l

Author Archive

Nak Bisnes? Cuba Strategi Bisnes Gaya Semut Ni

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pemilihan lokasi perniagaan yang strategik merupakan faktor penting yang bakal menentukan kejayaan perniagaan retail anda. Oleh itu, pemilihan lokasi perniagaan perlu dititikberatkan.

Anda mungkin berkata,” Tetapi perniagaan Warung Kak Lang tetap maju walaupun lokasinya nampak kurang sesuai!” Memang benar, tetapi ia mengambil masa sehingga belasan tahun untuk dipopularkan dari mulut ke mulut!

Alangkah baiknya jika perniagaan anda terus laris serta merta selepas dibuka! Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan lokasi perniagaan? Ikutilah strategi pemilihan lokasi bisnes gaya semut ini

1. Jenis Semut:
Ia diumpamakan sebagai sarasan pasaran anda. Saya kaitkan jenis semut dengan jenis tempat tinggalnya (sarang semut) untuk memudahkan anda memilih lokasi perniagaan yang tepat.

Contoh jenis semut adalah kumpulan orang ramai berjumlah 36, 45, 120 atau 500 orang; yang boleh jadi penghuni apartmen, rumah pangsa, pekerja pejabat atau kilang, mahu pun kanak-kanak sekolah.

2. Sarang Semut:
Ini merupakan tempat di mana semut menghabiskan sebahagian besar waktunya, samada di tempat kediaman mahupun tempat melakukan pelbagai aktiviti.

Contohnya di kawasan perumahan (sesuai dengan jenis semut yang disasarkan), kilang, pejabat dan sekolah.

3. Pengundang Semut:
Pengundang semut merujuk kepada tempat-tempat yang menarik perhatian semut untuk datang berkunjung. Apa beza pengundang semut dengan sarang semut? Sarang semut bersifat tetap, iaitu jika dipindahkan, sang semut turut sama berpindah.

Lain pula halnya dengan pengundang semut; jika adanya pengundang semut lain yang lebih dekat atau lebih manis, maka semut sebagai pelanggan tidak teragak-agak untuk berpaling tadah. Pengundang semut adalah seperti pusat membeli-belah, pasar, hypermarket, kursus dan gym.

4. Laluan Semut:
Laluan semut merupakan jalan yang diikuti oleh semut-semut. Laluan yang terbaik adalah di antara sarang semut dengan pengundang semut. Bagi sebahagian besar perniagaan, jalan dari tempat kerja semut menuju ke sarang semut merupakan laluan yang paling sesak dan paling kerap digunakan.

Jangan anggap bahawa kedudukan anda strategik hanya kerana ia berdekatan dengan sarang semut. Jika kedudukan anda di jalan buntu, ia serupa juga dengan tidak berada pada laluan semut.

Laluan semut yang terbaik adalah seperti di jalan-jalan utama kawasan membeli-belah, laluan dua hala, laluan pulang, dan berdekatan dengan pengundang-pengundang semut.

5. Nampak Oleh Semut;
Pastikan kedai anda dapat dilihat dengan jelas sewaktu semut berjalan mengikuti laluan semut. Tentukan jarak dan sudut pandangan semut. Makin senang dilihat, tanpa perlu tercari-cari, semakin mudah ia dikenalpasti oleh semut.

Hindari sudut yang boleh terlepas pandangan semut, seperti sudut yang terperuk ke dalam, posisi selepas selekoh, dan berada di tingkat yang terlalu tinggi.

Bagaimana jika sudah telanjur berada di lokasi yang salah? Maka anda perlu memilih di antara berbelanja lebih untuk promosi bagi mengundang semut, atau berpindah ke lokasi lain..

Usahawan.com

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Masalah tidak FOKUS

Ramai antara kita mempunyai masalah ini. Masalah tidak FOKUS. Antara petanda mempunyai masalah ini adalah:

  1. Ingin melakukan terlalu banyak perkata dalam satu-satu masa
  2. Mempunyai beberapa idea dan ingin menjalankan kesemuanya
  3. Cepat rasa bosan melakukan sesuatu dan ingin lakukan sesuatu yang baru
  4. Adakalanya mudah putus asa dan ingin melihat idea lain lebih baik
  5. Suka lompat dan lompat memulakan perniagaan baru sebelum perniagaan lama dapat bertapak
  6. Terlalu cepat teruja/excited dengan sesuatu idea baru

dan bermacam lagi…

Peribahasa berbunyi, “Yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran” namun, kita tidak belajar darinya. Itulah masalah seseorang yang tidak fokus.

