Nov
29
2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1433 saya ucapkan kepada semua umat islam. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk menikmati kehidupan yang baik dan sejahtera ditahun baru hijrah yang telah disambut beberapa hari yang lalu. Ini bermakna umur kita semua telah bertambah untuk setahun lagi. Kita semua masih diberikan peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar di muka bumi Allah ini. Ianya satu nikmat dan anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya.

Setiap kali menyambut tahun baru islam ini kita selalu mendengar tentang Hijrah. Apakah yang difahami oleh kita tentang makna hijrah ini. Setiap dari kita perlu sentiasa berhijrah untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja perkara yang ita lakukan. Setiap orang mampu untuk berhijrah. Bergantung kepada diri masing-masing sama ada mahu berhijrah atau pun tidak. Untuk berhijrah kita mesti mula dengan diri kita sendiri.

Nov
12
2011

Salam Perkenalan Dari Penulis Jemputan

Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian.

Mungkin ramai tertanya-tanya dengan kemunculan entry saya di blog layar suskses milik saudara nik thoha ini. Nama panggilan saya adalah firdaus lazim. Untuk entri pertama ini, saya berbesar hati  dijemput oleh saudara nik thoha sebagai penulis tamu di blog beliau. Mungkin gaya penulisan saya berlainan dengan beliau memandangkan beliau sudah berpengalaman luas di dalam arena bloger ini..hehe. Secara ringkas  saya dan saudara nik menuntut di institusi pengajian yang sama, mengambil jurusan yang sama.

Entri-entri saya mungkin lebih menjurus kepada perkongsian maklumat dunia I.T memandangkan saya sendiri pelajar jurusan teknologi maklumat. Ilmu  pengetahuan akan lebih bermakna jika kita saling berkongsi.