Aug
14
2010

Penurunan Berat Badan Melalui Puasa

Salam sejahtera. Bagaimana keadaan kesihatan anda semasa bulan puasa ni? Diharapkan kesihatan anda baik-baik semuanya di bulan puasa ni. Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan mereka. Ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, maka kadar permakanan mereka akan sedikit terkawal tidak seperti pada hari-hari kebiasaannya.

Jika pada hari-hari kebiasaan anda suka makan sampai 3 hingga 4 kali sehari tapi pada bulan puasa anda hanya akan makan 2 kali sehari sahaja iaitu semasa bersahur dan juga berbuka. Ini bermakna cara permakanan anda adalah terkawal untuk bersahur dan berbuka sahaja. Kalau pada bukan bulan puasa anda mungkin makan bila-bila masa saja yang anda suka.

Aug
13
2010

Lima Perkara Yang Dicintai Manusia

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari umat islam telah menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat puasa. Ibadat puasa dapat mendidik diri manusia untuk menjadi orang yang lebih bertakwa kepada Allah. Pada siang harinya mereka berpuasa dan pada malam harinya mereka menunaikan ibadat solat sunat terawih. Bulan puasa juga mendidik manusia untuk lebih mengingati Allah dan meninggalkan kepada perkara-perkara yang mereka suka lakukan.

Aug
10
2010

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam pada tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya rasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang wajib untuk kita berpuasa. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Aug
09
2010

Puasa Mendidik Nafsu Yang Degil

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan mendidik kembali nafsu manusia yang sering bermaharajalela dalam diri manusia sepanjang tahun. Puasa akan mendidik kembali nafsu manusia kerana nafsu sangat degil dan susah untuk tunduk kepada perintah Allah sejak ia mula-mula diciptakan lagi. Sebagai orang yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang diperintahkan untuk berpuasa dan mendidik nafsu supaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Aug
08
2010

Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia

Salam sejahtera. :)

Pada hujung minggu ini saya telah meluangkan masa untuk membaca satu ebook menarik bertajuk Mentor Jutawan. Memang seronok baca ebook ini kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi darinya. Disamping ia telah menaikkan semangat saya untuk terus menjadi orang yang berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Cita-cita untuk berjaya seperti 8 orang jutawan Malaysia ini sememangnya semakin kuat dalam diri saya selepas membaca ebook Mentor Jutawan ini. Malah saya juga telah menjadikan mereka sebagai mentor untuk saya lebih berjaya dalam hidup ini.