Apr
28
2010

Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

Salam sahabat semua,

Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.

Bidang sains komputer adalah bidang yang sangat seronok untuk dipelajari. Saya berkata begitu adalah kerana saya adalah seorang pelajar IT atau sains komputer. Dan saya juga tahu walaupun anda tidak belajar tentang komputer tapi anda sudah semestinya suka menggunakan komputer kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan komputer ni. Memang best ada komputer atas dunia ni, kalau tidak ada tak tahu la nak kata macam mana..betul tak?hehe

Bagi anda yang sudah tahu, bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Ianya adalah termasuk sama ada dari segi perkakasan ataupun perisian. Seseorang yang sangat pakar dalam bidang perkomputeran akan digelar sebagai saintis komputer. Ini kerana bidang perkomputeran juga adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang sains lain.

Pada masa yang sama juga bidang sains komputer juga bukannya satu bidang yang hanya duduk terperap di dalam bilik menghadap komputer semata-mata. Itulah yang biasanya dianggap oleh ramai orang termasuk juga anda barangkali. Tapi bidang sains komputer juga tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan bermasyarakat dan bidang ini mempunyai aspek yang sangat luas dan banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia.

Antara ilmu yang paling penting  yang terdapat dalam bidang sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan komputer ataupun anda biasa dengar dipanggil programming. Bahasa pengaturcaraan komputer adalah bahasa yang digunakan untuk menulis didalam perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan adalah C, C++, dan juga java. Bahasa pengaturcaraan yang saya belajar adalah bahasa java. Agak memeningkan tetapi seronok kalau  dah dapat faham konsepnya.

Dalam bidang sains komputer ini banyak cabang dan peluang pekerjaan yang  anda boleh diceburi. Antaranya seperti  seni reka bentuk komputer dan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun programmer, perkomputeran linguistik dan kejuruteraan perisian. Sejajar dengan teknologi terkini yang semakin berkembangan, maka tidak hairanlah jika permintaan dalam indusri perkomputeran ini adalah sangat tinggi. Manakala bagi anda yang mempunyai kelayakan ataupun kepakaran, anda akan mudah menjadi perhatian dan sangat diperlukan oleh banyak syarikat dan agensi.

Sebagai kesimpulan, bidang sains komputer ini adalah sangat meluas sebenarnya dan bukan hanya terbatas dengan duduk dihadapan komputer semata-mata. Pada masa sekarang juga, penggunaan internet adalah menjadi suatu kewajipan dalam setiap kehidupan harian individu dan juga organisasi. Ini kerana internet ini telah memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Bahkan bagaikan tidak lengkap jika hidup pada masa sekarang ini tanpa internet agaknya.. Oh ya, jangan nampak komputer hanya desktop, laptop atau yang seumpamanya saja. Banyak benda-benda lain yang menjadi kegunaan seharian anda contohnya seperti telefon bimbit juga adalah teknologi komputer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

44 Responses to “Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar”

  1. farhan says:

    hehe.bro, aku minat kejuteraan computer.hehe.cayo la kat ko.hehe
    .-= farhan´s last blog ..Bila kanak-kanak boleh terbang =-.

  2. iqone_dinie says:

    salam singgah…wah..bagus jugak info kat sini ye…tahniah atas perkongsian…mungkin masih ramai yg belum menyedari tentang perkara ni…:)
    .-= iqone_dinie´s last blog ..Emosi Seorang Blogger. =-.

  3. Wan Perlis says:

    study mana dulu?
    mesti expert la bab2 komputer ni
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

  4. botak says:

    salam..
    aku pun belajar C language dulu..
    tapi x pernah paham.
    projek pun tiru org je..
    belajar kt keas mmg x seronok.
    tp bila dah aply bnde tu..pergh!cool~

  5. faizal says:

    salam…
    kalau cakap tentang C,C++ memang aku xberapa faham walaupun pernah blaja. mungkin bukan kelebihan aku memahami benda2 cam tu…memang aku susah.heheheh

  6. zik says:

    dulu diploma amik science compt… bila degree dah lari bidang… logistic.. apepun science computer memang demand sekarang nie..
    .-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.

  7. suri says:

    salam..
    huhu..ulasan yang sangat menarik ni..

    dulu masa bljar kat kolej slu feel bhgian pengaturcaraan C, C++..last minit study Alhamdulillah baru lulus..huhu..

    tapi sejak dah tinggalkan dunia tu rasa nak ingat balik cam lupa pulak..tapi rupanya benda alah ni mmg ada duduk dlm blog ar (pengaturcaraan)huhuhu..

  8. salam..der
    cemana nak paham konsep blajar Java???

  9. Athirah says:

    Assalamualaikum….