Mengapa masalah ini berlaku?

Ini kerana manusia mempunyai lebih 30,000 fikiran yang berlegar dalam minda sehari. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga kita sendiri tidak perasan dan tidak mengira. Namun, inilah hakikatnya.

Apabila terlalu banyak yang difikirkan maka terlalu banyak idea dan pilihan juga di dalam kepala dan ingin melakukan pelbagai perkara.

Keadaan ini bertambah lagi sekiranya mindset kita adalah mindset usahawan. Mindset usahawan lebih banyak yang difikirkan! Juga, tidak semestinnya anda sudah menjadi usahawan. Mungkin juga anda yang membaca email saya ini mempunyai mindset usahawan tetapi menunggu masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Oleh sebab inilah kita mengalami masalah tidak fokus.

Namun, fokus adalah elemen yang sangat penting dalam kejayaan. Oleh kerana ramai yang tidak fokus, sebab itu ramai sukar mencapai kejayaan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus kepada satu-satu perkara sehingga menjadi sebelum beralih ke perkara yang baru.

Bayangkan senario ini. Sekiranya anda tidak fokus. Melakukan pelbagai perkara. Membahagikan masa, tenaga, semangat, modal, usaha kepada beberapa projek atau perniagaan.

Manakala pesaing anda memberi 100% fokus, masa, tenaga, semangat, modal dan usaha pada satu-satu projek atau perniagaan.

Pastinya, dalam keadaan ini, pesaing yang akan berjaya berbanding anda.

Pepatah English pula berbunyi, “Don’t be jack of all trades, and master of none”

Ramai yang tidak fokus dalam perniagaan. Ingin melakukan pelbagai. Namun, inilah antara kesilapan ketara tidak mencapai kejayaan dalam perniagaan.

FOKUS. FOKUS. FOKUS.

Itulah caranya!

Irfan Khairi

 

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Tertekan dan terdesak dalam kewangan. Bagus!

Memang tidak dapat dinafikan, antara kita ada yang kurang bernasib baik dalam perihal kewangan. Mungkin diberhentikan kerja, syarikat down sizing, menganggur, melakukan kerja di luar bidang, atau sebagainya.

Simpanan pula cukup-cukup makan sahaja dan adakalanya pendapatan habis pada perbelanjaan dan tiada simpanan dapat dilakukan. Ada juga yang berhutang dan pendapatan hanya digunakan untuk membayar balik hutang sedia ada.

Namun inilah hakikatnya. Keadaan sering tertekan dan terdesak dalam kewangan adalah perkara yang biasa terjadi.

Walaupun ini sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif, dalam perniagaan dan pembangunan diri, ianya perlu dilihat pada sudut yang lebih positif.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Netizen Boleh Undi Nama Bakal Kereta Baharu PROTON

PROTON bakal keluarkan model SUV pertama mereka. Dihasilkan bersama rakan strategiknya dari China iaitu Geely, dijangka kemunculan pertamanya adalah pada hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, SUV pertama PROTON ini masih lagi belum mempunyai nama rasmi. Proton telah membuka undian dalam talian untuk para netizen mengundi nama SUV ini. Bermula Isnin, 2 April 2018, undian dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pihaknya ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa bermakna ini kerana SUV baharu itu juga adalah simbol pencapaian untuk Malaysia.

Baucar bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberi. Hadiah lain seperti undangan eksklusif VIP pada majlis pelancaran serta akan diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji SUV ini.

Keluaran PROTON ini merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya ada pada kereta premium lain.

Ada 4 pilihan nama, sebab memilih nama tersebut serta cadangan nama alternatif lain, boleh undi di PROTON.

Apemazing
Apemazing.com

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula

Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.

Coca-Cola

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →

Cara buat duit menggunakan YouTube!?

Ramai yang ingin tahu, apakah caranya untuk menjana pendapatan melalui YouTube?

Ya, platfom video online kesukaan ramai, memang kita tidak lekang sentiasa menonton video-video yang ada d YouTube. Dan adakalanya kita tertanya juga, mereka yang meletakkan video di YouTube, dan mereka yang dikenali sebagai “YouTube stars” ni, bagaimana mereka menjana pendapatan?

Ada antara mereka menjana pendapatan beribu dan berpuluh ribu USD setiap bulan dengan hanya upload video-video di YouTube.

