Posted on 14 Comments

Teknik Mudah Berhenti Merokok

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat sedikit review mengenai sebuah ebook motivasi kesihatan bertajuk “Teknik Mudah Berhenti Merokok Dalam Seminggu”. Didalam ebook ini anda akan diterangkan secara mudah dan ringkas mengenai rokok dan kesan merokok kepada anda, bagaimana anda boleh menangani keinginan anda untuk berhenti merokok serta beberapa teknik mudah yang anda boleh lakukan untuk berhenti dari merokok.

Ebook ini ditulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok. Ya! Bebas dari ketagih rokok. Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunseling bebas rokok dan beberapa buah organisasi lain.

Posted on Leave a comment

10 Perkara Perbuatan Yang Sia-sia

Assalamualaikum.

Banyak perkara perbuatan yang sia-sia yang dilakukan oleh umat islam pada hari ini. Saya menulis artikel ini supaya anda dapat baca dan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Disini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai sia-sia. Semoga saya dan sahabat semua akan dapat mengelakkan perbuatan-perbuatan ini. Antara perkara perbuatan-perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai sia-sia iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang rajin berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkan sekali doa untuk ibu bapanya sendiri dan juga kaum Muslimin. Mendoakan keampunan ibu bapa anda adalah wajib kerana jasa-jasa ibu bapa yang terlalu besar kepada kita sejak dari kecil. Doakanlah juga akan kesejahteraan kaum muslimin supaya kita semua akan diberkati oleh Allah.