Posted on 2 Comments

Kelebihan Al Quran Digital Read Pen

 

Assalamualaikum.

Dunia sains dan teknologi hari ini semakin berkembang dengan tercipta pelbagai jenis alat teknologi yang baru. Teknologi hari ini telah dapat membantu dan memudahkan kehidupan manusia. Pada zaman teknologi hari ini, kitab Al Quran juga telah dicipta dalam versi digital yang dapat membantu umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Walaupun kitab Al Quran ini dalam versi digital tetapi segala pengisian dan kandungan dalam kitab Al Quran masih sama dengan kitab-kitab Al Quran yang biasa kita gunakan seharian.

Cuma di zaman teknologi pada hari ini, para saintis dan perekacipta yang beragama islam telah mencipta satu teknologi yang canggih yang dapat membantu memudahkan umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Al Quran digital ini telah diberi nama Al Quran Digital Read Pen. Al Quran Read Pen adalah pen elektronik yang jika ia disentuh di mana-mana ayat atau surah dalam Al Quran yang disediakan, maka pen itu akan membacanya.

Al Quran versi digital ini adalah kitab Al Quran yang lengkap dengan 30 juzuk. Kita boleh mengubah dan mendengar bacaan qari yang menjadi pilihan. Terdapat beberapa qari yang terkenal boleh dipilih antaranya Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.

Ia juga dapat membaca terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris yang membantu kita untuk lebih memahami setiap maksud ayat Al Quran yang dibaca. Selain itu terdapat juga butang mp3 untuk memainkan irama-irama nasyid. Terdapat juga butang untuk memperlahankan atau menguatkan suara. Antara accessories  lain yang disertakan sekali ini adalah earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain, cable usb dan juga user manual yang dapat membantu pengguna.

Antara kelebihan lain Al Quran digital ini adalah ia mudah untuk digunakan dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Ianya sesuai untuk semua golongan sama ada golongan kanak-kanak atau golongan dewasa. Ianya juga sangat sesuai bagi ibu bapa yang ingin mengajar anak mereka membaca Al Quran. Ia telah membantu kita menyempurnakan ibadah membaca Al Quran. Selain itu, ia juga dapat menambah keyakinan diri kita apabila membaca Al Quran dan membantu melancarkan bacaan Al Quran.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Pada zaman sekarang, jika kita tidak pandai atau kurang memahami bacaan setiap kali membaca Al-Quran, ia bukan lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajari Al Quran setiap hari. Ini kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh qari-qari yang terpilih melalui Al Quran Digital Read Pen ini. Kita juga dapat memahami setiap maksud bacaan dan tafsiran ayat-ayat Al Quran dengan lebih mudah. Anda boleh memiliki Al Quran Read Pen pada hari ini juga.

Klik di sini untuk ke laman web utama Al Quran Digital Read Pen.

JOM SHARE

2 thoughts on “Kelebihan Al Quran Digital Read Pen

  1. Baguslah pen ni. Teruja 🙂
    Tpi mesti mahal kan

    1. Memang teruja juga bila tengok pen ni bro. Semakin canggih teknologi hari ni. Saya rasa harganya boleh tahan dengan teknologi yang digunakan tu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *