Jun
26
2010

Melahirkan Keikhlasan Dalam Diri

Assalamualaikum :)

Dalam setiap perkara baik yang kita lakukan adalah perlu mempunyai niat yang ikhlas dalam diri kita. Namun begitu, saya rasa mungkin susah jugak kan nak lahirkan keikhlasan dalam diri ni tapi ianya boleh dilakukan. Kadang-kadang kita mudah merasa riak apabila melakukan kebaikan terutamanya apabila berada bersama dengan orang lain. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk melahirkan keikhlasan dalam diri ni.

Mulakan niat anda dengan niat yang baik. Dalam setiap perkara kebaikan yang anda lakukan mestilah kena ada niat dulu kan. Kalau tak ada niat buat apa anda nak buat. Dan niat anda nak buat sesuatu kebaikan perlulah mempunyai niat yang baik. Contohnya anda nak tolong kawan anda yang ada masalah. Niat anda sebab nak tolong atas dasar kawan bukannya mengharapkan balasan darinya di masa hadapan. Itulah niat yang baik

Jauhi dalam setiap kebaikan yang anda lakukan mengharapkan balasan keduniaan semata-mata. Ada juga orang yang melakukan sesuatu kebaikan kerana mengharapkan wang ringgit semata-mata. Nak minta tolong buat kerja sikit nak kena bagi upah baru buat. Kalau tidak ada upah maka kerja pun tak jalan. Niat yang seperti ini memang perlu di jauhkan. Jangan mengharapkan balasan di dunia semata-mata untuk melakukan kebaikan tapi perlu mengharapkan balasan akhirat juga.

Berbuat kebaikan jangan disebabkan oleh orang lain. Dalam setiap perkara baik yang kita buat jangan ada rasa ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Contohnya anda belajar sebab nak tunjuk kat orang lain yang anda ni rajin. Mula-mula memang kita akan betul-betul rajin tapi bila orang dah tak berapa nak layan maka lama-lama rasa rajin akan hilang. Ini kerana melakukan perkara kebaikan disebabkan oleh orang lain.

Jangan takut dihina oleh orang lain jika melakukan perkara yang baik. Ada juga manusia yang dengkikan orang lain yang melakukan kebaikan ni. Jangan pedulikan apa yang orang lain kata pada anda yang penting anda tidak melakukan perkara yang tidak salah. Sebaliknya anda perlu takut jika orang menghina anda jika anda melakukan kejahatan. Biasa la kan manusia tidak akan berpuas hati selagi kita tidak buat apa yang mereka suka.

Jangan berbuat baik kerana ingin dikenali dan mendapat nama semata-mata. Jauhilah dari sifat ingin memberitahu semua orang yang kita ini suka melakukan kebaikan. Ada orang yang jenis suka melakukan kerana ingin mendapat nama. Contohnya memberikan derma kemudian ditunjuk kepada orang ramai yang dia telah memberikan derma tersebut. Sifat menunjuk-nunjuk membuatkan seseorang itu dikenali kerana kebaikan yang telah dilakukan. Namun sifat ikhlas dalam memberikan derma tersebut tiada maka tiadalah juga pahala yang akan dapat.

Melakukan kebaikan biarlah secara senyap je. Apabila anda melakukan kebaikan lakukanlah ia secara senyap. Tidak perlu menghebohkan kepada orang lain tentang kebaikan yang telah dilakukan itu. Ataupun sengaja lakukan kebaikan di hadapan orang lain sahaja tapi jika belakang orang agak payah nak buat baik ni. Walaupun senyap tapi kita tetap mendapat pahala diatas kebaikan yang telah dilakukan. Biarlah orang lain tidak tahu tapi Allah maha mengetahui.

Disamping melakukan kebaikan itu secara senyap, sembunyikanlah kebaikan yang kita lakukan seperti mana kita menyembunyikan kejahatan. Sudah tentu kita merasa malu jika orang lain tahu tentang keburukan dalam diri kita. Samalah juga tidak perlu orang lain untuk tahu setiap kebaikan yang kita lakukan. Dengan ini setiap kebaikan yang anda lakukan akan membawa kepada keikhlasan.

Secara kesimpulan, setiap perkara kebaikan yang kita lakukan hendaklah disertai dengan rasa ikhlas barulah kita akan rasa senang melakukannya. Rasa ikhlas ini boleh dilahirkan secara perlahan-lahan dalam diri seseorang itu. Tanpa rasa keikhlasan dalam seolah-oleh hanya sia-sia sahaja kebaikan yang kita lakukan.  Sifat ikhlas ini juga sentiasa dituntut dalam agama. Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tapi yang penting hati kita kena ikhlas kepada Allah setiap masa. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

P/s: Lakukan kerja dengan ikhlas barulah kita akan gembira…




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Responses to “Melahirkan Keikhlasan Dalam Diri”

  1. suri says:

    Salam..
    bantuan yang ikhlas pati akan medapat pahala yang tiada taranya dari Dia.

    Thnks kwn ilmu yg sangat bagus ni..terasa cam baru lps habis kelas moral jer..heee

  2. puteri says:

    ikhlas..
    kdg2 wat baik, tp kna byk bristgfar,
    tkot setan hasut “ak plg baik”
    tmbul riak, tkbur

    mohon dijauhkan bersama. ameen

  3. Nadri says:

    penting kena ada keikhlasan dalam melakukan kerja seharian kita untuk mendapatkan rezeki yg halal lg diberkati..jgn terlalu berkira masa bekerja…
    Nadri recently posted..SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan Johor

  4. etomyam says:

    amat bersetuju dengan ulasan ni…setiap benda yg ikhlas hasilnya sungguh manis :D
    etomyam recently posted..Musim Semua Naik

  5. Kujie says:

    bila ikhlas, apa yg kita buat rasa seronok…rasa mcm air mengalir sejuk dan hidup rasa lapang
    Kujie recently posted..Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang

  6. suri says:

    salam..
    Lakukanlah yang ikhlas pasti ia akan di berkati olehnya. Dan bukannya membantu org sekadar nak dapatkan nama semata2 atau wang..sebaliknya

  7. zik says:

    kalau buat ikhlas, insyallah kerja jadi mudah dan berkat…
    zik recently posted..Imam muda minggu ke3

  8. AyieBlog says:

    Salam,betul 2 bro thoha,keikhlasan yang lahir dari sesuatu pekerjaan ataupun perkongsi,contoh dalam pekerjaan kita ikhlas melakukan kerana allah kita akan dapat pahala dan kita akan dapat imbuhan ( gaji ),dengan kerja yang kita lakukan,ikhlas kerananya iaitu Allah Swt.

  9. Nina' says:

    huhuhuhu…
    kadangkala…
    kalau kita ikhlas.. org lain pun pandai ambik kesempatan kan..
    niat ikhlas menolong tapi disalahtafsirkan…. huhuhu
    Nina’ recently posted..Streotaip

  10. Anak Akhirat says:

    Assalamu’alaikum..

    Innamal a’malu binniat.

    Walaupun ikhlas ni hanya diketahui oleh ALLAh, sbb ia merupakan rahsia ALLAh, malaikat pun tak tahu.

    Tapi, ada juga digariskan cara-cara untuk mengikhlaskan hati dan merendahkan diri.

    Thank’s bro for this entry.
    Anak Akhirat recently posted..Pada Mereka Ada Semangat dan Kekuatan

  11. Nizam says:

    terima kasih atas tunjuk ajar.kini saya sudah tahu.semoga anda akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T

Leave a Reply


CommentLuv badge