Jadi, anda pun terfikir… apakah caranya jika anda juga ingin menjana pendapatan melalui YouTube?

Seperti cara menjana pendapatan yang lain, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan usaha anda juga, terutamanya menghasilkan video-video yang ditonton ramai.

Sekiranya anda hasilkan video dan penonton sekadar 2-3 orang ahli keluarga kita sahaja, macam mana nak menjana pendapatan betul tak? ?

Video-video anda perlu mempunyai beratus atau beribu views. Lebih banyak views, lebih banyak pendapatan yang anda boleh dapat.

Tetapi, kali ini, saya ingin kongsikan langkah pertama anda bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan mealui YouTube.

Langkah pertama…

Untuk mula menjana pendapatan di YouTube, anda perlu mempunyai channel YouTube anda sendiri, dan mula upload video-video yang anda hasilkan.

Cari topik perkongsian yang menarik minat anda. Ataupun sekiranya anda ahli muzik, upload video-video muzik anda. Apa sahaja yang anda upload, tidak kira apa, video cucuk tanam, memasak, silap mata, lawak jenaka, dan sebagainya, yang penting video-video anda dan channel anda menarik minat orang ramai untuk tonton video dan subscribe kepada channel anda.

Ini kerana…

Langkah kedua…

YouTube telah meletakkan syarat sebelum membenarkan anda mula menjana pendapatan. Luangkan masa anda untuk hasilkan video-video menarik dan tambahkan llebih ramai subscribers video anda.

Sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya 4,000 jumlah views terkumpul dari video-video anda dan lebih dari 1,000 subscribers channel YouTube anda, baru YouTube akan masukkan anda ke “YouTube Partner Program”.

Apabila anda diterima di YouTube Partner Program, baru lah anda akan dapat mula menjana pendapatan di YouTube!

Langkah ke tiga…

Apabila anda dapat memasuki “YouTube Partner Program”, hasilkan lebih banyak video-video yang menarik orang ramai.  Sepertimana yang saya sebutkan, pastinya lebih ramai orang menonton video-video anda, maka lebih banyak pendapatan anda akan jana melalui YouTube.

Dari mana pendapatan itu di janakan? Melalui iklan banner yang terpapar di bawah video-video anda, serta iklan yang terpapar “Skip Ad” sebelum video anda dimainkan. Itulah punca pendapatan anda di YouTube seperti contoh di atas!

Itulah caranya menjana pendapatan di YouTube. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia memberi manfaat!

Irfan Khairi

Posted in: Informasi, Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Hichki: Kisah Guru Yang Berjiwa Besar

Sekian lama aku peramkan review filem ini. Hari ini aku cuba kongsikan pendapat aku mengenainya.

Filem lakonan Rani Mukherjee ini memaparkan suka duka cabarannya menjadi guru yang dilahirkan dengan sindrom Tourette. Banyak sekolah menolak permohonannya untuk mengajar di sekolah mereka sehinggalah akhirnya dia diterima mengajar di sekolah lamanya sendiri. Sebuah sekolah berprestasi tinggi. Cumanya beliau diberi kelas paling corot yang mempunyai pelbagai masalah.

Miskin. Selekeh. Bodoh. Degil. Nakal. Jahat. Samseng. Kurang ajar. Tiada masa depan.

Antara yang boleh dilihat dalam karekter ahli-ahli kelas ini. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan cabaran pelajar-pelajar sebegitu, diberatkan pula lagi dengan terpaksa mengadap perangai cikgu sekolah yang memperlekehkan usahanya.

Menonton filem ini sangat reflek dengan apa yang aku dan sukarelawan lain gauli saban minggu, saban bulan membawa ke tahun.

Paling dekat ialah dengan pengalaman aku mengikuti pasukan #jombaca menyelusuri sekolah-sekolah, kampung-kampung dan rumah-rumah flat dalam usaha mereka menyelesaikan masalah literasi dikalangan kelompok miskin ini.

Lontarkanlah apa sahaja. Budak tak mahu buka mulut. Budak bergaduh bertumbuk di luar kelas. Bersilang kayu bergaduh kerana sebungkus roti. Yang datang menangis kerana lapar. Yang datang dengan muka comot dan bau hapak. Budak datang dengan kepala stone lepas kena ‘batu’. Yang hingus hijau meleleh tergantung sepi. Berikan. Insya’ Allah sanggup mengadapnya.

