Jul
06
2010

Tanda-tanda Riak Dalam Diri Seseorang

Salam sejahtera semua.

Ikhlas adalah satu sifat yang sangat mulia. Untuk melahirkan rasa ikhlas dalam diri seseorang perlu dihilangkan perasaan riak dalam diri terlebih dahulu. Lawan kepada sifat  ikhlas adalah riak. Riak ni adalah satu sifat sangat dibenci oleh semua orang. Ini kerana sifat riak ini juga adalah sifat yang suka bermuka-muka dengan orang lain. Ia biasanya berlaku apabila seseorang itu melakukan amal kebaikan.

Riak ni ada beberapa tanda-tanda yang perlu kita tahu. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga anda semua yang perlu kita kenali dan lihat dalam diri kita sama ada wujud atau tidak dalam diri kita. Kalau ada cepat-cepat buang dan kalau tidak ada tahniah saya ucapkan. Anda memang seorang yang ikhlas. Mari kita kenali beberapa tanda orang-orang yang riak ni.

Apabila seseorang itu berada bersendirian dia akan menjadi malas. Saya ambil contoh dalam proses belajar. Biasanya jika  dia duduk bersendirian sifat rajin yang ada dalam dirinya akan berkurangan untuk belajar. Masa duduk bersendirian ni semua benda jadi malas, mudah rasa mengantuk, rasa bosan, tidak minat belajar dan sebagainya. Kalau anda merasa malas  belajar apabila dok sorang-sorang ni cepat-cepat anda buang ya. Takut  jadi riak nanti bila ada orang lain anda akan berubah jadi rajin pulak.

Semasa berada di kalangan orang ramai akan membuatkan sifat seseorang itu berubah sama sekali. Ini kerana kerajinan seseorang apabila berada di hadapan orang akan menjadi luar biasa. Biasanya apabila belajar berkumpulan dia akan cuba menunjukkan kepandaian dirinya kepada orang lain. Dia dapat fokus dengan baik dan sangat rajin di hadapan orang ramai. Mungkin ada perasaan ingin menunjuk-nunjuk apabila berada dengan orang ramai. Sifat menunjuk-nunjuk inilah yang dikatakan riak.

Kerajinan orang mempunyai sifat riak ni juga akan semakin bertambah apabila dia puji oleh orang lain. Semakin orang puji akan semakin timbul perasaan bangga dalam dirinya. Dia akan semakin bersemangat dan semakin menunjukkan kerajinan kerana pujian orang terhadap dirinya membuat dirinya menjadi bangga diri. Ada juga jenis orang yang menunggu untuk dipuji kerajinannya. Tapi bukan semua orang la macam tu. Ada sesetengah orang je. Minta dijauhkan dari mempunyai sifat begitu.

Ini pula yang akan berlaku sebaliknya. Jika ada orang lain mengejeknya akan membuatkannya lemah semangat dan menjadi semakin malas. Ini berlaku kerana tidak tetap pendirian dan hanya mengikut apa yang orang kata. Sepatutnya kena fokus dan ikhlas dalam apa yang dibuat walau apa sekalipun yang orang kata kepada kita. Buat apa yang diri kita rasa baik dan bukannya mengikut apa yang orang kata. Mulut orang ni susah kita nak tutup. Tapi janganlah kita terikut-ikut dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut orang lain.

Antara tanda riak yang paling jelas dilihat adalah seseorang itu akan berasa senang hati jika ada orang yang sedang melihat kebaikan yang dilakukannya. Sekiranya orang tidak melihatnya, dia akan berasa tidak senang hati atau merasa gelisah selagi orang tidak tahu amal kebaikannya. Jika orang melihatnya maka akan menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan pergerakan yang sangat halus dalam hatinya. Kemudian dia akan berusaha untuk menampakkan perkara baik yang telah dilakukannya.

