ingin memberikan beberapa tips mudah bagaimana untuk menjadikan laman web anda sebagai laman web yang baik dan ramai pengunjung setiap hari. Antara tips bagi menjadikan laman web anda baik dan menarik adalah:
- Isi kandungan web
- Rekabentuk yang ringkas dan mudah
- Nama dan logo laman web
- Ruangan untuk dihubungi
- Kedudukan menu link dan perjalanan web
Pertama sekali apabila melayari laman web anda perkara yang dilihat oleh pelawat adalah isi kandungan laman web anda itu. Jika isi kandungan laman web anda menarik maka pelawat akan terus melayari laman web anda. Pastikan isi kandungan laman web anda mempunyai info maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pelawat. Pelawat yang merasakan laman web anda mempunyai isi kandungan yang menarik sudah pastinya akan terus berkunjung laman web anda pada masa akan datang.
Pastikan rekabentuk laman web anda ringkas dan mudah. Jangan biarkan laman web anda terlalu banyak dengan gambar-gambar dan animasi. Ini kerana ia boleh mengganggu fokus pelawat laman web anda. Reka bentuknya juga perlulah ringkas agar pelawat tidak pening kerana laman web anda terlalu kompleks. Pelawat lebih sukakan laman web yang ringkas kerana ia lebih selesa dan mudah serta lebih cepat.
Jika anda mempunyai laman web peribadi ataupun laman web perniagaan pastikan laman web anda mempunyai nama dan logo tersendiri. Ini kerana nama dan logo adalah penting bagi sebuah laman web. Pelawat yang datang ke laman web anda sudah semestinya akan mengingati laman anda kerana mereka mengingati nama dan logo laman web anda. Jika nama dan logo laman web anda unik maka laman web anda akan mudah dikenali dan sentiasa menjadi sebutan orang.
Pelawat yang berkunjung ke laman web anda sudah semestinya ingin mengetahui siapa anda dan mengenali anda. Sediakan satu ruangan agar pelawat dapat menghubungi anda. Jika laman web anda adalah laman web perniagaan maka pelawat sudah semestinya ingin menghubungi dan bertanyakan tentang produk yang anda promosikan. Apabila anda senang untuk dihubungi maka pelawat akan percayakan anda dan mungkin akan menjadi pelawat setia laman web anda.
Kedudukan link menu dalam laman web anda perlulah tetap supaya memudahkan pelawat untuk masuk ke ruangan yang lain. Jika pada ruangan utama anda meletakkan link menu dibahagian atas pastikan pada ruangan lain anda meletakkannya juga di bahagian atas. Jangan meletakkan link menu pada kedudukan yang lain apabila pelawat link pada ruangan lain. Pelawat akan menjadi pening seolah-olah laman web anda tidak tetap kerana ia menyusahkan mereka dan mereka mungkin akan meninggalkan laman web anda.
Disamping itu ada banyak lagi faktor lain yang memberikan sebab untuk sesebuah laman web itu baik ataupun tidak. Laman web yang baik akan sentiasa mempunyai ramai pelawat setiap hari. Jika laman web anda adalah sebuah laman web perniagaan anda maka ia sangat menguntungkan anda kerana mempunyai ramai pelawat yang boleh menjadi prospek utama anda. Pastikan laman web anda dibina bukan semata-mata untuk kelihatan cantik semata-mata tapi apa yang lebih penting adalah kualiti laman web anda itu. Laman web yang berkualiti adalah laman yang dipenuhi dengan maklumat dan informasi yang berguna kepada pelawatnya. Semoga dengan tips dan informasi ini akan sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadikan laman web anda sebuah laman yang baik dan berkualiti kepada orang lain.
terima kasih sudi linkkan blog saya di sini..
blog anda juga sy dah listkan di sini ;
http://mysecondlink.blogspot.com/
🙂
nice info , yet useful . thanx
saya ingin menghantar iklan di laman web ini ,tapi saya tak tau cara , boleh tlng saya ,gi mana caranya
boleh saya tahu nak hantar iklan apa agaknya?