Filem ini perihal sindrom Tourette itu di mata aku adalah ilmu baru yang sampingan sahaja. Ibarat tabur bawang goreng di atas makanan. Tapi ada beberapa elemen yang cukup mengesahkan dan dilontarkan ke muka kita yang menonton dengan bagus sekali.

Neeraj Kabi membawakan watak sebagai Mr Wadia, seorang guru gred A mengajar kelas gred A yang dari saat temuduga lagi sudah memperlekehkan Naina, lakonan Rani Mukherjee yang bukan sahaja mengalami kecacatan yang dilihat mustahil untuk mengajar tetapi juga percubaan kepelbagaian teknik mengajar yang di luar skima pengajaran biasa yang cuba Naina terapkan didalam kelas corotnya.

Sikap Mr Wadia ini tanpa dia sedari akhirnya diikuti oleh salah seorang pelajar gred A nya yang juga merupakan pengawas sekolah. Sanggup membuat fitnah dan mencetus perbuatan khianat demi memenuhi hasrat guru yang dia kagumi itu yang mahu pelajar-pelajar kelas corot ini dikeluarkan daripada sekolah berprestij ini.

Pelajar dari latar kaya, bijak, kacak dan semestinya kasta yang baik-baik ini adalah bagai cerminan bagaimana dunia ini melahirkan lapisan pemimpin yang buruk dan busuk.

Pelajar-pelajar kelas corot yang semuanya tinggal di penempatan setinggan yang… tak perlu digambarkanlah. Anda tontonlah sendiri. Mereka melihat dunia ini sudah kiamat sebelum waktunya. Mereka tiada tempat di koridor kejayaan. Maka untuk memberitahu dunia yang mereka ada disini, mereka rebel.

Naina yang cuba dan terus mencuba ialah seorang manusia biasa. Yang sampai satu titik putus asa, dia menangis sambil menghempas tangannya pada pagar tingkap sekolah. Di bucu paling akhir bersedia untuk melupakan usaha yang sia-sia ini, pelajar-pelajarnya datang.

Mereka akhirnya ketemu titik fahaman yang cuba Cikgu Naina sampaikan selama ini hingga berbuih-buih mulutnya. Kalian ada potensi. Kalian ada tempat di dunia ini.

Titik kefahaman ni, tuan-tuan. Nak mencarinya memakan masa dan usaha kerana kita tak tahu di momen mana dalam hidup seorang manusia akhirnya dia nampak jalan terang menyuluh dunianya.

Mengingatkan saya kepada pelajar-pelajar #peluangkedua.

Akhir filem ini, kita disajikan dengan kegembiraan dan kejayaan. Kemenangan buat semua. Penyatuan pelajar-pelajar gred A dan corot di satu pentas yang lebih adil dan saksama.

Sharifah Sharina Syed Aswad

Apemazing.com

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Facebook sudah tidak EFEKTIF untuk PERNIAGAAN!

“Don’t put all eggs in one basket” tu pepatah Mat Salleh. Melayunya pula kalau dialih bahasa, jangan letak semua telur dalam satu bakul. Kalau satu bakul tu terjatuh, maka semua telur akan pecah.

Maksudnya dalam konteks pemasaran internet adalah, anda jangan hanya fokus pada satu jenis kaedah pemasaran sahaja. Sekiranya satu kaedah tersebut tidak menjadi, atau berlaku sebarang perubahan, maka ia akan menjejaskan perniagaan anda  keseluruhannya.

Begitu yang terjadi pada ramai usahawan yang hanya fokus pada Facebook sahaja.

Facebook dulu, 4-5 tahun lalu berbanding dengan kini sudah banyak berubah. Apa yang ramai usahawan lalui kini di Facebook adalah…

Semakin susah untuk dapat followers
Reach semakin rendah
Harga Facebook Ads semakin tinggi

Tambahan, 2018 ini, bukan sahaja di Malaysia malah usahawan yang menggunakan Facebook serata dunia mengalami masalah yang sama seperti artikel-artikel berikut…

Declining Facebook Reach
Paid Reach Dip
Facebook Algorithm Shift Hurting Publishers
Facebook Organic Reach is Dead

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ini terjadi?

Berikut adalah 3 sebabnya…

1. Kitaran biasa di Internet

Di Internet, kitaran akan berlaku. Satu-satu teknik dan strategi tidak akan efektif selama-lamanya. Masihkah anda ingat Friendster? FourSquared? MySpace? atau yang lebih lama seperti Altavista, AskJeeves atau Lycos?