Dah nampak kan beberapa tanda riak yang saya cuba sampaikan? Kalau ada beberapa tanda-tanda ni dalam diri kita cepat-cepatlah kita buang. Saya harap ianya dapat dibuang dalam diri kita masing-masing. Perasaan riak ini akan menghapuskan pahala dalam setiap amalan kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita semua dijauhkan dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersifat riak ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

36 Responses to “Tanda-tanda Riak Dalam Diri Seseorang”

  1. etomyam says:

    perkongsian yang mantap, semoga diri kita masih mempunyai kekuatan iman untuk mengenalpasti sifat yang membawa kepada takbur dan sombong ni…
    etomyam recently posted..Vuvuzela- Simbol Afrika Selatan Made In China

  2. nazra says:

    hati tu kan cuma seketul daging. kalau elok, elok lah kita. yg penting, kita berusaha berubah sementara masih ada peluang :)

  3. Nine says:

    perlu di elakkan sifat riak & takbur ini sebelum menjadi barah n melekat di hati kita..

    “Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman:18)

    :)

    • Thoha Sukses says:

      terima kasih bro nine atas perkongsian ayat al Quran tersebut..kalau dah jadi barah dalam hati dalam hati susah la..semoga kita dijauhkan dari sifat buruk tersebut.. :)

  4. AyieBlog says:

    Salam,riak dapat dibuang kalau ianya melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana allah swt,insyallah :),ingatkan jika hari ini anda hebat jangan terlalu bangga kerana ada yang lagi hebat dari anda :),untuk diri ayieblog dan jugak rakan-rakan blogger dan umat islam seluruh dunia :).

    • Thoha Sukses says:

      salam..terima kasih ayie atas pendapat yang diberikan. betul riak hanya dapat dihilangkan jika kita ikhlas dalam setiap amalan yang kita lakukan..hidup kita bukan untuk berbangga tapi untuk tunduk kepada Allah yang maha esa.

  5. zik says:

    riak perlu dihindari… tapi kadang2 kita buat perkara nie ikhlas.. orang lain pandang ia adalah riak… susah gak macam tuh…. lain orang lain pemahaman.. apa yang penting bersangka baik, tapi berpada-pada..
    zik recently posted..Prestasi zikrihusainicom bulan june 2010

    • Thoha Sukses says:

      kita tak boleh nak ikut sangat apa yang orang kata sebenarnya..yang penting kita benar..betul tu zik..lain orang lain pemahaman kena bersangka baik selalu la..

  6. Queila says:

    salam..like this entry….

  7. kulanz says:

    Seboleh-bolehnya mmg nak elakkan diri daripada riak dan bangga secara melampau.. harap dapat nak elakkan.. terima kasih perkongsian ni
    kulanz recently posted..Isu WordPress Memory Usage

  8. ishak says:

    riak memang merbahaya kepada masa depan kalau boleh kita harus sentiasa menjauhi riak

  9. syahrilhafiz says:

    kejap2 pembetulan boleh tak..hehe..
    ok ada bro cakap “Apabila seseorang itu berada bersendirian dia akan menjadi malas.”..
    hurm sy rasa tak la..sebabnya duduk sendirian mungkin dia rasa lebih confident utk belajar kalau tak cakap,bersembang waktu guru/lec semasa mengajar…macam sy juga…walaupun talk less action more…

    p/s tapi tak de sampai duk tunggul macam tu, orang tanya jawab, tak tanya..kita tanya…kan3…
    syahrilhafiz recently posted..Catuan Elektrik…Kenapa

    • Thoha Sukses says:

      bro..maksud saya bukan semua orang akan jadi malas bila duduk bersendirian ni..apa yang saya cakap tu adalah tanda2 riak yang mungkin boleh muncul dalam diri seseorang tu..

      “bila dihadapan orang ramai dia jadi rajin tapi bila dok sorang2 dia akan jadi malas” tu la maksud saya tanda2 orang yang riak..

      biasala sesetengah orang suka belajar sorang2 itu memang betul..saya pun kadang2 suka belajar sorang2 gak..mintak jauhla dari perasaan riak ni..

  10. suri says:

    jadilah diri sndri lagi baik mgkur selesaan dn kemampuan diri.riak mmg stu pkra yang kurang baik sb dgn kesombogan yg dimiliki pasti tdk kemana2 jua.

    hdup dlm bersederhana dan mudah d senangi pasti khdupn kita akn lbh baik dan teratur.

    • Thoha Sukses says:

      betul saya setuju dengan pendapat suri tu..hidup biarlah sederhana jangan ada rasa bangga diri..baru hidup akan lebih bahagia dan diberkati oleh Allah..

  11. ain fathihah says:

    20tahun bernafas, jujurnya saya masih taktahu apa itu ikhlas
    ain fathihah recently posted..Hello- mau top up tulis nombor sini ya

  12. Ya Habibi says:

    Assalamu’alaikum.

    Terima kasih atas perkongsian ini.
    Itulah, riak ni selalunya terjadi tanpa kita sedari.

    =)

  13. rosyzatie says:

    entri yg bermanfaat.. rupanya riak ni bkn skadar menunjuk2 kelebihan diri yg blh dilihat dgn mata kasar..tp dlm diam blh jd riak dlm hati bile rasa senang org nampak kebaikan yg dibuat.. halus tanpa dri sndri sedari. mksh share info yg sgt berguna..hrp blh m’betulkan diri..
    rosyzatie recently posted..Memulai hidup baru

  14. famiSBG says:

    satu perkongsian yang bijak…kita tidak akan ke mana kalau trus bersikap riak ni..
    trimas bro..
    famiSBG recently posted..Besar punya

  15. betul skali entri ni..kadang2 kita tak perasan yg kita riak.
    sebab tu kena selalu muhasabah diri tu..jgn terlalu rasa diri tu superior berbnding org lain.

    sedikit rasa megah2 dengan diri pon dah kategori riak. seterusnya akan jadi bongkak. sampai la satu tahap, akan jadi sombong. oleh tu singkirkan yg paling asas. jgn rasa nak megah2 ataupn tunjuk2 kelebihan yg kita ada..

    smoga entri ni dpt beri peringatan pada sy dan orang lain.
    thanks sbb share..:)
    NiZaM Limited recently posted..Ini Adalah Traffic Aku- Cara Blogwalking Aku-

  16. Eyl says:

    Astaghfirullah, banyak dosa kita sebnenarnye.suma xnkmpk je. manusia ni mmg ade sifat riak kalau xcuba halang. kalau tetiba datang riak,istighfar moga Allah ampun dosa.
    Eyl recently posted..Response cached until Wed 7 @ 5:05 GMT (Refreshes in 33 Minutes)

  17. redfar says:

    janganlah kita berasa riak kerana ianya merugikan diri kita sendiri..
    redfar recently posted..Kehancuran Program Reseller

  18. linda says:

    Assalamualaikum…

    Terima kasih sbb sudi berkongsi pendapat..

    Memang ramai yg kata iman n agama penting dalam usaha mengawal sikap2 riak tersebut… tapi sekarang ada juga insan yang menggunakan iman & ilmu agamanya untuk membanggakan diri n riak… Lupa pada niat sebenar – berniat kerana Allah.. sehingga menghukum & memburuk2kan insan2 lain sedangkan hanya Allah s.w.t yang berhad melakukannya.. Moga2 kita tidak terjerumus dalam kategori ini…Amin

    wallahualam…

  19. budak hilang punca says:

    setiap kali sy dengar pasal riak, cara nak atasinya kita mesti ikhlas,ikhlas,ikhlas…tapi macamana cara nak ikhlas??
    saya tak faham….tolong saya
    alangkah bagusnya kalau perasaan tu datang dalam diri saya sampai ke mati

Leave a Reply


CommentLuv badge