    Saya bakal mengambil jurusan sains komputer pd tahun ini di uitm. Saya hrp sgt saya dpt menguasai bidang ini dengan baik. Terima kasih kerana menerangkan sedikit sebanyak mengenai sains komputer.Ia membuatkan saya tidak sabar untuk belajar mengenai bidang ini. Doakan saya! =)

    • Thoha Sukses says:

      salam..terima kasih kerana sudi singgah di blog ini ya.tahniah banyak2 saya ucapkan kepada awk sebab dapat melanjutkan pelajaran ke ipta dalam bidang sains komputer.Bidang sains komputer memang seronok kalau awak tetapkan minat awak bermula sekarang..jangan stress sangat. anggaplah ia sebagai benda baru yang menyeronokkan. Kalau anda apa2 pendapat lagi boleh la berkongsi di blog ini ya.

  10. Dee says:

    Salam…erm..sye bkal jd student Uitm 26 jun ny..Sy naq tnye sama ada cos ny snang utk apply kew even result kte K.O..sy dpt kputusan y agaq cmerlanx tyme spm uh…ble kwn2 dpt taw sy dpt SN comp,diowanx seolah2 memperlekehkan cos y sy ameq uh..dye ckp cos ny xlayak ngn kputusan sye y cmerlanx uh..sdgkan dy,kputusan y troq pown lyak mohon cos prubatan..tp dy x dtawarkan sebaranx tawaran pown..sye feel down sgt blew dye ckp g2..sye apply cos ny sbab sye bcita2 naq jd software engineer…p 2 r..rmai y ckp daq IT slalu out of date..sbab IT ny sentiase bkembanx…sy risaw sbenarnye mcm mne pluanx kerja ny..

    • Thoha Sukses says:

      salam..terima kasih sudi menjenguk..dapat kos mana2 sekalipun tak kisah sebenarnya..yang paling penting adalah ilmu yang akan kita dapat nanti..mungkin dalam kepala ramai orang yang kos IT ni tak macam medik..biar la apa yang orang nak anggap sekalipun yang penting kos ni awak minat kan? jangan fikirkan sangat pandangan negatif dari orang lain..buat apa yang kita minat..peluang kerjaya jangan risau insyaallah kalau ada rezeki tak kemana..

  11. Artikel yang menarik, mitos saja yang tak dapat kerja bidang sains komputer
    .-= Mohamad Afiza´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

  12. Muhaiminnaim says:

    salam.. cos ni kne ade lptop sndri ke cmne ek?
    klu gne lptop sndri ape min rquired lptop tu?

    *new intake for july..
    .-= Muhaiminnaim´s last blog ..Good and Bad! =-.

    • Thoha Sukses says:

      salam bro..kos ni mungkin kena ada laptop sendiri baru senang sikit nak wat kerja..tapi kalau dah masuk universiti ni bukan kos sains komp. je malah kos2 lain pun banyak guna laptop dah sekarang ni..nak wat assignment memang banyak guna laptop la..takkan selalu nak pinjam orang lain punya kot..hehe

  13. Hana says:

    Salam

    Saya pun bkl student uitm dn dpt course CS..Saya sebenarnye rasa risau sbb saya x bpe mnt dgn CS ni tp da dpt twrn..tapi saya hrp sgt mnt saya ni boleh dipupuk n act sya x bpe fhm psl kos CS ni..n bile saya buat research almost all outlines content calculus and add maths which makes me feel extremely worried disebbkn agak lemah dlm calculations..itu adalah sbb utama kerisaun n kereshn saya ni..;(

  14. nad says:

    heyy. sy da bce sedikit sebanyak yg awk tulis.
    em.awk kn bdk sc komp.
    nk tye nie.
    bole x cite sal sc komp lebey mendalam.
    means, cte la sal u mle2 amek sc komp.

  15. redfar says:

    salam.. sokong ayat last.. hehe.. sekarang payah nak hidup tanpa internet.. kui3.. tapi kalau ade internet xde laptop or pc xleh nak surfing gak.. kui3.. apa pun, memang sains komputer penting.. ramai orang dah mempunyai komputer sendiri dirumah.. Good Work..

    All the best..
    redfar recently posted..Ada apa dengan YS (YouthSays)?

  16. iinsan kerdil says:

    bro lau saya ambik course nie skang nie peluang kerja meluas x??

    • Thoha Sukses says:

      salam.ianya bergantung kepada permintaaan pasaran industri..kalau sesebuah syarikat memerlukan ramai pakar dalam bidang IT, insyaAllah peluang kerja adalah tinggi..

  17. hiysham may says:

    sy amik science comp skunk ni tgh wat praktikal.. actually sy minat programming n nak jadi software maker.. bleh u sponsor 4 me nak amik ape nanti deg..pleaze

  18. mie says:

    slm,,
    sy pn dak cs yg ngah praktkal..skang ngah buntu nk plih ape tuk dgree..rse2nye nk amik intelligent system(AI)..tp oke ke subject tu..huhu..tkot slh plih je..tanx..:)

  19. hati-hati says:

    Bidang komputer sains mmg menarik dan mencabar..

