Posted on Leave a comment

Persepsi Kegagalan

Assalamualaikum

Semua orang tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Bagi seorang pelajar, kegagalan dalam pembelajaran merupakan suatu yang menyakitkan. Terdapat dua keadaan kegagalan iaitu:

Terlalu fokus kepada kegagalan

Orang yang terlalu fokus kepada kegagalan, meskipun dia sedang meneruskan pembelajaran boleh mengganggu konsentrasinya. Ini kerana apabila dia terlalu memikirkan kepada kegagalan yang bakal  dihadapi  menyebabkan usahanya tidak begitu bersungguh-sungguh.

Takut gagal sehingga tidak mahu mencuba.

Sesetengah pelajar pula tidak mahu mencuba kerana tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah dia benar-benar akan berdepan dengan kegagalan.

Kedua-dua keadaan tersebut hanyalah gangguan atau cabaran bagi seseorang dalam usaha untuk mencapai kejayaannya. Sekiranya dia mampu berdepan dengan cabaran ini maka dia merupakan seorang yang berjaya.

Oleh yang demikian, kita perlu mengubah persepsi terhadap kegagalan yang sering menghantui pemikiran kita. Beberapa perkara yang boleh kita fikirkan adalah:

Sememangnya ketentuan sama ada berjaya atau gagal sesuatu perkara itu bukan milik kita, tetapi ianya adalah hak Allah SWT. Allah SWT memandang kepada usaha kita bukannya apa yang kita perolehi.

Seandainya  kita mencuba maka kita berpeluang untuk berjaya. Namun, jika kita tidak mencuba sudah tentu kita gagal. Cuba rancang untuk berjaya. Ada pepatah mengatakan orang yang gagal bersedia bererti dia bersedia untuk gagal.

Orang telah gagal banyak kali sebenarnya dia mengorak langkah untuk berjaya kerana telah banyak pengalaman yang dilaluinya. Kegagalan sekali bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Teruskan berusaha insyaAllah kita boleh berjaya.

Penulis: Faizal Bin Mohamad Twon Tawi.
Penulis merupakan seorang pensyarah di Politeknik. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Beliau mula menjalankan tugas di Politeknik Ungku Omar pada tahun 2007 dan berpindah ke Politeknik Seberang Perai pada tahun 2010 sehingga kini. Cenderung menulis artikel barkaitan agama dan motivasi dalam blog. Boleh melayari http://fmtt.blogspot.com.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *