Kuasa Fan Page Facebook
Salam sejahtera.
Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.
Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.
Saya pun ada juga membuat fan page facebook untuk untuk blog saya ni. Saya masih baru lagi buat fan page ni kerana saya pun baru tahu fan page facebook ni terlalu banyak kelebihannya. Ini kerana sebelum ini saya hanya menggunakan group facebook sahaja. Sekarang saya telah beralih ke fan page facebook pula. Jika anda berminat anda juga boleh sertai fan page facebook saya. 😀
Fan page facebook vs Group facebook
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan kedua-dua fan page facebook dan juga group facebook.
Apabila setiap kali anda update status di wall fan page facebook ianya akan keluar pada home setiap ahli fan page facebook anda. Sama juga seperti update status pada profile facebook anda akan keluar pada home rakan-rakan facebook anda. Ianya berlaku secara viral. Kalau group facebook pula setiap kali anda update status di wall group facebook ia hanya kekal di wall group facebook itu sahaja. Bila ahli masuk ke wall group facebook itu baru dapat baca apa yang anda tulis di wall group tersebut. Itulah sedikit kekurangan group facebook berbanding fan page facebook.
Fan page facebook juga mempunyai beberapa application yang anda dapat digunakan untuk meletakkan banner dan sebagainya. Ia tidak terdapat pada group facebook. Ini menjadikan fan page facebook lebih menarik berbanding group facebook. Kalau nak jadikan fan page facebook seperti ministe (laman web mini) pun boleh tapi kena mahir juga la nak buat minisite ni.
Sekiranya anda mahu membina fan page facebook, anda boleh buat melalui link dibawah ni. Kejap je dah siap buat fan page facebook anda sendiri.
http://www.facebook.com/pages/create.php
Sebagai kesimpulan, fan page facebook merupakan satu ruang yang patut dimanfaatkan sepenuhnya jika anda seorang blogger, usahawan, professional dan ramai lagi. Jika anda rasa anda perlu guna sekarang anda boleh gunakannya, kalau rasa tidak perlu guna mungkin belum sampai masanya lagi.
Kuasa fan page facebook ini mampu memberikan manfaat kepada anda dan juga orang lain jika anda pandai memanfaatkannya sebaik mungkin. Jangan pula ia disalah gunakan untuk kepentingan diri kita demi mengaut keuntungan semata-mata. Benda yang sangat berguna ni hendaklah digunakan dengan sebaik yang mungkin baru anda juga akan mendapat hasil yang baik nanti.


Suka dengan artikel anda. Saya pun dapat ramai fan melalui facebook.
Boleh tak kalau kita tukar link.
terima kasih..
facebook memang boleh dapat ramai fan..
boleh je nak tukar link 🙂
salam tuan rumah,
nak tanya, if nak buat fan page facebook ni, create menggunakan akaun facebook yg sedia ada ke? maksudnya, saya ada akaun facebook utk member2 ofic je, then bila da ade blog ni, kira nak buat fan page pula utk blog saya..
jadi, nak buat fan page tu, nak kena pakai akaun fb yg sama juga ke?
salam.
ye betul tu..kalau nak buat fan page facebook anda boleh guna akaun profile facebook yang sedia ada je tak perlu nk kena buka akaun facebook lain.
salam..
thoha.
jom r join netlog..
lagi masyuk..
all around the world..
yet u can manage ur blog much better maybe ??
check ur mail ya! ^^
salam. terima kasih sebab bagi cadangan tu..nanti kena tengok dulu camne kalau best ok gak..hehe
aku dah lama tahu facebook ni jauh lebih berguna daripada setakat komen kat org lain punya status je..cuma aku belum dapat explore je ape lg kegunaannya..sampailah aku baca entri ni..thanks bro!
sama2 juga bro..memang banyak juga yang boleh kita explore lagi kat facebook ni..ada banyak manfaatnya kepada diri kita juga yang menggunakan facebook ni..terima kasih bro 🙂