Bukan hendak mengatakan Facebook akan hilang dari Internet seperti nama-nama besar di atas, tetapi sebagai perbandingan bahawa Internet berubah dengan kadar yang pantas. Satu-satu platfom akan mengalami perubahan apabila diberi masa. Seperti mana Facebook juga, akan mengalami perubahan. Facebook kini tidak seperti Facebook 4-5 tahun lalu.

2. Pesaingan semakin banyak

Di satu-satu platfom pengiklanan, lebih ramai usahawan meletakkan iklan, maka, iklan akan menjadi kurang efektif. Bayangkan seperti rampai iklan, atau iklaneka atau “classifieds ads” dalam akhbar. Di mana terlalu ramai meletakkan iklan-iklan kecil di beberapa halaman khusus akhbar.

Apa yang berlaku adalah, kita sebagai pembaca akan abaikan iklan-iklan tersebut. Tidak baca pun iklan dan terus menyelak melepasi bahagian classifieds tersebut. Iklan-iklan tersebut akan menjadi tidak efektif.

Sama seperti brochure dan leaflet. Apabila kita menerima terlalu banyak brochure dan leaflet di peti surat rumah kita, kita akan buangkannya. Tidak tengok pun.

Begitu juga iklan di Internet seperti Facebook. Apabila terlalu ramai usahawan meletakkan iklan di Facebook, iklan menjadi kurang efektif kini oleh kerana terlalu banyak iklan. Tidak seperti 4-5 tahun lalu, tidak ramai yang meletakkan iklan di Facebook, ketika itu  iklan adalah lebih efektif!

3. Business model Facebook

Facebook juga adalah perniagaan. Mereka perlu menjana pendapatan. Antara cara Facebook menjana pendapatan adalah dengan menjual ruang iklan kepada usahawan sebagai “Facebook Ads”.

Untuk menggalakkan lebih ramai usahawan meletakkan iklan berbayar, maka Facebook perlu kurangkan reach posting-posting yang mempromosikan perniagaan di Facebook page.

Inilah antara sebabnya reach semakin kurang kini- Facebook ingin buat duit, dan caranya adalah untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan meletakkan iklan berbayar dengan cara mengurangkan reach. Maka, usahawan terpaksa meletakkan iklan.

4. Facebook page juga semakin banyak

4-5 tahun lalu, tak banyak Facebook page. Kini, ianya terlalu banyak. Semakin banyak Facebook page di Internet, maka, semakin banyak pilihan pengguna sama ada ingin follow ataupun tidak satu-satu Facebook page itu.

Tidak seperti dulu, apabila kurangnya Facebook page, maka tidak banyak pilihan. Semakin mudah untuk pemilik Facebook page mendapat followers. Kini, dengan terlalu banyak Facebook page, maka, pemilik facebook page seakan ‘merebut’ followers dikalangan pemilik page-page yang lain.

Saya akui, keempat-empat sebab yang saya tulis di atas adalah satu ‘over simplification’ di mana saya permudahkan penjelasan saya untuk mudah faham oleh sesiapa sahaja. Apa yang berlaku di dalam Facebook (disebalik tabir) adalah lebih kompleks lagi, yang dikenali sebagai ‘algorithm’.

Facebook algorithm adalah sangat sukar difahami di mana ia menggunakan sistem yang sangat kompleks dan canggih dalam menentukan cara mendapat followers, tinggi atau rendah reach, efektif atau tidak sesuatu iklan, harga iklan mahal atau murah dan banyak lagi.

Namun, buat masa ini, sekurang-kurangnya anda faham mengapa Facebook kini semakin kurang efektif, dan anda tidak lagi melakukan kesilapan “Don’t put all eggs in one basket”

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, anda kena tahu pelbagai teknik dan strategi untuk mengembangkan perniagaan anda.

Kini, Facebook sudah tidak lagi efektif untuk perniagaan jika dibandingkan satu waktu dulu. Dulu lain, sekarang lain. Facebook masih diperlukan untuk perniagaan. Facebook masih penting untuk usahawan. Namun, Facebook tidak efektif dan tidak semudah seperti dulu lagi.

Perniagaan saya dari one-man-show yang pernah gagal satu ketika dulu, dan kini berkembang ke peringkat antarabangsa, bukan kerana saya fokus pada satu kaedah dan satu platfom sahaja. Tetapi, saya pelajari pelbagai kaedah dan platfom untuk menjayakan dan mengembangkan perniagaan saya.

Irfan Khairi

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 18 of 44 «...101617181920...»