Jul
20
2010

Tiga Perkara Yang Mesti Dijauhi

Assalamualaikum. Diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai tiga perkara yang mesti kita jauhi dalam kehidupan kita seharian. Semoga ianya tidak berada dalam diri kita.

Dalam hidup ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai seorang hamba yang taat kepada tuhannya ujian yang diterima hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Ini kerana setiap orang akan diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”


Bersungut kerana kesusahan hidup

Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Bersedih kerana perkara-perkara dunia

Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Merendahkan diri kepada orang kaya

Pada zaman sekarang ni orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya. Kalau golongan miskin pulak akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang ni. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya ni. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.

Peringatan yang serba ringkas dari saya ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Responses to “Tiga Perkara Yang Mesti Dijauhi”

  1. AyieBlog says:

    Salam,betul 2 saudara thoha :) ,terima kasih nasihat itu,al-fatihah buat arwah ibunda :) .
    AyieBlog recently posted..Golongan Yang Gagal Dalam Kehidupan

  2. zik says:

    perkongsia nyang menarik nih bro.. tak perlu untuk kita nak perhambakan diri dengan orang kaya yang budget bagus je diaorang nie (tak semua la).. hormat diantara satu sama lain.. pun memadai..
    zik recently posted..Google PR zikrihusainicom kembali ke 2!

  3. Cik Nass says:

    alhamdulillah. terima kasih di atas perkongsian ini saudara Thoha.

    Rasulullah SAW telah bersabda:

    “Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

    Sesungguhnya hidup kita berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah wa Hadis, sudah cukup memenuhi apa yang kita perlukan di dalam hidup ini. Pengajaran yang saya dapat dari sini ialah, jangan bersungut dengan kesusahan hidup,jangan bersedih kerana perkara duniawi dan jangan merendahkan diri di depan orang kaya kerana kekayaannya, patutnya merendahkan diri di hadapan orang yg bertaqwa kerana ketaqwaannya kepada ALLAH!

    Syukran ya Thoha, semoga anda dirahmati ALLAH! Amin.
    Cik Nass recently posted..Solat Dhuha- Pembuka Pintu Rezeki

    • Thoha Sukses says:

      sama2 juga cik nass..terima kasih kembali diucapkan..saya setuju juga dengan pendapat kita patut merendahkan diri kepada orang yang bertakwa kerana ketakwaannya kepada Allah..

  4. kulanz says:

    terima kasih perkongsian ni..
    Merungut sebab kesusahan hidup mmg tak patut.. baik ambik masa perbaiki mana2 kelemahan daripada asyik meratapi kesusahan..
    kulanz recently posted..Google Page Rank Julai Dah Update

  5. ain fathihah says:

    terima kasih atas perkongsian..memberi manfaat pada saya yg tengah jiwa kacau ni.
    ain fathihah recently posted..makan tanggung- berak cangkung

  6. suri says:

    Suri ada gak menangis..hu..

    kekandg melalui mgsi barulah ok.rasa separuh dri mslh tu dah kurang skit..

  7. ishak says:

    thanks…for info bro..merendah diri pada orang kaya..memang tak patut lansung dan harus dielak

  8. Bangauputih says:

    terima kasih nasihatnya, sangat manfaat.
    salam kenal :-)
    Bangauputih recently posted..Sebening Cinta Vianita

  9. botak says:

    oh..merendah diri kpd org kaya pun x boleh ke?
    baru tau ni..
    bahaya betul..
    mesti mau elak ni
    botak recently posted..1st day-pening-2nd day-lets figure out!

  10. suri says:

    mgu rasa cam tak best jer sdh gak sb tak dpt masuk blog pkar how to..

    tak mgis tapi sdh le pulak ngheee..

    slmat masuk ke sem baru :)

  11. Ummi Hanie says:

    salam ,

    terima kasih utk pesanan2 ini …
    Ummi Hanie recently posted..Akhirnya tuahku mengena !

Leave a Reply


CommentLuv badge