Assalamualaikum sahabat semua,
Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Lidah kita juga hendaklah selalu menyebut nama Allah setiap masa. Janganlah lidah itu digunakan untuk menghina, mencaci atau memfitnah orang lain. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak boleh digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Jangan hanya bercakap perkara-perkara yang tidak membawa sebarang hasil. Sebaliknya hendaklah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Antara Hikmah Diam Adalah:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah S.A.W mengenai kelebihan apabila diam yang maksudnya:
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. ( RW AT-TARMIZI )
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Untuk renungan bersama…

aku sememangnya seorang yang pendiam
tak suka dengar org dok cerita keburukan org lain
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.
bagus tu bro..tak baik dok dengar orang mengumpat..hehe
diam2 ubi berisi…
.-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.
diam2 berisi..bahaya tu zik..hehe
diam2 berisi ni yang kita nak..hehe
jangan jadi diam2 penggali berkarat..hehe
hurm kalu suri penat suri sllu diamkan diri jer..huhu
diam lebih biik dari banayk kata2 sebab kalu bayk cakap pun tak guna gak sebab ia tak mendatagkan hasil apa2 pun..
suri paling kureng suka masuk bilik meeting sb sllu benor bercakap dna bercakap..huhu bosan sungguh..
memang penat pun kalau banyak cakap ni..hehe
saya pun suka diam je dari banyak cakap..
aku suka kata2 azimat tu..mmg btl
aku pun suka gak..dalam maksudnya..
assalamualaikum.
Madah Dari Hukama’:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM ITU LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
cantik sekali madah ini.
sememangnya elok diam daripada bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Terima kasih Thoha.
.-= RasaHatiku´s last blog ..Guru Pembina Negara Bangsa =-.
salam..sama2..
betul2 lebih baik diam dari bercakap perkara2 yang tidak mendatangkan faedah..
betuiii…
lebey baik berdiam diri drpd mengatakan sesuatu yg x baik or kita sendiri x sure sama ada mende tu baik atau tidak…
diam tak semestinya salah, bersuara tak semestinya benar~~~
~salam ziarah
.-= teratai biru´s last blog ..…golden week gathering [gwg'10]… ~ after =-.
betuii tu teratai biru..hehee
terima kasih sudi ziarah..
baik diam dari berkata2 lagi2 hal yang buruk.
em skrg ni dah jadi trend org akan cari kesalahan orang yang beri nasihat…
.-= Mr.Z´s last blog ..Haram Tetap Haram. Lesen Judi Bola Sepak Telah Diluluskan?! =-.
teruk la trend orang sekarang yang suka cari kesalahan orang lain ni kan..huhu
saya selalu ingatkan diri untuk berdiam diri. tetapi sekejap je. pastu terlupa balik.
.-= zahida´s last blog ..Selamat Hari Guru seMalaysia =-.
bagusnya kalau selalu ingatkan diri untuk berdiam diri ni..
Saya suka entry ni…sungguh bermakna terutama madah dari Hukama’…;)
memang sungguh bermakna..hehe
terima kasih..
diam2 ade ilmu.jgn diam
x de ilmu……
Ali ridha recently posted..Admercu bagi aku RM1 boleh tak
betul tu..jangan diam2 kosong..hehe