Posted on 58 Comments

Kuasa Fan Page Facebook

Salam sejahtera.

Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.

Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.

Saya pun ada juga membuat fan page facebook untuk untuk blog saya ni. Saya masih baru lagi buat fan page ni kerana saya pun baru tahu fan page facebook ni terlalu banyak kelebihannya. Ini kerana sebelum ini saya hanya menggunakan group facebook sahaja. Sekarang saya telah beralih ke fan page facebook pula. Jika anda berminat anda juga boleh sertai fan page facebook saya. 😀

Fan page facebook vs Group facebook

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan kedua-dua fan page facebook dan juga group facebook.

Apabila setiap kali anda update status di wall fan page facebook ianya akan keluar pada home setiap ahli fan page  facebook anda. Sama juga seperti update status pada profile facebook anda akan keluar pada home rakan-rakan facebook anda. Ianya berlaku secara viral. Kalau group facebook pula setiap kali anda update status di wall group facebook ia hanya kekal di wall group facebook itu sahaja. Bila ahli masuk ke wall group facebook itu baru dapat baca apa yang anda tulis di wall group tersebut. Itulah sedikit kekurangan group  facebook berbanding fan page facebook.

Fan page facebook juga mempunyai beberapa application yang anda dapat digunakan untuk meletakkan banner dan sebagainya. Ia tidak terdapat pada group facebook. Ini menjadikan fan page facebook lebih menarik berbanding group facebook. Kalau nak jadikan fan page facebook seperti ministe (laman web mini) pun boleh tapi kena mahir juga la nak buat minisite ni.

Sekiranya anda mahu membina fan page facebook, anda boleh buat melalui link dibawah ni. Kejap je dah siap buat fan page facebook anda sendiri.

http://www.facebook.com/pages/create.php

Sebagai kesimpulan, fan page facebook merupakan satu ruang yang patut dimanfaatkan sepenuhnya jika anda seorang blogger, usahawan, professional dan ramai lagi. Jika anda rasa anda perlu guna sekarang anda boleh gunakannya, kalau rasa tidak perlu guna mungkin belum sampai masanya lagi.

Kuasa fan page facebook ini mampu memberikan manfaat kepada anda dan juga orang lain jika anda pandai memanfaatkannya sebaik mungkin. Jangan pula ia disalah gunakan untuk kepentingan diri kita demi mengaut keuntungan semata-mata. Benda yang sangat berguna ni hendaklah digunakan dengan sebaik yang mungkin baru anda juga akan mendapat hasil yang baik nanti.

JOM SHARE

58 thoughts on “Kuasa Fan Page Facebook

  1. bagus info nie..lps nie aku nak buat jugak Fan Page nie..mudah2 ramai yg dtg blog aku..

    1. mesti ramai yang akan datang ke blog bro nanti..

  2. amat bersetuju, sudah beberapa bulan berturut2 cpanel saya mencatatkan facebook sebagai referring site paling tinggi ke domain saya:D

    1. Wa,taniah bro etomyam :).

      1. bro etomyam memang hebat..

    2. tu dia..facebook memang sangat membantu untuk mendapatkan pelawat yang tinggi kalau kena pada caranya..

  3. Salam,pernah buat fan page last2 pikir tak payahlah blogging pun just suka dan suki :).

    1. tak apa kalau macam tu..kalau rasa perlu boleh guna kalau rasa tak perlu tak apa.. 🙂

  4. unlimited la yea..nice info..

    1. setakat yang saya tahu macam tu la..

  5. Dah like facebook fanpage tu.hehe. mmg best ade,tp nanti dulu la biar blog ak dikenali bru la buat,hehe.

    1. terima kasih sebab like..hehe
      tak apa boleh wat slow2..bila bro dah terkenal nanti jangan lupakan saya.. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *