Jan
06
2010

Setiap Pekerjaan Adalah Satu Ibadah

Assalamualaikum.

Setiap pekerjaan yang anda lakukan sebenarnya boleh menjadi satu ibadah. Untuk menjadikannya sebagai satu ibadah ianya mesti memenuhi lima syarat utama. Apabila setiap pekerjaan anda, yang anda lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri anda kepada Allah swt. Antara syarat-syarat itu ialah:

1. Niat perlu betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal mengikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Untuk lebih difahami saya akan membuat satu huraian atau ibarat bagaimana sesuatu kerja itu boleh jadi ibadah. Kalau anda faham huraian ini maka banyak kerja lain boleh dikiaskan supaya ianya menjadi ibadah. Untuk huraian ini saya memilih bidang perniagaan kerana ianya sesuai dengan selera masyarakat kita yang sedang sibuk berjuang untuk meninggikan taraf hidup dan ekonomi melalui bidang ini.

Perniagaan itu luas itu luas sebenarnya. Saya ingin sentuh mengenai perniagaan internet. Bagaimana perniagaan internet itu boleh jadi ibadah:

1. Niat berniaga mesti betul. Apabila anda ingin memulakan sesuatu perniagaan internet itu maka perbetulkan dulu niat anda supaya tidak terpesong dari niat yang sebenar. “saya berniaga ini kerana Allah dan ingin mencari rezeki yang halal. Dalam pada itu saya ingin sama-sama menolong orang lain melalui perniagaan saya ini.” Itulah niat yang betul. Apabila niat tidak betul, “saya berniaga ni supaya nak untung banyak, bila untung saya nak lagi,” Mana boleh niat nak sombong begitu. Itu niat yang tidak betul namanya.

2. Perkara yang diniagakan hendaklah sah atau halal menurut syariat Islam seperti menjual ebook, software, mereka laman web dan sebagainya. Perniagaan ini boleh menjadi haram apabila mengandungi unsur-unsur judi, penipuan, dan paksaan dalam proses urusniaga itu.

3. Perlaksanaan atau pengendalian perniagaan anda hendaklah dijalankan mengikut syariat Islam. Anda tidak boleh meletakkan harga yang agak keterlaluan untuk sesuatu produk anda dan ia hendaklah mengikut kualiti produk itu. Juga tidak mengandungi unsur-unsur riba dalam urusniaga anda itu. Jika mengandungi riba dalam perniagaan anda itu maka perniagaan anda itu boleh menjadi haram.

4. Natijah perniagaan anda mestilah betul. Hasil keuntungan perniagaan anda mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Bila anda mendapat untung, bila cukup haul maka anda perlu keluarkan zakat. Anda boleh bantu fakir miskin, derma ke masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat- tempat disko, kelab-kelab malam, ke konsert-konsert hiburan dan sebagainya.

5. Apabila anda berniaga jangan sampai tidak sembahyang pulak ye. Mentang-mentang hendak menegakkan fardhu kifayah, fardhu ain tak payah. Mana boleh fardhu ain tak payah, ia lebih

It live whisker cheap pharmacy my oily light to.

utama daripada fardhu kifayah. Ertinya fardhu ain lebih utama dari fardhu kifayah. Orang yang berniaga tapi tak sembahyang, tidak akan dapat pahala apa-apa pun. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tak sembahyang tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah. Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri ke pada Allah swt.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak manfaat kepada orang lain.”

Untuk menjadikan sesuatu pekerjaan anda itu satu ibadah maka ia perlu memenuhi lima syarat utama yang diterangkan. Jika anda dapat memenuhi kelima-lima syarat itu maka setiap perkara yang anda lakukan menjadi satu ibadah. Semoga apa saja pekerjaan yang anda lakukan akan mendapat keberkatan dari Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

2 Responses to “Setiap Pekerjaan Adalah Satu Ibadah”

  1. Aku setuju dgn menyatakan bahawa kerja itu adalah salah 1 ibadah.
    Ibadah bukan sahaja melakukan solat, membaca al-quran dan seumpamanya.
    Contohnya kerja jururawat juga adalah ibadah kerana menolong orang yang sakit.
    Lagipun Islam itukan Ad-Din, iaitu cara kehidupan yg sebenarnya.

Leave a Reply


CommentLuv badge