    Soalan saya adalah adakah pendapatan anda akan stabil dalam bidang ini?

    Bagaimana hendak bayar hutang ijazah atau diploma, adakah duit akan cukup nanti? dengan lambakkan pelajar komputer sains.

    Kerja kerajaan juga makin susah, kalau jadi pegawai atau juruteknik terjamin juga masa depan..

    kalau tak dapat? bagaimana hendak bayar sara hidup dan bebanan hutang belajar lagi..

    hati-hati dengan prospek yang ajak anda masuk ke university dengan harapan ada jawatan yang baik menanti anda..

    ijazah semakin tidak bernilai..

    kenapa?

    kertas ijazah= duit

    duit itu lebih elok dilaburkan dengan membeli rumah..atau berkerja dulu cari pengalaman dan belajar waktu malam atau zaman skrg boleh guna google(ganti nota) jer untk cari maklumat.. Youtube (ganti lecture) dan facebook (rakan kelas)

    owh, skrg ade trend belajar untuk forensik.. nasihat saya, jgn percaya pada ramalan, tgk sendiri kerja kosong di jobstreet dan sebagainya..

    Namun, jgn putus asa.. walaupun belajar dlm bidang computer sains adalah satu kerugian.. yg untung adalah lecturer dan university.. sbb dorang dapat gaji.. walaupun student tak dpt kerja..

    Teruskan berusaha, be hardworking, usaha keras dalam bidang ini. Orang yang rajin berusaha amik bidang apa sekalipun akan berjaya.

    • Nik Thoha says:

      Saya akui memang bidang sains komputer ini persaingan semakin tinggi..Namun jangan jadikan itu sebagai sebab untuk tidak memilih kos ini..

      Pendapat awak belajar sendiri guna internet itu bagus tapi bukan semua orang mampu mempunyai talian internet untuk belajar secara online melalui google, you tube ataupun facebook..

      Peluang memasuki universiti tidak boleh dipandang remeh. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu walau apa saja bidang ilmu yang kita belajar pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain di masa hadapan.

      Apa yang penting berusaha dahulu menuntut ilmu jika diberi peluang. Rezeki pasti akan datang kemudian. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan belajar dan juga mendapat rezeki yang halal dimasa hadapan.

  20. fariza says:

    makaseh.
    antara rujukan ni tuk buat pilihan sama ada diploma sains komputer atau sains fizikal matrikulasi.
    ada suggestions?

    • Nik Thoha says:

      salam. jika anda benar2 berminat dengan sains komputer mungkin lebih elok ambik diploma sains komputer..but jika ambik sains fizikal pun ok sebab lebih banyak pilihan apabila ingin memasuki universiti nanti..ni hanya pendapat saya..

  21. miss hajar says:

    emm sy bkal mlnjutkn pljrn dlm kos sains kmputer nie…
    ad owg ckp kos nie xmnjmin mse dpn…
    susa nk dpt keje ble da abz nt…
    skg sy jd trtkan ble dga ckp owg..
    sy agk brminat tp mslahny skg sy tkot tidak mndpt twrn keje mmndgkn rmai graduate dari kos nie msih mengangur tnpa sbrg pkrjaan….

  22. laili says:

    salam. nak tanya sikit laa.
    sekarang mcm dok pening2 lagi dalam usaha nak pilih kos utk degree.
    mase kat matrik dulu ade org utm penah dtg promot kos SC ni.
    minat mungkin ade sikit tp xtau laa dpt ke x kos ni nnt.
    juz nk tny kalau dari zero laa pasal bende ni agak2 bole survive x ?
    sbb programming tu mcm susah je ?
    plus dulu penah belaja pasal animasi tapi mcm susah nak tngkap. tu yg mcm agak dlm dilema nak pilih kos neh.. >.<

  23. syifa :) says:

    salam.nice info !!! tp stil ragu2 dgn kos ni.mgkin disebabkan termakan kata2 org yg sc o it dh blambak penganggur.tp bla pkir blek rzki dri Allah.cmne ea?sy buntu nk trima kos sofware engineering atw buat rayuan untuk kos lain.sbb ad yg perlekeh tntg kos yg sy dpt sbb kta mreka result matrik sy lyak untuk mohon kos yg lain yg lg hbat.ntahlah.mohon encik blog bri pndpt ye.sy mnat dgn kos ni cuma risau akn kesusahn dn peluang pkrjaan nti.kos ni mmg susah tp suma bnda susah actually klo hati kta mgatakan ia susah.bdw encik blog blajar mne?mgkin ap2 tntg kos ini sy bleh rjuk encik blog…

Leave a Reply


CommentLuv badge